Categories
Home

Bertelagah sebab tidak puas hati agihan rasuah


UTTAR PRADESH – Rakaman video memaparkan dua orang konstabel polis bergaduh sesama sendiri dipercayai akibat rasuah .Mereka di percayai tidak puas hati dengan pembajagian rasuah

Dalam klip video berdurasi 32 saat itu, kelihatan dua anggota polis bertikam lidah sebelum salah seorang daripada mereka menampar rakannya lalu mencetuskan pergaduhan antara kedua-duanya.

Susulan insiden yang berlaku Isnin lalu, dua anggota polis berkenaan telah digantung tugas dan siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar insiden.

Ini bukan kali pertama insiden sedemikian berlaku di Uttar Pradesh.

Pada tahun 2016, video memaparkan pergaduhan antara dua anggota polis dipercayai akibat rasuah di Lucknow turut tular di media sosial. – Agensi
Sumber sinar harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *