Patung lilin Sri Devi mencetuskan kemarahan peminatnya.

hiburan Home

Muzium Madame Tussauds Singapura merasmikan patung lilin mendiang Sridevi. Acara tersebut dihadiri oleh keluarga dari pelakon tersebut yang sudah tiada lagi. Sri devi adalah pelakon bollywood yang mencipta nama bertahun-tahun lamanya dan sangat popular di serata dunia.

Keluarga  Boney KapoorJanhvi Kapoor dan Khushi Kapoor hadir ke acara perasmian itu. Mereka datang dari India ke Singapura untuk melihat secara langsung patung lilin yang dipersembahkan oleh Madame Tussauds untuk Sridevi.Mereka sangat gembira bila tiba di sini kerana Muzium singapura telah menghargai pelakon Sri devi dan meletakkan patungnya di muzium mereka.

Masa yang di tunggu telah tiba semua tetamu undangan dah tiba di Muziuam/Di hadapan keluarganya, Perasmian pun di lakukan dengan munculnya sebuah patung lilin Sridevi dari Madame Tussauds Singapura. Patung tersebut dibuat berdasarkan penampilan Sridevi ketika masih muda, lebih tepat lagi lakonannya berkonsepkan Hawa Hawai

Ketika patung tersebut di lihat keluarga, Boney dan kedua anaknya mereka tidak dapat kawal emosi mereka dan kelihatan menangis. Mereka juga terharu atas kerja keras pihak muzium yang sanggup membuat patung Sridevi.Mereka sanggat kagum dengan patung yang berdiri di depan mereka dan mereka tidak melepaskan peluang bergambar bersamanya.

Ini adalah patung lilin pertama dari Sridevi, dan dibuat setelah ketiadanya. Madame Tussauds memenuhi permohonan dari peminat Sridevi untuk membuat patung lilin pelakon tersebut dan di letakkan dalam Muzium Singapura untuk tatapan peminatnya yang masih merinduinya untuk melihat di layar filem.

Namun apabila patung lilin itu ditayangkan kepada orang awam.Peminat Sri Devi agak kecewa bila mereka berkata patung itu langsung tidak sama dengan Sridevi dan agak berlainan sama sekali.Walaupun mata dan bibirnya kelihatan seakan sama namun mereka mempertikaikan wajahnya kelihatan seperti orang lain.

Mereka merasakan Madame Tussauds yang mengatakan ini adalah patung lilin Sridevi masa muda tidak dapat di terima oleh peminat apabila mereka berkata Sridevi semasa zaman mudanya langsung tak sama dengan patung tersebut bagi mereka Madame Tussauds cuai dalam membuat patung tersebut dan tidak berhati-hati.

dalam akaun Madame Tussauds peminat-peminat Sridevi telah maki hamun pembuat patung lilin ini kerana gagal menghasilkan patung yang sama seperti Sri Devi.Apa pulak pendapat anda bila melihat patung lilin ini adakah tidak sama atau sama dengan Sridevi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *