Al-Sultan Abdullah Sekali Lagi Bantu Mangsa kemalangan

Home

Nampaknya sekali lagi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’auatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menunjjukkan sikap keprihatinan Baginda apabila mengarahkan kenderaan rasmi Baginda untuk berhenti dan turun bagi memeriksa keadaan mangsa kemalangan.

Sebelum ini Baginda berhenti melihat dan membantu mangsa kemalangan di Putrajaya dan kini Baginda membantu dan bertanya khabar mangsa kemalangan di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim pagi semalam.

Kejadian ini telah dikongsikan oleh laman rasmi Istana Negara dan ia turut melaporkan, Al-Sultan Abdullah pada ketika itu dalam perjalanan ke Muzium Diraja bagi merasmikan Pameran Raja Kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *