Adakah harus meletakkan layar skrin di ruang solat wanita dan kamera pada ruang solat imam supaya solat kaum wanita lebih sempurna

Home islam Wanita

Soalan:
Adakah harus meletakkan layar skrin di ruang solat wanita dan kamera pada ruang solat imam supaya solat kaum wanita lebih sempurna khususnya pada solat baca perlahan? Adakah ia termasuk pada pengharaman mengambil gambar?

Jawapan:
Disyaratkan pada sah ikutan mereka yang berada di dalam masjid atau diluar masjid ialah mengetahui dengan perpindahan rukun oleh imam sama ada dengan jalan mendengar atau melihat akan imam atau melihat orang yang berada di belakangnya dari para jemaah.

Berkata Imam Nawawi: “Disyaratkan bagi sah mengikut itu ialah mengetahui makmum dengan segala perpindahan imam sama ada solat imam dan makmum dibdalam masjid atau pada lainnya atau salah seorang di dalam masjid manakala seorang lagi diluar masjid. Ini adalah yang disepakati atasnya.”

Berkata Ashab kami: “Dan hasil bagi makmum itu mengetahui dengan yang demikian itu sama ada dengan mendengar akan imam atau mendengar orang yang di belakang imam atau melihat perbuatan imam atau melihat perbuatan orang yang di belakang imam. Dan telah menaqal mereka itu akan ijma’ pada harus bersandar kepada salah satu dari ini pekerjaan.” (Kitab Al-Majmu’ jilid 4 m.s. 201)

Dan berkata Imam As-Syarbini: “Setengah dari segala syarat mengikut imam itu bahawa disyaratkan tahu makmum dengan segala perpindahan imam supaya memungkin mengikutnya dengan bahawa melihatnya oleh makmum atau melihat sebahagian saf atau mendengar akan imam atau mendengar muballigh.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj jlid 1 m.s. 494)

Dengan mana setengah dari syarat mengikut itu mesti tahu dengan perpindahan rukun oleh imam dan pula skrin serta kamera diletakkan supaya lebih jelas kaum wanita akan segala gerak-geri imam. Dan terkadang ia adalah suatu yang penting khususnya ketika imam sujud bagi tilawah atau sujud sahwi maka tersalah sangka oleh orang yang tidak nampak imam dan yang jadi sandaran hanyalah atas suara bahawa ia adalah takbir berpindah rukun maka jatuh kepada tersalah.

Dan atasnya maka sesungguhnya penggunaan gambar dan video yang dikira sebagai pengantara bagi pengetahuan dengan segala gerakkan imam itu bukanlah ia termasuk pekerjaan yang dilarang pada syarak. Dari kerana sungguhnya ia adalah memindahkan gambar apa yang berlaku di mihrab imam dan tiada ia termasuk dalam membuat gambar yang dilarang kerana ia bertujuan untuk pengetahuan dan pengenalan.

Para makmum pula janganlah asyik dengan melihat kepada skrin gambar tersebut melainkan kerana hajat sehingga tidak ia menjadi sebab bagi melalaikan mereka dari solat atau memutuskan khusyuk mereka.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *