minyak masak India dijangka meningkat

Home

MUMBAI: Import minyak masak India berkemungkinan meningkat 7.3 peratus pada 2019 dan 2020, rekod tertingginya disebabkan pengurangan pengeluaran minyak kacang soya dan kacang tanah yang terjejas akibat musim monsun, kata pegawai industri kanan. Pengarah Urusan G.G. Patel & Nikhil Research Company, Govindbhai Patel, berkata

pembelian yang lebih tinggi itu mampu dilihat menyokong harga minyak sawit yang berada di bawah tekanan akibat permintaan yang lembap dan peningkatan pengeluaran. “Hujan menjejaskan kawasan penanaman minyak bijirin dan mengurangkan hasil kacang tanah, kacang soya dan kapas,” katanya. Patel berkata, kekurangan pengeluaran minyak bijirin memaksa India untuk mengimport sebanyak 16.1 juta tan minyak masak

bermula dari 1 November, melonjak daripada anggaran tahunan sebanyak 15 juta tan. India mengimport lebih daripada dua pertiga daripada keperluan minyak masak, meningkat dari dua dekad lalu, kerana pengeluaran tempatan gagal memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam ekonomi ketiga terbesar di Asia itu.

Minyak sawit menyumbang sekitar dua pertiga daripada jumlah import. Musim hujan monsun India pada masa ini berada 18 peratus di bawah purata sejak 1 Jun, walaupun hujan di beberapa kawasan penanaman minyak bijirin seperti Vidarbha barat Maharashtra mencatatkan 37 peratus di bawah purata, menurut data yang dikumpulkan oleh Jabatan Meteorologi India (IMD). Patel berkata, hujan di barat Gujarat, pengeluar kacang tanah dan kapas terbesar,

telah turun 46 peratus setakat ini, menjejaskan pertumbuhan tanaman. “Kerosakan itu boleh dihadkan jika terdapat hujan dalam beberapa hari akan datang,” katanya, sambil menambah bahawa hasil kacang soya jatuh sebanyak 20 peratus dan hasil kacang tanah sebanyak 30 peratus disebabkan oleh musim kering beberapa minggu lalu.

Import minyak masak bulanan boleh meningkat kepada 1.3 juta tan pada beberapa bulan akan datang, meningkat daripada purata suku Jun sebanyak 1.15 juta tan. India mengimport minyak sawit daripada Indonesia dan Malaysia serta kacang soya dari Argentina dan Brazil. Ia juga membeli minyak bunga matahari dari Ukraine dan minyak canola dari Kanada.

Dalam tahun pemasaran semasa yang berakhir pada 31 Oktober, import minyak sawit India boleh melonjak 10.3 peratus dari tahun sebelumnya kepada 9.6 juta tan metrik. Negara itu boleh mengimport 2.4 juta tan minyak bunga matahari dan tiga juta tan minyak soya dalam tahun pemasaran semasa. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *