Categories
Home Makanan

Terkejut RM937 untuk 2 biji durian

Seorang wanita mengadu dalam satu hantaran di Facebook berkenaan dikenakan bayaran RM937 untuk 2 biji durian jenis “Black Thorn” dan sebiji durian jenis “Musang King”. Timbalan Pengarah KPDNHEP di Pulau Pinang, Chin Ching Chung berkata, siasatan dijalankan mendapati tiada unsur penipuan seperti yang dilapor wanita berkenaan.

Menurut penjaja berkenaan, mendakwa wanita itu ke gerai itu meminta “durian paling besar dan paling sedap. Setelah mengambil kira bayaran pekerja, bil utiliti serta lain-lain kos yang ditanggung penjaja. Harga yang patut dibayar oleh wanita berkenaan adalah munasabah. Bagaimanapun penjaja berkenaan tetap dikenakan kompaun sebanyak Rm2,000 kerana mempamerkan tanda harga yang mengelirukan pembeli.

Untuk pengetahuan semua durian Musang king adalah durian yang paling di gemari dan permintaan paling tinggi dari rakyat Malaysia.Durian Musang King juga di gelar raja kepada segala buah.Selain namanya Musang ke ada juga yang memanggilnya  Butter Durian,Rajah kunyit dan cat mountain king.Buahnya yang rasa manis dan pahit tapi sangat berkrim.

Black Thorn atau orchi(durian duri hitam)adalah satu klon dari sungai bakap Pulau Pinang.Buat masa ini durian ini adalah durian yang paling mahal di Malaysia iaitu lebih mahal dari Musang king,Warnanya adalah kuning berkrimserta sangat tebal.Bukan semua gerai boleh dapat buah ini sebab mungkin kerana harganya lebih mahal.

Kepada para pencinta buah durian perlulah lebih berhati-hati semasa membeli buah durian dan pastikan dapat harga yang sebenar sebelum rasa tertipu ke atau rasa mahal dari sepatutnya.Mungkin bagi betul-betul gila dengan buah durian harga bukanlah satu isu tapi lebih kepada kepuasan bila makan.

Sumber: New Malaysia Post

Sumber:

New Malaysia Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *