Jom sertai ibadat Qurban-bah 4-Boleh ke buat qurban untuk yang tiada?

Home ilmu islam

Biasa banyak persoalan di timbulkan bila nak buat Qurban dan soalan-soalan yang lazim ialah SOALAN: Ustaz, Ibu saya telah tiada baru-baru ini. Dan beliau tidak sempat untuk mendaftar nama bagi ibadah korban. Bolehkah saya melaksanakan ibadah korban untuk arwah ibu saya?

JAWAPAN: Persoalan tentang hukum melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah tiada ini menjadi satu topik hangat atau soalan yang sering diajukan oleh para pelanggan kepada kami, apabila menjelangnya musim ibadah korban. Para ulamak telah berselisih pendapat dalam meletakkan hukum pelaksanaan korban ke atas orang yang telah tiada.

Maka di sini, kami nyatakan secara ringkas beberapa pendapat yang masyhur di kalangan para ulamak. Antaranya ialah: PERTAMA: Harus melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah tiada dan pahalanya juga sampai kepadanya. Ini adalah pendapat majoriti ulamak dalam mazhab Al-Hanafiyah, Al-Malikiyyah, Al-Hanabilah dan sebahagian As-Syafieyyah.

Hal ini berdasarkan sebuah hadis daripada Saiyidatina Aisyah R.Anha, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ketika menyembelih haiwan korban, baginda melafazkan: بِسْمِ اللَّهِ. اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ Maksudnya: “Bismillah… Ya Allah, terimalah ibadah korban daripada Muhammad dan daripada ahli keluarga Muhammad dan daripada umat Muhammad” . (Hadis Riwayat Muslim: 1967) Umum mengetahui bahawa dikalangan umat Muhammad SAW itu ada yang telah tiada dan Baginda SAW menjadikan sembelihannya itu untuk umatnya dan ini menjadi dalil bagi keharusan untuk melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah tiada.

KEDUA: Makruh melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah tiada. Ini adalah pendapat sebahagian ulamak dalam mazhab Al-Malikiyyah. Al-Kharshi Rahimahullah menyebutkan: “Dimakruhkan bagi seseorang yang melaksanakan ibadah korban untuk mereka kerana takut akan riak dan bermegah-megah dan juga tidak warid (mendatangkan hasil) perbuatan dalam perkara itu, dan ini sekiranya tidak disediakan oleh mereka dan sekiranya tidak maka si waris boleh melakukannya”. (Syarah Mukhtasar Al-Khalil: 3/42)

KETIGA: Tidak boleh melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah tiada, melainkan atas dasar wasiat yang telah ditinggalkan olehnya. Ini adalah pendapat terkuat di kalangan para ulamak dalam mazhab As-Syafie. Sepertimana yang telah dinukilkan oleh Al-Imam Al-Nawawi, beliau berkata: وَلاَ تَضْحِيَةَ عَنِ الغَيـْرِ بِغَيـْرِ إِذْنِهِ وَلاَ عَنْ مَيْتٍ إِنْ لَـمْ يُوصِ بـِهَا Maksudnya: “Dan tidak boleh melakukan korban untuk orang lain melainkan dengan izin daripadanya dan tidak boleh juga melakukan korban untuk orang yang telah tiada melainkan ia telah diwasiatkan” (Minhaj At-Tolibin wa Umdah Al-Muftin – Darul Minhaj: M/S: 538) KESIMPULAN Berdasarkan beberapa pendapat yang telah dibincangkan di atas, maka kami menyokong pendapat ketiga, iaitu pendapat yang terkuat dalam mazhab As-Syafie dan Al-Imam An-Nawawi.

Oleh itu, kesimpulannya ialah: “TIDAK DIGALAKKAN MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN KE ATAS ORANG YANG TELAH tiada, KECUALI SI mereka TELAH MENINGGALKAN WASIAT. Ini kerana ibadah korban itu wajib disertakan dengan niat. Maka sudah pasti hanya orang yang hidup sahaja mampu untuk berniat. Walau bagaimanapun, kami juga meraikan pendapat para ulamak lain yang mengharuskannya.

bahkan, kami juga tidak menolak pendapat sebahagian ulamak As-Syafieyyah yang menyatakan bahawa ianya tidak memerlukan kepada wasiat. Hal ini sepertimana yang telah dinyatakan oleh As-Syeikh Dr. Muhammad Az-Zuhailiy dalam kitabnya Al-Muktamad fi Al-Fiqh As-Syafie:

“Dan dikatakan sah hukum sembelihan ibadah korban untuk yang tiada sekalipun tidak diwasiatkan kerana ianya seperti sedekah. Maka sah baginya dan ianya memberi manfaat buatnya”. (Al-Muktamad fi Al-Fiqh As-Syafie – Dar Al-Qalam: 2/490). Semoga segala permasalahan ini telahpun terungkai dan terjawab serta dapat difahami dengan baik.

Berminat untuk laksanakan ibadah Korban bersama EZ Qurban tahun ini?Sila hubungi wakil IMIM atau PPMM dengan kadar segera kerana tarikh tutup 3hb Ogos 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *