Lelaki Yang Sebelum Ini Viral Makan Kucing serah diri.

Home Makanan

SEORANG lelaki dilaporkan makan kucing hidup-hidup dengan perbuatannya itu dirakam dan tular di Internet.Lelaki dikenal pasti sebagai Abah Grandong dilaporkan bertugas sebagai pengawal keselamatan dan mendakwa sekadar mahu menakutkan pemilik warung yang tidak mahu menutup kedai selepas mendapat perintah berbuat demikian di Kemayoran.

Geram dengan sikap pemilik warung, dia yang bertopi dan memakai kemeja coklat ketika itu memakan seekor kucing di tengah jalan di Kemayoran, Jakarta Pusat.Rakaman video itu kemudiannya dimuat naik di Facebook sehingga mencetuskan usaha untuk mencarinya.Abah bagaimanapun kemudian menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Jakarta Pusat dengan ditemani keluarganya, lapor stesen televisyen tempatan, Indosiar.

Menurut Liputan6 melaporkan, dia mungkin berdepan hukuman penjara sehingga sembilan bulan kerana menganiaya haiwan.Ahli keluarganya turut memohon maaf kepada masyarakat Indonesia selepas rakaman video berkenaan tular.Seorang daripadanya, Deden dipetik Kompas berkata, lelaki itu pernah menuntut ilmu hitam sehingga sering dirasuk dan melakukan perkara aneh.

Lelaki yang kelihatan memakai topi biru dengan jaket coklat itu juga mengaku berada dalam keadaan sedar ketika melakukannya. Apakah dia stres, kami tidak pasti. Kita mahu tanya apa tujuan dia makan kucing di khalayak ramai,” menurut jurucakap polis. Rata-rata netizen berang dengan tindakan lelaki yang dipercayai tidak siuman itu. Manakala yang lain pula mengaitkannya dengan unsur mistik.

walaupun bukan semua orang suka kepada kucing tapi itu bukan bermakna kita boleh berbuat sesuatu yang tidak baik pada haiwan tersebut.Sudah banyah kali kita dengar ada sahaja manusia yang bertindak tidak normal pada haiwan tidak kira di negara ini atau di luar negara.Semoga kita tidak lagi mendengar cerita-cerita begini lagi. sumber Sinar harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *