Lebah boleh di pelihara dalam rumah.

Home

Anda seorang peminat madu dan lebah dan ingin menjadikan lebah sebagai binatang pilharaan atau kesayangan.Kini ada caranya boleh bela lebah di dalam rumah tanpa ada masalah dalam rumah.Perkakas ini nampak kemas dan cantik selain menjadi perhiasan di rumah.Namun ia hanya sesuai kepada yang tidak takut pada lebah .

Melalui perkakas ini lebah akan bersarang di dalamnya dan tidak boleh keluar ke dalam rumah kerana mempunyai cermin yang menghalang.Kita juga boleh melihat perkembangan lebah tersebah melalaui cermin tersebut setiap masa.Selain boleh di gunakan untuk kaji selidik ia juga boleh membuatkan kita rasa tenang apabila melihat mereka buat kerja menyiapkan sarangnya.



Ia juga boleh di cantumkan mengikut keperluan yang kita nak dan boleh di di gantung di ruang tetamu untuk tatapan umum.Jika anda perhatikan di sebalik kotak ini terdapat sebuah tiub yang keluar melalui tingkap.Fungsi tiub ini adalah untuk memudahkan lebah ini keluar mencari madu.Ini adalah satu-satunya jalan keluar untuk lebah tersebut.Mereka selepas keluar akan kembali masuk melalui tiub tersebut.

Tiub yang lutsinar boleh buatkan kita perhatikan aktiviti mereka keluar masuk.Mereka juga tidak berpeluang masuk ke dalam rumah kerana tiub ini biasa akan di basah hingga ke luar rumah.Mana tahu kalau berminat bolehlah cari box ini untuk jadikan lebah sebagai binatang peliharaan dan boleh jadikan hobi baru.

Sedikit info berkaitan dengan Ratu lebah kelulut agar kita mudah memahami cara hidup lebah.Ratu lebah kelulut mengawan hanya sekali seumur hidup tetapi akan terus bertelur antara 50 hingga 350 biji sehari dalam tempoh dua hingga tujuh tahun hayatnya.

Selepas mengawan dan menyimpan telur di dalam kantungnya, ratu tidak boleh terbang lagi kerana sayapnya tidak dapat menampung perutnya membesar tiga kali ganda daripada saiz lebah biasa dan hanya mampu berjalan melihat lebah pekerja melaksanakan tugas.

Sepanjang tempoh itu, ratu kelulut akan ‘dilayan’ bagai menatang minyak yang penuh apabila semua keperluannya seperti makan minum, persekitaran dan takhtanya akan dijaga sepenuhnya oleh ‘pekerja dan tenteranya’.

Ratu juga paling berkuasa di dalam log kelulut. Bagaimanapun, selepas tidak lagi produktif, ia dengan sendirinya terpaksa turun takhta atau mati dan diganti dengan ratu baru.

Uniknya, semua pekerja adalah kelulut betina manakala yang jantan hanya ditugaskan mengawan bersama ratu sahaja!Jika bukan musim mengawan, kelulut jantan hanya berterbangan mencari makanan.

Bagaimanapun, malang bagi kelulut jantan kerana hayatnya berakhir dalam tempoh sehari selepas mengawan. Lebih tragis, si jantan akan meninggalkan alat kelaminnya pada ratu! Mungkin itu yang menyebabkan ia mati.

Tidak seperti telur haiwan lain yang menetas secara secara semula jadi, telur kelulut akan ditetaskan pekerja dalam tempoh pengeraman antara 16 hingga 20 hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Diva Bee Enterprise Khamarul Azman Mustafa berkata, telur yang mengandungi ratu tiga kali ganda lebih besar berbanding telur yang mengandungi pekerja.

“Pekerja mempunyai jangka hayat hidup lebih singkat iaitu antara 75 hingga 100 hari kerana kekurangan sumber makanan atau terlalu kuat bekerja.

Lebah kelulut akan mula bekerja beberapa hari selepas ditetaskan sumber mymodernmet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *