Categories
Home Wanita

anggota polis selamatkan mangsa dicakar isteri

Seorang anggota polis Thailand yang menyelamat seorang wanita terpaksa dimasukkan ke hospital akibat cedera di bahagian muka selepas diserang isterinya.isteri anggota tersebut memarahinya dan menyerangnya akibat tindakan anggota tersebut yang menyelamatkan wanita tersebut dari sebuag gaung.

Difahamkan, isteri anggota polis terbabit naik berang selepas melihat gambar suaminya mangsa kemalangan yang tular di media sosial.Dalam gambar tersebut, anggota polis terbabit dilihat membawa keluar seorang wanita dari kawasan semak selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam kecelakaan jalan raya.

kenapa isterinya boleh naik marah bila suaminya hanya menyelamatkan wanita tersebut?Apa yang membangkitkan kemarahan si isteri ialah tindakan spontan suaminya mendukung wanita muda tersebut, meskipun terdapat dua lagi lelaki yang boleh membantu mangsa.Seorang lelaki hanya ikut dari belakang dan seorang memegang tangan wanita tersebut.

Kebanyakkan orang yang melihat gambar tersebut menyalahkan isteri anggota tersebut mereka menganggap anggota polis terbabit tidak bernasib baik kerana mendapat isteri yang cemburu buta.Sebaik seorang anggota polis ia adalah tanggungjawabnya menyelamatkan orang tanpa berfikir panjang dan tidak kira lelaki atau perempuan.

Namun, terdapat juga segelintir pengguna media sosial beranggapan lelaki itu mengambil kesempatan ibarat sambil menyelam sambil minum air.Di sebabkan kita tidak ada di tempat kejadian jadi tidak bolehlah kita buat andaian kita sendiri.Semoga anggota ini akan keluar cepat dari hospital dan bertugas kembali -sumber Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *