Anjing di bawa ke dalam restoran

Home Makanan

BUTTERWORTH: Tindakan seorang wanita membawa anjing peliharaan ke sebuah restoran makanan segera di Seberang Jaya, dekat sini, malam tadi, mengundang rasa terkejut dan tidak selesa pelanggan lain, terutama yang beragama Islam. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, wanita berusia 20-an itu dilihat memasuki premis terbabit bersama seekor anjing

Selepas masuk ke dalam restoran perempuan itu meletak haiwan berkenaan di atas kerusi restoran dan menikmati makanannya. Seorang pekerja swasta, Anuar Omar, 41, yang menyaksikan kejadian itu mendakwa beliau turut menegur perbuatan wanita berkenaan. “Ketika itu, saya berada di dalam kereta untuk menunggu giliran membeli makanan

Saya berada di bahagian pandu lalu sebelum melihat wanita terbabit melintas dengan membawa seekor anjing memasuki premis terbabit. “Saya menegurnya dari jauh kerana umum sudah mengetahui larangan membawa haiwan masuk ke mana-mana premis perniagaan, inikan pula anjing yang sudah tentu mendatangkan ketidakselesaan, terutama bagi pelanggan beragama Islam,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Anuar berkata, beliau kemudian mengambil gambar wanita terbabit bersama anjing peliharaannya sebelum memaklumkan kepada pihak pengurusan restoran berkenaan. “Isu ini sensitif kerana membabitkan soal agama tetapi ia harus ditangani dengan baik tanpa perlu ada kekecohan. “Saya bersyukur dengan tindakan pantas pihak pengurusan restoran itu Mereka terus menutup kawasan anjing terbabit duduk untuk tujuan samak,” katanya. Anuar berkata, beliau juga memuat naik gambar terbabit ke dalam akaun sosial Facebook miliknya, namun tidak menyangka ia akan menjadi tular. “Niat saya hanya untuk memaklumkan kenalan berhubung kejadian yang mengejutkan itu, di samping mengambil tindakan bijak apabila berdepan situasi berkenaan,” katanya.

Sepatutnya pelanggan tersebut perlulah hormati orang lain dan tidak membawa anjing peliharaanya ke dalam restoran.Bukan sahaja orang islam ada juga yang bukan islam pun tidak selesa terhadap anjing.Semoga wanita ini tidak lagi mengulangi perbuatannya dan menghormati orang lain . sumber Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *