Bau busuk menyebabkan Parlimen di tangguhkan

Home

HOMA BAY: Sidang Parlimen Homa Bay di Kenya pada Rabu yang pada mulanya bermula dengan baik ditangguh seketika susulan bau busuk dipercayai bau keentut.Baunya yang cukup kuat buatkan orang dalam parlimen tidak selesa dan mendapat reaksi ahli parlimen yang lain hingga menjadi debat.

bau yang kuat dan tidak selesa membuatkan seorang anggota Parlimen bangkit dan menyebabkan Perang mulut.Ahli parlimen tersebut kemudian menuduh seorang lagi wakil rakyat atas dakwaan ‘mencemarkan udara dan menyebabkan semua susah nak bernafas kerana tidak tahan dengan bau busuk .’

“Pimpinan majlis yang terhormat, salah seorang daripada kita telah mencemari udara dan saya tahu angkara siapa,” kata wakil rakyat Julius Gaya seraya menamakan suspek, lapor BBC.Apabila dia menyebut nama perkara ini menjadi lebih hangat dan mula berlaku tuduh menuduh apabila wakil rakyat terbabit bangkit .

Wakil rakyat itu bagaimanapun menafikan tuduhan lantas mendorong ahli Parlimen lain untuk ‘berdebat’ dan saling tuduh-menuduh.

“Bukan saya. Saya tidak mungkin buat perkara seperti itu di depan rakan-rakan.”

Persidangan terganggu selama 10 minit apabila Speaker Edwin Kakach memutuskan dewan tidak boleh diteruskan dalam persekitaran yang berbau busuk.Di sebabkan perkara ini speaker terpaksa masuk camput dan cuba untuk mengawal keadaan yang makin tidak terkawal akibat tidak siapa pun mengaku.

Kesan bau kurang enak itu diburukkan lagi dengan haba akibat cuaca panas.Makin lama makin teruk dan makin tak selesa hingga menyebabkan ada yang terasa nak muntah dan loya.Akibat bantahan ramai dalam dewan maka speaker telah mengambil keputusan untuk berehat sebentar sebelum mengarahkan tindakan susulan

Speaker kemudian mengarahkan penyembur udara kecemasan dibawa masuk ke dewan bagi menyelesaikan masalah itu.”Ambil apa saja bauan yang ada, tak kisah sama ada vanila atau strawberi.”Biar sarjan sembur udara untuk menyamankannya,” kata Speaker. Bau busuk itu bagaimanapun hilang sebelum penyembur udara dibawa masuk dan Parlimen kembali bersidang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *