Tidak sangka tulisannya akan menyusahkan dirinya

Home

Tindakan seorang pemuda yang ingin barang yang di hantar selamat membawa padah.Setelah berfikir lama dia mendapat idea tapi idea yang di cubanya menyebabkan dia sekarang dalam masalah besar dan kini dalam siasatan.


KUCHING
: “Kita tulis itu (Jangan campak, ada boom di dalam) biar dia (barang) tidak pecah sebab apabila masuk sini (Sarawak) barang sudah pecah.”Itu ulasan Fahri Amaruddin, pengirim barangan yang diletupkan polis di Lapangan Terbang Miri gara-gara tertera ayat “Jangan campak, ada boom di dalam”.

Kini Fahri berkata, tindakannya itu satu kesilapan apabila menulis perkataan bom di atas kotak itu dan dia berasa kesal dengan tindakannya.Dia tidak sangka satu perkataan itu boleh menyebabkan semua pihak susah termasuk dirinya sendiri.Bukan sahaja barang yang di hantar di letupkan tapi dirinya pun dalam siasatan.

Ujarnya,sudah banyak kali dia hantar barang tapi inilah kali pertama dia cuba idea ini. dia juga selalu menghantar alat gantian motosikal di Sabah dan Sarawak memandangkan mendapat permintaan tinggi dari pembeli di kedua-dua negeri itu.Cuma dia selalu bimbang barang yang di hantar tidak di jaga baik.


Setiap kali dia hantar barang biasa barang yang sampai tidak sebagaimana semasa di hanta.Bagaimanapun, dia mengalami kesukaran apabila terpaksa membayar ganti rugi apabila alat gantian yang dihantar pecah walaupun sudah ditulis ‘barang mudah pecah’.Jadi dia tidak ada pilihan lain selain memikir apa yang boleh di buatnya.

Katanya, kejadian pertama kali itu akan menjadi pengajaran buatnya di masa depan dan dia berjanji tidak akan melakukan perkara-perkara begini di masa depan.Dia akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang baik dan akan berkerjasama dengan pihak berkuatsa.

Ditanya sama ada pihak polis ada menghubunginya, Fahri mengakui menerima panggilan daripada pihak polis.”Semalam pegawai pun ada call saya, beliau beritahu akan siasatan dahulu,” katanya. Jadi saya kena tunggu sehingga selesai kes ini dan harap perkara ini dapat di selesaikan dengan cara baik.- sumber Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *