Replika buku terpaksa di robohkan

Home

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja perobohan replika buku di bumbung menara DBP dibuat atas faktor keselamatan.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan tersebut diambil selepas pakar mendapati bahawa struktur tersebut tidak berada dalam keadaan selamat.

“Kami ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja perobohan replika buku ini dibuat setelah mendapat nasihat daripada pakar Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Mereka mengesahkan bahawa struktur replika tersebut tidak lagi berada dalam keadaan yang selamat.

“Perobohan replika ini dibuat atas faktor keselamatan.

DBP memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan staf DBP, pengunjung dan orang awam,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kerja-kerja perobohan replika buku tersebut telah dimulakan pada 12 Julai 2019 dan dijangka siap pada 16 November 2019.

Terdahulu, tular di media sosial kenyataan yang mendakwa replika berbentuk seakan rehal itu dirobohkan kerana ia melambangkan imej Islam. Sumber awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *