Air zam-zam yang di seludup boleh punca kapal terhempas

Home islam

Kota Makkah, selain tempat untuk umat Islam beribadat, kota suci itu juga terkenal dengan air zam zam. Seperti mana kita tahu, punca air zamzam berlaku dari kisah Nabi Ismail dan ibunya, Siti Hajar.

Air zamzam mempunyai khasiat yang cukup tinggi kerana mempunyai kandungan mineral yang tinggi. Disebabkan itu, air zamzam sentiasa menjadi pilihan pelawat ketika umrah dan musim haji untuk dibawa pulang sebagai cenderahati, diberikan kepada saudara mara dan sahabat handai.

Meskipun kerajaan Arab Saudi telah memperuntukkan secara percuma air zamzam sebanyak tiga liter setiap jemaah. Masih ada segelintir jemaah sanggup menyeludup air berkenaan ke dalam bagasi pakaian mereka menggunakan botol.

Sebenarnya tindakan berkenaan mampu mengundang risiko seluruh penerbangan pesawat. Kerana air zamzam yang diisi dengan botol berisiko pecah kerana dihempap dengan bagasi pakaian yang lain.

Kesannya air zamzam berkenaan akan membasahi ruangan kargo pesawat. Untuk pengetahuan korang, ruangan kargo dipenuhi dengan pendawaian pesawat. Sekiranya ruangan kargo tersebut basah, kebarangkalian untuk berlaku litar pintas adalah tinggi.

Akibat dari itu, ia akan menyebabkan kegagalan sistem penerbangan dimana ini akan membawa kepada nahas kapal terbang. Seeloknya, gunakanlah perkhidmatan penghantaran kargo yang ada disana bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *