Ada pihak yang mempertikaikan dan sindir lagu Belenggu Rindu nyanyian Datuk Jamal Abdillah bersama Wany Hasrita sebagai lagu yang di cedok

hiburan Home

Ada pihak yang mempertikaikan dan menyindir lagu Belenggu Rindu nyanyian Datuk Jamal Abdillah yang berduet dengan Wany Hasrita sebagai lagu yang di cedok atau kitar semula.Lagu Bellenggu Rindu di katakan mempunyai banyak persamaan dengan lagu Anta Permana nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.

Apabila di ajukan soalan ini kepada Datuk Jamal Abdillah yang terkenal dengan jolokan Raja Pop tidak melatah atau marah .Beliau menjawab dengan tenang bahawa tidak hairanlah kalau dua lagu ini mempunyai persamaan sebab kedua-dua karya lagu ini di hasilkan oleh komposer yang sama iaitu Hael Husaini dan Ezra Kong.

Bila orang yang buat lagu adalah orang yang sama maka mood juga adalah sama.Kita ambik contoh karya ciptaan Datuk Dr Ahmad Nawab,dia pun pernah terpalit isu yang sama bila mencipta lagu untuk penyanyi yang berbeza.Lagunya di katakan seakan sama atau mirip.

Jadi tak perlulah melenting atau marah sebab karya tersebut di buat individu yang sama maka tak adalah istilah tiru karya yang sama.Jamal juga sekarang dalam perancangan untuk membuat album kompilasi.Saya dah 10 tahun tak masuk studia.Saya nak minta mana-mana kompuser pilih lagu-lagu saya untuk buat album.

lagu saya dah banyak jadi tak perlu buat lagu baru .Kita cuma beri nafas baru agar ia boleh di terima anak-anak muda sekarang.Orang ramai tahu cara saya menyanyi jadi tak mungkin ia lari dari apa yang saya nyanyi.

sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *