berusia lebih 500 tahun haiwan paling tua di dunia

Home

Spesies jerung Greenland gergasi itu ditemui di Lautan Atlantik Utara oleh sepasukan saintis baru-baru ini. Mereka menganggarkan usia ikan itu mencecah 512 tahun.

Penyelidik berkenaan menggunakan saiz badan ikan tersebut untuk menganggarkan tahun kelahirannya iaitu sekitar 1505 ketika bakal raja England, Raja Henry VIII memutuskan tali pertunangan dengan Catherine of Aragon.

Spesies jerung Greenland membesar sebanyak 1 sentimeter (sm) setahun manakala ikan itu diketahui mampu hidup selama ratusan tahun.

Pakar-pakar jerung menggunakan ukuran badan ikan itu yang memiliki panjang 549sm di samping ujian radiokarbon untuk menentukan usianya, demikian menurut laporan dalam jurnal Science.

Ikan tersebut adalah yang paling tua dalam sekumpulan 28 Jerung Greenland yang diuji dalam kajian itu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *