Superman kat motor bapa

Home Kehidupan


SHAH ALAM – Sebelum ini tular di media sosial dua kanak-kanak melakukan lagak adiwira Superman di atas but kereta ayahnya yang sedang bergerak.

Kejadian membahayakan nyawa itu berlaku di Pasir Gudang, Johor dan polis telah menahan bapa serta kanak-kanak itu turut diambil keterangannya.

Semalam tular lagi di media sosial seorang kanak-kanak yang berpakaian uniform sekolah juga melakukan aksi Superman ketika membonceng motosikal ditunggang seorang lelaki dipercayai bapanya.

Lokasi tidak dapat dikenal pasti tidak namun gambar tular itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Pelayar Facebook, Nora NoraJahad menasihatkan ibu bapa untuk mendedahkan kepada anak masing-masing tentang perkara baik dan buruk seawal usia kanak-kanak lagi.

“Kena bagitahu anak awal-awal usia lagi. Apa yang salah, apa yang betul. Nanti dah besar anak buat perangai yang menyalahi undang-undang baru tahu nak marah,” katanya di ruang komen.

Dia Amyra pula berkata, Aduh kalau jatuh ke apa, jangan marah ye ayah…

Sementara seorang lagi pelayar Facebook Ku Fazilah Ku Abdullah berkata, jangan terlalu mengikut kehendak anak jika itu boleh membahayakan nyawa.

“Nyawa dah tak ada ganti dah… selagi boleh elak, elakkan. Topi keledar pun tak pakai,” katanya. Sumber sinar harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *