Categories
Home ilmu islam pendidikan Wanita

Lelaki sejati tidak mudah tergoda

Alasan mudah tergoda dengan kaum wanita tidak sepatutnya berlaku sekiranya lelaki berkenaan memiliki tahap keimanan serta kewarasan yang tinggi.  LELAKI yang sebenar sepatutnya tidak mudah tergoda dengan pelbagai jenis godaan yang datang kepada diri mereka. Tidaklah begitu lemah bila berhadapan dengan situasi begini.

Lelaki yang sebenar sepatutnya dapat menahan diri mereka daripada pelbagai jenis godaan yang datang kepada diri mereka serta mempertahankan diri mereka sendiri daripada menjadi mangsa godaan terbabit. Ini sesuai dengan fitrah ciptaan kaum lelaki itu sendiri yang telah diciptakan oleh Tuhan sebagai kaum yang kuat dari segi mental, emosi dan fizikal.

Alasan mudah tergoda dengan kaum wanita tidak sepatutnya berlaku sekiranya lelaki berkenaan memiliki tahap keimanan serta kewarasan yang tinggi. Setiap manusia termasuk kaum lelaki telah dikurniakan akal fikiran untuk membezakan antara baik dan buruk. Adalah penting untuk lelaki mengunakan akal fikiran yang telah dikurniakan untuk membantu golongan yang lemah dan bukannya melakukan sebarang jenis keganasan dan jenayah kepada orang lain khususnya kepada kaum wanita. Sebagai kaum yang telah diciptakan oleh Tuhan dengan memilki kelebihan serta kekuatan dari pelbagai aspek, kaum lelaki wajar memainkan peranan mereka untuk melindungi bukan sahaja kaum wanita malah perlu memainkan peranan mereka untuk melindungi golongan kanak-kanak, orang-orang tua serta lain-lain golongan yang memerlukan daripada sebarang bentuk keganasan dan jenayah.

Kaum lelaki perlu menjadi seorang lelaki yang sejati dengan menjadi seorang ketua dan pembimbing. Orang lelaki tidak boleh asyik mengunakan pelbagai jenis alasan untuk tidak memainkan peranan mereka sebagai seorang lelaki, ketua serta pebimbing kepada keluarga mereka sendiri.

Kaum lelaki tidak sepatutnya mengambil kesempatan diatas kelemahan kaum wanita serta golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Kaum lelaki wajar menghulurkan sebarang jenis bantuan kepada golongan yang memerlukan. Perkara ini selaras dengan ajaran agama Islam itu sendiri. Firman Allah SWT di dalam Al-Qur’an yang membawa maksud:

“Lelaki adalah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka” (Surah An-Nisa: Ayat 34). Ajaran agama Islam itu sendiri telah mensyariatkan supaya kaum lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap kaum wanita serta pihak-pihak yang memerlukan bantuan.

Sebagai pemimpin di dalam sesebuah keluarga juga, kaum lelaki atau golongan suami dipertanggungjawabkan untuk sentiasa menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri serta anak-anak mereka. Amat malang jika kaum lelaki yang diharapkan menjadi seorang pelindung dan menjamin keselamatan kaum wanita bertindak sebaliknya sehingga terjadinya pelbagai jenis kejadian jenayah

 Agama Islam melarang keras sama sekali untuk mana-mana pihak untuk melakukan sebarang jenis keganasan dan jenayah terhadap pihak yang lain. Agama Islam yang dilihat melebihkan kaum lelaki pada kedudukan bukan bermakna kaum lelaki berkuasa melakukan apa saja mengikut sesuka hatinya.

Kuasa dan kekuatan yang telah dikurniakan dan dimiliki oleh kaum lelaki perlu digunakan dan dimanfaatkan untuk melakukan amal kebaikan dan bukannya melakukan perkara buruk atau kejahatan terhadap kaum wanita serta golongan yang memerlukan. Kaum lelaki mesti menunjukkan perasaan kasih sayang dan menyuburkan perasaan ceria kepada kaum wanita serta kepada golongan yang memerlukan sejajar dengan fitrah

kekuatan dan kelebihan yang telah dikurniakan oleh Tuhan kepada kaum lelaki itu sendiri. Amalan itu juga akhirnya akan mewujudkan perasaan hormat dan sayang daripada kaum wanita serta golongan yang memerlukan terhadap kaum lelaki itu sendiri. Kaum lelaki perlu memastikan kaum wanita serta mana-mana pihak yang lemah tidak menjadi mangsa keganasan serta jenayah.

Kaum lelaki juga perlu sentiasa bersama-sama menegakkan serta memberi keadilan kepada kaum wanita serta mana-mana pihak yang memerlukan bantuan supaya nasib golongan berkenaan terbela. sumber Asro Awani

Categories
Home ilmu islam

Restoran halal diarah turunkan simbol ada kaitan Islam

BEIJING – Pihak berkuasa di ibu negara China mengarahkan restoran halal dan gerai makanan menurunkan simbol serta tulisan Arab yang berkaitan dengan Islam di bawah usaha yang diperluaskan untuk sinicise (sinifikasi) atau menerapkan budaya masyarakat Cina dalam kalangan populasi Islam di negara itu.

Pekerja di 11 restoran dan kedai yang menjual produk halal di Beijing mendakwa pegawai kerajaan telah mengeluarkan arahan itu baru-baru ini.
“Pegawai kerajaan meminta saya menutup tanda ‘halal’ dalam bahasa Arab yang diletakkan di kedai ini. Mereka dakwa ia ialah budaya asing dan mereka sepatutnya lebih banyak mempamerkan budaya Cina,” kata pengurus sebuah restoran mi.

Difahamkan, kempen terhadap tulisan Arab dan imej Islam menandakan fasa baharu program yang dilancarkan kerajaan yang telah mendapat momentum sejak 2016 bertujuan untuk memastikan agama selaras dengan arus perdana budaya Cina.

Kempen untuk menerapkan ideologi Parti Komunis itu termasuk mencabut kubah ala Timur Tengah pada semua masjid di seluruh negara.Bukan hanya agama Islam berdepan kawalan ketat.Pihak berkuasa juga menutup kebanyakan gereja dan merobohkan rumah ibadat itu yang didakwa melanggar undang-undang oleh kerajaan.

Nasib penduduk Islam di negara itu mula mendapat perhatian sejak kejadian pertempuran antara etnik Uighur dan penduduk Han di Xinjiang pada 2009.
Sebagai tindak balas, China telah melancarkan tindakan kekerasan menggunakan alasan untuk memerangi ekstremisme di wilayah autonomi tersebut.

Kini, polisi kerajaan di bawah pemerintahan Presiden Xi Jinping termasuk penahanan etnik minoriti Islam dan pengawasan ketat ke atas golongan itu berdepan kritikan negara Barat dan kumpulan hak asasi manusia. – sumber sinar harian

Categories
Home Kehidupan Kesihatan pendidikan

Ulam yang harus untuk wajah awet muda

Kaitan ulam dengan nampak muda

Tapi sebelum itu serba sedikit khasiat sayur dan ulam-ulam ini dalam membantu memudakan wajah kenalah kita tahu. Jangan tahu makan saja!

  • Sebenarnya bukan saja ulam tapi apa saja sayur segar baik untuk kelancaran proses penghadaman dan pencernaan yang pada masa yang sama sangat berkait dengan kesihatan kulit wajah.
  • Kebanyakan sayur dan ulam ini kaya dengan vitamin C yang mana penting untuk penghasilan kolagen. Unsur kolagen inilah yang membuatkan lebih elastik dan kurang kedutan.
  • Kebanyakan sayur turut mengandungi karotenoid seperti beta karotin. Ia berfungsi melindungi kulit dari kesan sinar matahari dan radikal bebas yang menjadi punca penuaan kulit.

Dah tahu kaitannya jom amalkan ulam-ulam ini yang khasiatnya bukan saja untuk awet muda tapi lebih daripada itu.

1. Pegaga

Ini ulam yang paling mudah sekali kalau nak amal. Ada saja di pasar atau di kedai makan. Selain buat ulam pegaga boleh dibuat jus atau dijadikan kerabu. Amalan minum air rebusan pegaga dikatakan boleh menaikkan seri wajah.

2. Ulam raja

Ulam raja hanya perlu dicuci bersih dan boleh terus dimakan mentah. Elok diamalkan oleh ibu dalam pantang. Antara khasiat ulam raja, bantu meremajakan kulit. Bolehlah diamalkan untuk awet muda.

3. Jantung pisang

Yang ni tak boleh makan mentah, ia perlu dicelur atau direbus terlebih dahulu. Jantung pisang ini tinggi serat dan mampu bantu elak sembelit.

4. Daun selom

Daun selom ini macam pegaga, banyak dihidangkan di kedai makan.Mengandungi pelbagai nutrien antaranya kalsium dan vitamin C.

5. Kacang botor / kelisa

Kacang botor boleh dimakan mentah atau dimasak. Tapi kalau nak lebih khasiat elok dijadikan ulam. Pilih yang muda dan segar untuk rasa yang lebih enak. Kaya dengan protein dan mineral.

6. Timun

Timun Jepun pun boleh. Ini antara ulam yang rangup. Boleh dimakan dengan apa jua menu. Dipercayai timun dapat mengatasi masalah sembelit dan gastrik.

7. Petai

Ini ulam kegemaran ramai.Biarpun bau petai kurang menyenangkan, tapi khasiatnya banyak. Kaya antioksidan dan serat.Boleh dimakan mentah, direbus atau dibakar tapi lagi sedap dimasak sambal.

8. Cekur

Ulam cekur ini sering juga digunakan oleh ibu yang sedang berpantang untuk kecutkan rahim dan membuang angin.

9. Bendi rebus

Selain untuk awet muda, khasiat bendi adalah menguatkan ingatan dan kecergasan memori. Ia juga sumber makanan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah sembelit, merawat ulser, mengurangkan darah haid berlebihan, untuk meningkatkan kesuburan, melegakan bengkak dan radang.

10. Pucuk ubi

Khasiat lain pucuk ubi antaranya dapat mengurangkan sakit kepala manakala air rebusannya pula dapat meredakan masalah cirit-birit.

11. Kaduk

Ramai yang keliru dengan daun kaduk kerana bentuknya seperti daun sirih. Boleh dimakan mentah atau pun dicelur.Air rebusan daun kaduk pula dikatakan dapat melawas kencing, melegakan selsema, sakit pinggang dan sengal tulang.

12. Jering

Bau ulam jering ini lebih menusuk dari petai tapi mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Antaranya mengawal kadar gula dalam darah, bantu kurangkan masalah anemia dan reput tulang. Tapi jangan amalkan berlebihan.

13. Terung pipit

Rasanya sedikit pahit, jadi sedap jika dimakan bersama makanan pedas. Boleh direbus hingga lembut dan amalannya dikatakan dapat melegakan sakit perut dan mengurangkan rekahan tumit kaki.

14. Rebung

Walau pun selalu dibuat masak lemak tapi, rebung juga boleh dijadikan ulam. Rebus dan hiriskan. Khasiat rebung membantu turunkan kolesterol, menyihatkan sistem pencernaan dan bantu proses detoksifikasi badan.

15. Peria katak

Ulam ini tak ramai yang suka kerana pahit. Tapi pahit itulah ubat. Ia dipercayai dapat bantu rendahkan tekanan darah tinggi dan kawal paras gula darah pada pesakit diabetes.

Dah tahu khasiat dan kelebihan ulam ini jadi apa tunggu lagi, terus amalkan. Tapi apapun nasihatnya bagi yang ada masalah kesihatan eloklah dapat nasihat daripada doktor dahulu dan amalkan secara sederhana. Sumber denaihati

Categories
Home islam pendidikan

Rahsia menara jam Mekah

A A
MAKKAH – Menara Jam Makkah dengan ketinggian 607 meter yang terletak di hadapan Masjidil Haram di sini, bukan sekadar menunjukkan waktu dengan tepat malah ia juga menjadi pusat penyelidikan astronomi yang menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi untuk manfaat manusia.

Menara itu terdiri daripada pelbagai kemudahan, kata Dr Yaseen Al Mleaky, Pengarah Muzium Menara Jam Makkah yang menjemput sekumpulan wartawan Malaysia yang membuat liputan haji, melawat menara itu yang siap dibina pada 2011.

Satu daripada kemudahan di menara itu yang memiliki empat muka jam berwarna hijau di setiap sisi adalah Muzium Menara Jam di empat tingkat menara berkenaan bagi memberi penjelasan kepada pelawat mengenai alam semesta dan pembinaan jam itu sendiri.

Terdapat juga balkoni dengan pemandangan 360 darjah betul-betul di bawah muka jam. Pelawat dapat melihat Masjidil Haram dengan Kaabah di tengah-tengah kota Makkah, dengan perasaan seperti burung yang bebas terbang tinggi di langit!

“Terdapat bahagian kristal di tujuh tingkat yang menempatkan pameran, perpustakaan dan kemudahan penyelidikan. Kami mempunyai tiga tingkat membabitkan bulan sabit di atasnya yang mana pelawat boleh tinggal dan solat di situ,” kata Dr Yaseen.

Dr Yaseen berkata, tujuan utama menara tertinggi di dunia itu dibina adalah bagi membolehkan semua orang dari seluruh dunia, Islam dan bukan Islam, menyumbang kepada perkiraan masa dan pengukuran kalendar yang sangat tepat untuk kebaikan rakyat di seluruh dunia.

“Ia adalah pusat yang sangat tepat. Ia menyediakan waktu solat dan ukuran arah kiblat dari seluruh dunia. Pelawat juga datang ke sini untuk melihat peranan kerajaan dalam projek ini yang dimulakan oleh Raja Abdulaziz hampir satu abad yang lalu,” katanya kepada pemberita.

Dr Yaseen berkata menara jam itu menerima 40,000 tetamu sejak dibuka Ramadan lepas dan ia menyasarkan tiga juta pelawat setiap tahun selepas pembukaan rasmi pada akhir musim haji ini.

“Kami sedang bekerjasama dengan pasukan pemasaran yang sangat profesional bagi membolehkan jemaah dan orang lain dari seluruh dunia tahu mengenai menara jam ini dan melawat kami.

“Kira-kira 10,000 ke 40,000 pengunjung setakat ini adalah dari Malaysia dan Indonesia. Kami sangat gembira melihat saudara kami terutamanya dari Malaysia, berkunjung ke sini,” katanya.

Dr Yaseen berkata, pusat penyelidikan di menara itu melakukan banyak kolaborasi khususnya dalam bidang astronomi, dengan beberapa pusat penyelidikan terkenal di dunia.

“Baru-baru ini, kami mengambil bahagian dalam penemuan satu bintang merah yang kecil dengan tujuh planet yang mana atmosferanya mengandungi oksigen, nitrogen dan air.

“Penemuan terkini menggembirakan kami untuk bergerak maju sebegai sebuah pusat untuk kebaikan semua orang di dunia ini,” katanya.

Dalam pada itu, di muzium itu, pengunjung mendapat penjelasan yang terperinci dengan mengaitkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan alam semesta, termasuk bima sakti, matahari dan bulan.- sumber Bernama

Categories
Home Makanan

Bakso durian menu baru

JERTIH – Musim durian mencetuskan idea kreatif kepada seorang peniaga bakso di Pasar Tani Kekal (PTK) Nyiur Tujuh di sini untuk menghasilkan menu kombinasi bakso durian.

Helmy Abd Rashid, 48, atau lebih dikenali Abe Pok Mie berkata, pada mulanya dia kurang yakin dengan idea menggabungkan makanan dari Indonesia itu bersama raja buah kerana bimbang tidak mendapat sambutan.

Namun dia memberanikan diri untuk memperkenalkan menu baharu itu pada program Showcase dan Klinik Usahawan yang dianjurkan kerajaan negeri di Jertih pada awal bulan ini.

“Sebelum ini saya ada terfikir untuk mencipta menu baharu tapi saya takut untuk mencuba kerana risau tidak mendapat sambutan daripada pelanggan. Lagipun bila difikirkan kembali macam pelik juga bakso dicampur dengan durian.

“Namun apabila saya cuba bawa menu ini ke program keusahawanan itu, ternyata ia mendapat sambutan dan ramai yang bertanya di mana mereka boleh dapatkan bakso durian ini,” katanya ketika di temui di gerai baksonya di PTK Nyior Tujuh di sini.

Helmy memperkenalkan bakso durian di gerainya dalam tiga versi iaitu isi durian digaul bersama bebola daging, seulas durian disalut isi daging dan isi durian yang segar dihidang bersama sup bakso.

Bapa kepada empat anak itu menjual bakso durian pada harga RM5 hingga RM10 bergantung kepada jenis buah durian yang diminta pelanggan.

Menurutnya, proses pembuatan bakso durian juga agak rumit berbanding bakso biasa kerana daging yang dikisar perlu diuli dengan tangan satu persatu bersama isi durian.

Menghasilkan bakso durian bukan sahaja memerlukan kemahiran malah pemilihan jenis durian juga perlu dititikberatkan agar rasa durian masih kekal walaupun dimasak bersama sup, katanya.

“Selalunya saya memilih durian musang king atau durian kampung yang berkualiti tinggi kerana isinya yang tebal, bergas dan rasa lemak untuk menaikkan lagi rasa durian dalam bakso tanpa menghasilkan rasa muak,” katanya.

Berpengalaman 20 tahun berniaga bakso di pelbagai tempat termasuk Kuala Lumpur, Helmy berkata, sup bakso yang dijualnya juga direneh bersama 13 jenis rempah bagi menghasilkan rasa sup yang asli dan enak. – sumber Bernama

Categories
Home Kesihatan Makanan

Migrain boleh di rawat dengan hanya gunakan Asam keping..

Menerusi Masak Apa Hari Ni (MAHN) seorang wanita berkongsi cara hilangkan migrain secara semula jadi. Tanpa sebarang produk di pasaran, dia berjaya menghilangkan sakit kepala selepas minum air asam keping.

Sebelum ini mungkin kita tidak fikir tapi memang banyak sebenarnya khasiat air asam keping ini. Boleh lah kita sama-sama amalkan untuk mencegah penyakit lain. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat orang ramai.

Ubat sakit kepala

Saya ada migrain .. 2-3 ari sekali dia datang jengah. Tak lalu la nak telan ubat selalu. Sejak minum air asam keping ni, helokkk pulak. Selalu baca tapi tak pernah ikot pun, tapi tibe-tibe dapat hidayah dari mana tah kita pun cuba. Setakat ni ok pulak tak de datang sakit-sakit kepala.

Banyak khasiat taw asam keping ni. Saya share kan kat bawah antara khasiat air asam keping ni, ni pun hasil gogel mengogel. Yang best dia bantu kawal berat badan jugak. Nyambil2 tu .. Hehee..bila dengar turun berat badan yang ramai suka ni

Manfaat dan Khasiat Asam Gelugur untuk Kesihatan

1. Penurun darah tinggi
Khasiat asam gelugur terutama akan efektif untuk penderita hipertensi atau darah tinggi. Kandungan buah ini dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah tinggi, sehingga membuatnya lebih stabil dan tidak membahayakan tubuh.

2. Mengobati kencing manis
Manfaat asam gelugur juga mampu menjadi obat untuk penyakit kencing manis. Buah ini akan bekerja membersihkan saluran kencing Anda dari bakteri sehingga penyakit kencing manis bisa cepat disembuhkan secara alami tanoa efek samping.

3. Mengatasi berat badan berlebih
Salah satu khasiat yang paling terkenal dari buah asam gelugur adalah khasiatnya untuk mengatasi berat badan yang berlebihan. Buh ini sering dijadikan sebagai obat herbal yang mampu menangani kegemukan akibat lemak yang menumpuk di tubuh

Mencegah sakit jantung

4. Menambah nafsu makan
Manfaat asam gelugur juga baik untuk anak Anda yang tidak punya nafsu makan atau sulit untuk makan. Buah ini akan merangsang tubuh si anak dengan meningkatkan nafsunya untuk makan agar tidak kekurangan gizi apapun.

5. Mencegah sakit jantung
Khasiat asam gelugur yang tak kalah penting yaitu mencegah jantung Anda dari serangan penyakit, contohnya penyakit jantung koroner. Buah ini akan melindungi organ jantung Anda dari dalam sehingga akan lebih senantiasa sehat.

6. Anti tumor
Manfaat asam gelugur untuk tubuh yang berikutnya yaitu sebagai anti tumor. Sebelum tumor ganas menyerang tubuh Anda, alangkah baiknya jika Anda terhindar dari penyakit ini sejak dini. Buah ini akan memperlambat pertumbuhan tumor dengan alami.

Anti kanser

7. Obat penyakit cacingan
Buah gelugur bisa dijadikan obat untuk penyakit cacingan. Buah ini bisa membunuh cacing atau bakteri yang menyebabkan penyakit cacingan yang biasanya menyerang organ pencernaan Anda. Pencernaan Anda akan kembali lancar jika Anda mengonsumsi buah ini.

8. Mengurangi kolesterol jahat
Selain berguna untuk diet, buah asam gelugur akan mengikat kolesterol jahat dan membuangnya dari tubuh. Kolesterol jenis inilah yang berbahaya bagi orang berbadan gemuk karena menjadi pemicu penyakit yang dimulai dari kegemukan.

9. Mengatasi demam
Obat demam yang alami yang bisa Anda coba yaitu mengonsumsi buah asam gelugur. Jika Anda terkena demam, Anda bisa merebus buah ini terlebih dahulu kemudian mengonsumsi air hasil rebusannya sampai demam Anda turun.

10. Anti kanser
Buah asam gelugur bisa menjadi anti tumor jika dimakan dengan teratur. Buah ini adalah buah yang mengandung senyawa baik untuk menyehatkan sel tubuh dan membuang sel tubuh yang rusak untuk mencegah pertumbuhan kanser

Manfaat lain

-Manfaat dan Khasiat Buah Asam Gelugur Lainnya:
-Membuatkan kulit awet muda
-Anti penuaan
-Menghaluskan kulit
-Melancarkan pencernaan

Cara-caranya

Cara nya rendam 1-2 keping asam keping dalam air panas , tunggu sampai suam dah boleh minum , tapi cara saya rendam semalaman , sebelum tidur saya rendam , bangun pg saya minun , tambah air semula saya rendam sampai mlm , sebelum tidur saya minum .. Hari berikut nye boleh ganti asam keping yg baru .. Semoga bermanfaat.

Sumber : Puan Fara Bakri

Categories
Home Kesihatan Makanan

Hentikan segera makan pedas sebab..

Sejak kebelakangan ini, seakan sudah menjadi satu trend dimana rakyat malaysia berlumba-lumba mencuba makan makanan pedas. Siap ada yang melakukan cabaran bagi mengetahui tahap kepedasan yang mereka boleh tahan. Pendek kata, kalau tak pedas memang tak sah.

Tapi, tahukah korang makanan pedas boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan? Menerusi Facebook Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, dia berkongsi tentang bahayanya makan makanan yang terlalu pedas.Kadang-kadang pedas yang tak masuk akal .

Saya rasa, dah tiba masanya kita hentikan trend menu makanan pedas melampau, dan cabaran makan makanan pedas. Ia trend yang boleh menjejaskan kesihatan. Makanan pedas memang sedap, dan menyelerakan. Namun, bila dah terlalu pedas, mana datang nikmatnya?

Biasanya, bila dah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar je. Ini sesuatu yang tak bagus untuk. Penghadaman makan bermula dari mulut. Di mulut makanan perlu dihancurkan secara fizikal, iaitu dikunyah.

Selain itu di mulut pencernaan kimia juga berlaku. Enzim amilase dari air liur diratakan pada makanan semasa dikunyah. Fungsi enzim ni adalah untuk menguraikan kanji kepada unit karbohidrat yang lebih kecil atau gula ringkas.

Apabila tak kunyah sempurna, pasti penghadaman dan pencernaan terjejas. Jadi kita tak dapat sepenuhnya zat dari makanan yang kita makan. Rugi, kan?Makanan yang kita makan seperti makan tanpa sebaran khasiat dan boleh memudaratkan.

Lazimnya semasa dan selepas makan makanan pedas, kita minum air dengan sangat banyak. Ini juga amalan yang tidak baik. Kita akan cenderung untuk isi perut, lebih daripada kapasiti maksimum perut kita. Makan lebih kapasiti,

serta makanan pedas ini menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi dimana asid melimpah ke esophagus. Ia menyebabkan pedih ulu hat dan sendawa berasid.

Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut(gastritis), ulser perut, dan buasir. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan parakan kondisi itu jika orang itu sudah sedia ada memilikinya. Kalau dah tahu ada gastritis, ulser, dan buasir kenapa nak makan juga makanan terlalmpau pedas ni?

Kerana ada cabaran-cabaran internet yang mengajak kepada hal itu. Kononnnya jika seseorang yang sahut cabaran tahan pedas lampau ni, dia akan dianggap hebat dan dipandang kool. Siapa yang tanam anggapan ini? Kitalah! Kita yang menyemai persepsi itu melalui media sosial, dibantu oleh industri makaman dan minuman, sama ada perusahaan kecil mahupun syarikat gergasi.

Berlawanan-lawan nak keluarkan menu yang paling pedas! Sampai ada pelanggan yang sakit perut berguling-guling, cirit-birit berterusan, dan buasir berdarah. Jadi, kita jugalah bertanggungjawab untuk hentikan benda ni. Tak usahlah buat cabaran-cabaran tu semua lagi. Tak usah makan menu terlampau pedas. Makan pedas-pedas manja sudahlah. Haha! Makanan yang kool, adalah makanan yang sihat!

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Categories
Home Kehidupan

keluarga dari India di tahan kerana mencuri penyangkut baju

MENGINAP di hotel yang selesa dan cantik, apatah lagi mewah, tentunya akan memberi nilai tambah pada sesebuah pengalaman percutian.Nilai harga yang dibayar untuk penginapan itu lazimnya disertai pelbagai kemudahan untuk digunakan, namun tidak semua jadi milik anda sepenuhnya!

Sebuah keluarga dari India menjadi tular khususnya dalam kalangan pengguna media sosial Indonesia sewaktu mereka bercuti di Bali. Mereka ditahan kerana didapati mencuri barangan dari hotel yang mereka tinggal.
.
Pada awalnya, ketika perbuatan mereka terbongkar sewaktu hendak meninggalkan hotel, keluarga itu cuba menafikan malah mengherdik pihak pengurusan hotel dan pegawai keselamatan yang mahu memeriksa bagasi mereka.

Namun, selepas pihak pengurusan berkeras, bagasi-bagasi mereka telah dikeluarkan semula dan beberapa barangan dalam bilik hotel seperti cermin muka, penyangkut baju, alat pengering rambut, bekas pasu rotan, pembesar suara, tuala dan botol besar barangan penjagaan tubuh ditemui.

Menyedari mereka tiada pilihan lain, kerana melakukan kesalahan mencuri dan mahu dibawa ke pihak polis, salah seorang daripada keluarga itu menyatakan bahawa mereka akan membayar harga barangan yang diambil tersebut.

“Saya akan bayar, saya akan bayar lebih,” kata salah seorang anggota keluarga itu tetapi pihak hotel enggan mengambil wang yang diberi.”Ini bukan lawak. Kamu sudah membuat kesalahan. Saya tahu kamu banyak duit tetapi ini menunjukkan anda tidak punya rasa hormat,” kata lelaki dari hotel itu.

Namun, ‘janji untuk membayar’ itu tidak diterima pihak pengurusan hotel, yang bertegas untuk membawa mereka ke pengadilan pihak berkuasa.Media tempatan yang memetik kenyataan Pegawai Perhubungan Awam Balai Polis Gianyar, Iptu I Ketut Suarnatha, melaporkan, kes tersebut sudah diselesaikan berdasarkan budi bicara pihak hotel.

Video tular itu telah mendapat perhatian ratusan ribu pengguna media sosial, yang rata-ratanya mengecam perbuatan keluarga berkenaan.Ramai juga yang saling mengigatkan para pelibur supaya jangan mencontohi tabuat buruk keluarga ini.

Cukuplah sekadar ‘bersyukur’ dengan sabun atau botol syampu kecil untuk dibawa pulang… Jangan lebih daripada itu! sumber astro awani

Categories
Home Kehidupan Kesihatan

Nurse sedekahkan yassin untuk pesakit

Kerja sebagai jururawat atau nurse bukan satu kerja yang mudah.Mereka biasa akan hadapi banyak cabaran dan dugaan dalam mejalankan tugas .Setiap hari mereka terpaksa melayan kerenah berbagai-bagai pesakit dari orang kenamaan hingga kepada orang miskin.

Dalam kalangan masyarakat sehingga kini masih ada yang memandang rendah atau meremehkan kerja jururawat dan ada yang ke tahap memaki mereka jika apa yang mereka kehendaki tidak di penuhi.Biasa seorang jururawat akan mengawal keadaan dengan baik.

Kesabaran adalah perkara wajib yang perlu ada pada seorang jururawat di sebabkan mereka perlu handle seorang pesakit yang kita tahu bila seseorang itu sakit mereka boleh cepat marah dan ganas.Biasa daripada seorang doktor seorang jururawat lebih llama dengan pesakit.

Dalam banyak suka duka seorang jururawat hari ini saya nak kongsi berkaitan satu keping gambar yang di post dalam FB oleh seorang penguna bernama Rizal Halim.Gambar itu adalah gambar seorang jururawat yang sedang membaca Yassin untuk pesakitnya.

Betapa mulianya hati jururawat ini dalam kesibukkan tugasnya masih meluangkan masa untuk sedekahkan bacaan Yassin kepada pesakitnya.Selain ubat pesakit memang sangat memerlukan doa seperti ini dari orang sekeling mereka walaupun bukan dari yang di kenalinya.

Jarang masyarakat ketengahkan isu-isu kebaikkan jururawat-jurawat sebegini kerana mereka lebih tumpukan kepada mencari kesalahan dan keburukkan perkhidmatan mereka.Kadang-kadang kita dah biasa pandang mereka dari sudut negatif hingga mata kita kita tertup untuk memandang perkara-pekara yang positif dari mereka.

Semoga jurawat-jurawat tabah menjalankan tugas yang di berikan dan pesakit-pesakit juga bertimbang rasa bila berhadapan dengan mereka-mereka ini.

Categories
ilmu

Kali ke 3 panggil bomba buang objek tersekat pada anunya

Tidak serik itu yang dapat digambarkan apabila seorang lelaki dari Batu Jong, di sini terpaksa mendapatkan khidmat pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai buat kali ketiga untuk mengeluarkan objek yang terlekat pada anunya.

Lelaki berusia 34 tahun itu hadir ke Balai Bomba Sungai Durian setelah gagal mengeluarkan gigi daun gear pada alat sulitnya, petang tadi.Pada kes terdahulu mangsa juga pernah meletakkan objek berbentuk bulat ke anunnya

Ia yang sukar untuk dibuang seterusnya memaksa dia mendapatkan khidmat bomba.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar -rafee Mat Zain berkata,

pihaknya menerima panggilan khidmat kemanusiaan pada jam 3.15 petang.”Pegawai Bomba Kanan II (PBK) Mohd Razani Mamat mengetuai operasi ke lokasi kejadian mendapati objek yang melekat pada kemaluan mangsa

Objek tersebut sukar untuk dibuang.”Bagi memudahkan kerja mengeluarkan objek mangsa dibawa dengan jentera bomba ke Hospital Kuala Krai bagi membolehkan kita bertindak bersama dengan pihak hospital,” katanya.

Beliau berkata, gigi daun gear berjaya dikeluarkan dengan menggunakan pemotong ‘L’ dalam masa 20 minit.”Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Patut terus potong je anunya baru tak akan ada siri yang berikut. Gatal sangat nak buat kerja2 tak di buat orang. Bila kena bukan sahaja dirinya susah abg2 bomba pun di susahkannya.. Sumber sinar harian