Produk mistik dan syirik di jual dalam online.

Home islam

Di zaman teknologi serba canggih, sekarang semuanya hanya dihujung jari sahaja. Tak perlu dah susah payah keluar rumah cari parking atau perlu menempuh jalan sesak semata-mata untuk membeli barang.Namun, meskipun zaman semakin moden namun masih ada lagi yang masih percaya dan mengamalkan perbuatan mistik dan syirik.

Pendedahan oleh netizen ini tertanya sangat mengejutkan dimana ada pihak tidak bertanggungjawab menjual produk sihir secara online.“Antara benda yang aku suka tengok dekat Lazada ialah ilmu sihir online. Macam-macam produk dan cara-cara sihir ada dijual. Mahal weiiii..”

Antara produk sihir yang dijual adalah minyak dagu, minyak pengasih, minyak pelaris, minyak pendinding dan sebangainya lagi.

Harga yang dijual boleh dikatakan agak mahal. Lebih mengejutkan, turut dijual e-book ilmu kedukunan. Ada ke yang nak belajar ilmu kedukunan?

Siapa sangka barang-barang seperti ini ada dijual melalui online. Memang pelik tapi rasanya tak semua barang yang dijual melalui online boleh dipercayai. Apa pun seperti yang kita tahu kesemua barangan tersebut adalah bercanggah dengan agama Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *