Kuch Kuch Hota Hai menjangkau 21 tahun

hiburan Home

Filem pecah panggung ini sudah mencapai 21 tahun tayangan dan masih memberi impak kepada penonton terutamanya penonton Malaysia. – Facebook: Kuch Kuch Hota HaiFILEM Kuch Kuch Hota Hai arahan Karan Johar banyak mengajar kita erti persahabatan dan ia juga mengajar tentang erti sebenar cinta.

Bulan depan genaplah 21 tahun filem ini.Filem ini bukan sahaja mendapat sambutan hangat di seluruh dunia terutamanya di Malaysia, malah ia merupakan satu filem paling ikonik pada tahun 90-an.

Jalan cerita yang mengisahkan cinta tiga segi ini diterbitkan pada 16 Oktober 1998 dibintangi Datuk Shah Rukh Khan (Rahul Khanna) , Rani Mukerji (Tina) dan Kajol (Anjali Sharma)  sebagai teraju utama dan filem ini sudah mencapai dua dekad.

Mengimbas kembali filem pecah panggung ini kami kongsikan kepada anda beberapa fakta yang mungkin anda tidak tahu.

Datuk Shah Rukh Khan ( Rahul Khanna ) , Rani Mukerji ( Tina ) dan Kajol ( Anjali Sharma )  sebagai teraju utama dan filem ini sudah mencapai dua dekad.

Datuk Shah Rukh Khan ( Rahul Khanna ) , Rani Mukerji ( Tina ) dan Kajol ( Anjali Sharma ) sebagai teraju utama dan filem ini sudah mencapai dua dekad.

#1 Shah Rukh Khan dan Kajol merupakan pilihan pertama Karan Johar untuk memainkan watak Rahul dan Anjali. Kedua-dua pelakon tersebut telah berjanji untuk menjadi sebahagian daripada filem pertama Karan ketika dia menjadi penolong pengarah untuk filem Dilwale Dulhania Le Jayenge.

#2 Untuk pengetahuan, Rani Mukerji bukan pilihan utama pengarah Karan Johar. Pada asalnya watak itu ditulis bersama dengan Twinkle Khanna dan nama watak tersebut dinamakan mengikut namanya (nama samaran Twinkle adalah Tina). Walau bagaimanapun, pelakon tersebut telah menolak tawaran dan watak tersebut diserahkan kepada Rani.

#3Kuch Kuch Hota Hai diadaptasi daripada komik Archie. Shah Rukh adalah Archie, Kajol adalah Betty dan Rani Mukherjee adalah Veronica. Watak Anupam Kher diinspirasikan daripada Weatherbee, pengetua Sekolah Tinggi Riverdale.

#4 Selebriti seperti Manish Malhotra, Farah Khan, Geeta Kapoor, pengarah Nikhil Advani, dan juga ibu Johar, Hiroo Johar, juga dilihat dalam beberapa babak dalam filem mini.

#5 Watak yang dimainkan Salman Khan (Aman Mehra)  pada mulanya ditawarkan kepada Saif Ali Khan.

#6 Dialog yang terkenal dalam filem itu, ‘tussi jaa re ho, tussi na jao’, sebenarnya telah dialih suara. Ia bukan suara asal Parzaan Dastur. Tetapi telah dialih suara oleh seorang pelakon kanak-kanak Kaivalya Chheda.

#7 Tajuk filem ini telah dicadangkan oleh Jugal Hansraj yang juga merupakan pencipta lagu Tum Paas Aaye yang direkanya di bilik mandi sebelum memberikannya kepada Karan.

video SonyMusicIndiaVEVO



#8 Semasa babak basikal Yeh Ladki Hai Deewana, Kajol telah hilang kawalan semasa menunggang basikal dan kemalangan. Dia telah pengsan dan lututnya cedera. Kajol juga dikhabarkan hilang ingatan buat seketika selepas kejadian itu.

#9 Karan mahu mengalih suara Rani kerana suaranya yang serak.

#10 Rani Mukerji telah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik untuk watak Tina ketika berusia 19 tahun di Anugerah Filmfare. sumber astro awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *