Kalau pergi makan di kedai, mohon jengah sikit dapur dah tandas

Home

Malaysia merupakan syurga makanan buat para pelancong mahupun rakyat tempatan kerana wujudnya pelbagai jenis restoran dan menu makanan. Cakap sahaja nak makan apa, pasti korang dapat makan. Betul tak? Tapi pernah tak korang terfikir begaimanakah keadaan ruang dapur dan tandas di sesuatu restoran yang korang makan?

Menerusi Facebook Dr Kamarul Ariffin, dia meluahkan rasa kecewa terhadap tahap kebersihan sebuah restoran yang dikunjunginya. Menurutnya, keadaan ruang dapur restoran tersebut boleh membuatkan pengunjung ‘kembang tekak’ dan berasa ‘loya’ ketika melihatnya.

Makanan sedap, tapi kebersihannya?

Sekadar gambar hiasan

Kita ni, kalau pergi makan di kedai, mohon jengah sikit dapur dah tandas dia. Kadang-kadang makanan sedap, tapi kebersihannya, ya Tuhan! Tengok gambar-gambar ni!

Mangkuk kicap tu entah berapa lama tak cuci. Habis kicap dalam mangkuk tu, tambah yang baru. Botol-botol penuup terbuka. Sudu atas kotak telur. Kalau perasan, ada kain di pemegang kuali tu. Mungkin buat penebat ketika kuali panas. Lihat warna dia! Kembang tak tekak? Penapis tu dah rabak pun masih digunakan. Sepatutnya alatan memasak kena sentiasa diselengara baik. Jika rosak, kena ganti baru.

Mop ni paling jahat. Air dalam baldi mop sampai keruh gitu. Satu baldi air, buat mop seluruh kedai. Habis di ratakan semua bakteria dari tandas ke ruang makan. Ais pula diletak dalam bekas penebat haba yang dah berdaki, berkerak, dah pecah sampai nampak penebat. Lepas tu nanti sedap je kita sedut air berais kita. Tolong ya, tolong jengah sikit. Pilih restoran yang bersih, yang jaga kualiti, jaga kuantiti, jaga kebersihan dan keselamatan makanan. Kemudian baru ambil kira sedap ke tak! Semoga bermanfaat!

Nota: dapur serta peralatan memasak di rumah pun kena jaga dan selenggara dengan baik.

Nasihat doktor Kamarul mengenai melakukan pemeriksaan terhadap tahap kebersihan sesebuah restoran terlebih dahulu sebelum menjamu selera mendapat sokongan daripada netizen.

Sumber: Dr Kamarul Ariffin 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *