ulat RM 1500

Home Kehidupan Makanan

Dengan hanya mengunakan ulat anda boleh perolehi RM 1500 atau RM 500 seorang.Jika anda membawa lebih orang maka lebihlah anda dapat.Harga seorang adalah RM 500 termasuk budak kecil kalau ada bayi pun boleh letakkan harga sama. Mungkin anda pening dan tidak faham apa yang admin ingin katakana atau ingin ceritakan .

Mungkin ini adalah sendikit baru yang di gunakan untuk mendapat duit mudah dan cepat tanpa berkerja keras.Apa yang perlu di buat adalah cari sebuah restoran dan pergi makan sahaja. Pergi makan sahaja boleh dapat duit?Biasa pergi makan kena bayar kan.Inilah cerita yang berlaku baru ini di sebuah restoran di mana suami isteri bersama dengan anak lelakinya pergi menjamu selera di sebuah restoran makanan.

Selepas hamper habis makan tiba-tiba mereka mengadu ada ulat dalam ayam goring dan cuba merakam dan membuat kecoh di restoran tersebut.Bila melihat ulat yang dalam ayam goring tersebut ia bukanlah ulat yang boleh ada dalam ayam goring atau sayur(sila rujuk pakar tukang masak) Kita tidak mahau cakap pasal ulat itu tetapi tindakan keluarga ini selepas merakam suasana ini dan kekecohan yang di timbulkan.

Mereka telah hubungi majikan restoran tersebut.Perbualan adalah antara pelanggan lelaki dan majikan restoran itu. Dalam perbualan tersebut yang di rakam oleh majikan restoran tersebut pelanggan lelaki tersebut tanpa segan silu meminta RM 500 seorang termasuk untuk anak lelakinya yang mungkin dalam lingkungan umur 10 tahun atau kebawah.

Jumlahnya adalah RM1500 Majikan restoran tersebut yang tidak mahu lanjutkan perkara ini dan tidak mahu perkara ini berlarutan setuju untuk buat bayaran tersebut dan pesan kepada lelaki tersebut apa yang di lakukan oleh lelaki itu antara pelangan lelaki tersebut dengan ALLAH swt. Selepas menerima duit tersebut lelaki ini berjanji tidak akan viralkan video

  Tetapi apa yang di buatnya adalah sebaliknya duit pun di terima dan clip video tersebut juga di viralkan dalam niat untuk menjatuhkan perniagaan restoran tersebut. Dalam peristiwa ini pelanggan ini dan majikan restoran ini ada beragama islam.Seperti jatuh di timpa tangga majikan restoran ini yang telah berikan duit pada pelanggan dan akibat tindakan pelanggan ini viralkan video tersebut menyebabkan kementerian kesihatan memberi notis untuk menutup restoran ini 14 hari.

Dalam sidang media majikan restoran tersebut mempersoalkan motif tindakan pelanggan lelaki tersebut yang bukan sahaja mengugutnya tetapi juga membuatkannya kerugian besar sebab penutupan operasi selam 14 hari. Majikan itu juga telah haramkan duit yang di berkan kepada pelanggan lelaki dan keluarganya termasuk anak lelakinya.Apakah ini satu sendikit untuk mengaut keuntungan dari restoran-restoran?menjadi tanda Tanya,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *