Mahathir kena bayar RM1,000!

Home ilmu Kehidupan

Mungkin berang dengan tindakan pihak polis , Mahathir Mohd Zin yang juga seorang penghantar makanan telah mengeluarkan perkataan “bodoh” kepada pihak polis berkenaan dua bulan lepas. Tidak dapat dipastikan atas alasan apa Mahathir mengeluarkan perkataan tersebut atau peristiwa yang berlaku .

Mahathir yang mempunyai nama sama dengan Perdana Menteri Malaysia sekarang mungkin tidak menduga satu perkataan yang di keluarkannya membuatkan dia terpaksa menerima hukuman denda seribu ringgit.Jika tida menjelasakan bayaran tersebut Mahathir boleh masuk penjara untuk dua bulan.

Peristiwa ini di katakan berlaku dua bulan lepas di Ampang menghala Hospital Gleneagles, Wangsa Maju pada 10.10 pagi, 23 Julai lepas..Perkataan yang di ucapkannya di katakana sengaja cuba  mengaibkan kehormatan atau mengganggu kesantunan terhadap anggota polis, Mohd Norhisyam Mohamad Ashari kataMajistret Noorasyikin Sahat .

Timbalan Pendakwa Raya, Wafa Zainal Abidin sebelum itu memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal Mahathir yang diwakili peguam Hasmah Nordin memohon denda paling minimum kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap selain anak guamannya tidak ada rekod  sebarang  jenayah.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Mungkin sebab tidak dapat mengawal kemarahan Mahathir telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Peristiwa ini juga perlu jadi ikthibar kepada orang ramai agar sentiasa menghormati penguatkuasa bila berdepan dengan mereka.Kita perlu ingat mereka hanyalah menjalankan tugas yang di  amanahkan kepada mereka.Semoga kita sentiasa dapat mengawal perasaan marah kita agar tidak akan berulang peristiwa sebegini. Sumber : New Malaysian Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *