Simpan buaya dalam seluar

Home

Buaya adalah antara binatang paling bahaya dan ganas.Jarang ada yang ingin menjadikan buaya sebagai binatang belaan di sebabkan sifatnya yang boleh membahayakan manusia.Biasa juga kita dengart buaya yang membaham manusia terutama di kawasan sarawak.Kisah ini agak lucu dan aneh bila buaya di simpan dalam seluar.

PUNTA GORDA – Seorang wanita di Florida, Amerika Syarikat di tahan seorang polis trafik dan semasa membuat pemeriksaan polis trafik agak terkejut apabila melihat ada seperti sesuatu bergerak dalam seluar wanita tersebut dan bila di periksa di dapati seekor buaya kecil yang disorok di dalam seluarnya.

Polis trafik yang terperanjat dengan kejadian itu mengambil tindakan Susulan terhadap Ariel Machan Le Quire, 25.Wanita tersebut di tangkap dan dituduh memiliki haiwan secara haram.Wanita tersebut kemudian di soal siasat dan telah dihantar ke pusat pemulihan.Wanita tersebut tinggal di sana sehingga kes perbicaraannya berjalan.

Pada awalnya Machan Le Quire dan pasangannya, Michael Clemons, 22, ditahan pegawai trafik Charlotte County pada Mei lalu hanya kerana melanggar lampu isyarat.Selepas di tahan polis tersebut sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan pasangan tersebut.Mereka mula cemas dan tidak seperti orang biasa yang di tahan atas kesalahan trafik.

Pemeriksaan lanjut mendapati, pasangan terbabit turut menyimpan 41 ekor kura-kura yang diletakkan dalam beg sandang ‘Teenage Mutant Ninja Turtles’.Jurucakap agensi hidupan liar berkata, Machan Le Quire dan Clemons melakukan kesalahan kerana tidak memiliki permit untuk menangkap haiwan berkenaan.

Machan Le Quire dihantar ke pusat pemulihan pada Khamis lalu, sementara hukuman ke atas Clemons ditangguhkan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *