Categories
Home

Kampong bunian di segambut dalam

PERLU melalui denai sejauh lebih 500 meter di kawasan hutan di Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Itu satu-satunya laluan keluar masuk untuk ke sebuah perkampungan tersorok di kawasan itu yang dihuni lebih 100 warga asing dari Indonesia dan Bangladesh. Dipercayai sudah wujud tiga tahun lalu, perkampungan ‘bunian’ dibina di lereng bukit, terlindung daripada pandangan dan turut dilengkapi kemudahan elektrik serta air yang diperoleh secara haram.

Semuanya terbongkar apabila sepasukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menggempur kawasan itu dalam Ops Sapu bermula 1.30 pagi. Operasi lebih dua jam diketuai Ketua Unit Aduan Risikan Operasi JIM Kuala Lumpur Mohd Shahrulnizam Ismail turut menahan 80 pendatang asing tanpa izin (PATI). SEBAHAGIAN PATI yang ditahan dalam Ops Sapu awal pagi Jumaat.

. Mohd Shahrulnizam berkata, seramai 80 pegawai dan anggota JIM Kuala Lumpur terbabit operasi itu hasil risikan dijalankan selama sebulan. Katanya, bagi mencari bukti kewujudan perkampungan haram itu, pegawai dan anggota JIM Kuala Lumpur terpaksa menyamar sebagai penuntut dan berpura-pura melakukan riadah di kawasan berhampiran. “Kawasan perkampungan itu terlindung daripada pandangan berikutan terletak jauh di dalam hutan di lereng bukit.

“Sebahagian kawasan pula bertutup pagar zink supaya kelihatan seperti kawasan pembinaan,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, hari ini. Beliau berkata, ketika mula dibina, warga asing di situ menggunakan papan lapis untuk dirikan rumah namun, sebulan lalu kawasan itu diperluaskan dan dipercayai lebih ‘selesa’ apabila majikan sediakan kontena.

“Dalam serbuan itu, seramai 117 individu diperiksa dan JIM Kuala Lumpur berjaya menahan 80 warga asing berusia 20 hingga 45 tahun yang tinggal secara haram di negara ini. “Jumlah warga asing yang ditahan itu membabitkan 42 lelaki Bangladesh dan 28 lelaki Indonesia, manakala selebihnya adalah 10 wanita Indonesia dan seorang wanita Vietnam,” katanya.

Beliau berkata, mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen yang sah dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama kerana tinggal lebih masa. Katanya, kesemuanya kini dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Kuala Lumpur bagi siasatan dan tindakan lanjut. sumber metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *