WHO desak henti ujian sunti

Home Wanita


Mungkin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih tidak familiar dengan Ujian sunti. Hal ini kerana, negara kita menolak dengan sekeras-kerasnya perbuatan ini kerana dapat mengundang malu dan mencabul hak asasi seorang wanita. Tapi, berbeza pula di sesetengah negara yang mengamalkan konsep ini seperti di Indonesia. Pernah juga kecoh di laman akhbar utama sedunia apabila wanita di sana perlu mengharungi ‘test sunti’ untuk melayakkan diri sebagai seorang tentera.

Bukan itu sahaja, banyak lagi negara lain yang mengamalkan ujian ini dan mendapat tentangan keras dari World Health Organization. Memang ‘menyeramkan’ juga bila baca fakta mengenai ujian ini.

FAKTA MENGENAI “UJIAN sunti”

Walaupun negara kita memang tidak pernah mengamalkan ujian ini, namun penting untuk anda sebagai wanita mempunyai ilmu mengenainya. Hal ini juga dapat membantu World Health Organization mendapat sokongan untuk membanteras amalan ini di negara lain.

1. “Ujian sunti” menggunakan kaedah 2 jari adalah tidak berasas, mendatangkan kerosakan dan mencabul hak seorang wanita.

2. Amalan ini TIDAK pernah di lakukan di Malaysia tetapi ia diamalkan di Afghanistan, Bangladesh, Egypt, India, Indonesia, Iran, Jordan, Palestine, South Africa, Sri Lanka, Swaziland, Turkey, and Uganda.

AFRIKA JADIKAN RUTIN SEBELUM BERKAHWIN

3. Di Indonesia, anggota polis wanita yang baru mendaftar akan di uji dengan pemeriksaan ini . Ia juga pernah dilakukan kepada pelajar sekolah menengah di Sumatra Selatan sebagai langkah untuk mencegah maksiat di daerah tersebut.

4. Ujian ini dilakukan di negara Afrika sebagai rutin sebelum majlis perkahwinan. Wanita yang lebih berusia akan memeriksa bakal pengantin perempuan untuk memastikan ianya masih sunti.

5. Di Bangladesh, Pakistan dan India, ujian ini pernah dilakukan untuk memeriksa status mangsa roggol

6. Bermula pada tahun 2018, UN dan WHO telah melancarkan kempen khas untuk memastikan ujian kejam ini di hentikan kerana ia menyakitkan, memalukan dan bertentangan dengan hak asasi seorang wanita.

* Ujian sunti TIDAK SAMA dengan ujian pemeriksaan bukaan rahim semasa proses kelahiran.

KESAN

Bukan sahaja mencabul hak kehormatan wanita, pemeriksaan dara ini juga akan mendatangkan pelbagai kesan yang buruk. Antaranya adalah trauma, kemungkinan untuk mendapat jangkitan kuman selepas pemeriksaan dan kemurungan. Tambahan pula, jika gagal untuk mendapatkan status sunti selepas menjalani pemeriksaan, denda pula yang akan dikenakan kepada wanita tersebut.

Jadi, penting untuk kita sama-sama menghentikan ‘penderaan’ emosi dan fizikal wanita .

Sumber : Public HealthWHO-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *