Periksa darah dengan selfie gambar

Home Kesihatan

TORONTO 7 Ogos – Berita baik buat mereka yang mempunyai masalah tekanan darah apabila proses pemeriksaan itu berkemungkinan hanya semudah mengambil sekeping video swafoto.

Gulf News melaporkan, sekumpulan penyelidik mengu­ji teknologi dikenali sebagai pengimejan optik transdermal yang mengukur tekanan darah dengan menguji perubahan a­liran darah dalam video wajah anda.

Kajian itu menunjukkan video wajah mempunyai maklumat tentang tekanan darah sistolik,” kata profesor di Universiti Negeri Michigan, Ramakrishna Mukkamala.

Cahaya sekeliling yang menembusi lapisan luar kulit manusia membolehkan sensor optik digital pada telefon pintar untuk menayangkan dan mengekstrak corak aliran darah.

Corak aliran darah tersebut akan digunakan oleh teknologi pengimejan optik transdermal untuk meramalkan tekanan darah.

Penulis utama kajian terbabit, Kang Lee yang merupakan profesor dari Universiti Toronto, Kanada berkata, tekanan darah tinggi merupakan penyumbang terbesar kepada penyakit kardiovaskular, penyebab utama kepada kematian dan kecacatan.

Bagi mengurus dan mencegahnya pula, pemantauan berkala adalah wajar disebabkan alat pengukur tekanan darah mudah alih meskipun sangat tepat, adalah tidak sesuai dan kurang selesa.

“Pengguna cenderung untuk tidak mengikuti garis panduan Persatuan Jantung Amerika dan cadangan pengeluar peranti berkenaan untuk mengambil beberapa ukuran pada setiap kali,” katanya.

Kajian diterbitkan dalam jur­nal Circulation: Cardiovascular Imaging itu menguji aliran darah sebanyak 1,328 orang dewasa warga Kanada serta China de­ngan merakam video berdurasi dua minit menggunakan telefon pintar iPhone yang dipasangkan perisian teknologi pengimejan optik transdermal.

Penyelidik mendapati secara puratanya, teknologi pengimejan optik transdermal meramalkan tekanan darah sistolik adalah hampir 95 peratus tepat dan tekanan darah diatoslik bersama tekanan nadi adalah 96 peratus tepat. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *