Categories
hiburan Home

Badshah kalahkan korea

Bila sebut Badshah jangan ingat cerita SRK atay Rajini kanth.Ini berkaitan dengan seorang penyanyi Rap berasal dari India yang di katakana memecah rekod baru paling ramai tonton selepas di muat naik lagu barunya.Perkara ini menjadi keraguan banyak pihak dan ada yang mula persoalankan adakah benar rekod yang di ciptanya.

 Sebelum ini rekod ini di pegang oleh kumpulan korea iaitu SUDAH pasti anda pernah menyaksikan muzik video daripada kumpulan sensasi Korea, BTS menerusi lagu Boy with Luv duet bersama Halsey bukan? Kehadiran Army sudah semestinya membolehkan BTS meraih jumlah tontonan yang tinggi dalam masa 24 jam selepas ditayangkan.

Namun adakah benar rekod kumpulan ini di leburkan oleh penyanyi Badshah?, kalau ikutkan pencapaian Badshah rekod yang dipegang BTS dikatakan telah dikalahkan oleh penyanyi rap India tersebut.¬†Badshah menerusi lagu “Paagal” telah mendapat 75 juta tontonan dalam masa 24 jam sejak ia dilancarkan di laman YouTube.

Perkara ini mendapat perhatian peminat-peminat korea hingga mencetuskan kesangsian berkaitan pencapaian Badshah menurut laporan Koreaboo, YouTube tidak membuat sebarang pengumuman mengenainya seperti yang pernah diterima oleh kumpulan BLACKPINK bagi lagu berjudul Kill this Love dan Boy With Luv oleh BTS.

sebuah syarikat pengurusan hiburan di India juga mendakwa penyanyi tersebut telah membeli tontonan sehingga mampu menggalahkan rekod yang dipegang oleh BTS. Kalau benarlah Badshah membeli tontonan ia agak memalukan kepada industri muzik india. sumber Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *