“Hari-hari orang luar minta saya buka, mereka kata saya tak layak pakai Purdah” Isteri PU Abu

Home islam

Baru-baru ini netizen menyedari penampilan isteri PU Abu Sufyan iaitu Hana Azraa yang tidak lagi mengenakan purdah.Perkara ini mendapat kecaman netizen yang rata-rata mempersoalan tindakannya tidak berpurdah dan menaikkan gambar-gambar tidak berpurdah dalam IG

Hana telah padam semula semua gambarnya yang tidak berpurdah. Sebelum ini beliau gemar mempamerkan gaya sopan dan ‘alim’ tidak membuka aurat di laman IG. Kini beliau kembali mempamerkan gaya ‘lama’ beliau dan pengikut mula mempertikaikan tahap IQ beliau yang mudah berubah

Akibat dari tindakan mudah berubah ini membuatkan orang ramai mempertikaikan imej wanita berpurdah yang memakainya sekadar fesyen dan menunjuk2 di media sosial. –

Berkaitan isu ini Hana berkata sebenarnya saya terasa terganggu bila ramai orang minta saya buka purdah kerana mereka kata saya tak layak memakainya .Dalam islam memakai purdah bukan satu kewajipan namun saya betul-betul ikhlas memakainya.

Saya masih lemah dalam bab-bab ini.Saya berpurdah kerana Allah dan diri saya sendiri.Saya harap semua boleh berdoa untuk saya dan semoga saya sabar dan terus istiqamah menjaga diri dan penampilan.Hanan menghargai teguran dari netizen yang baik dan buruk.

Saya minta maaf secara terbuka kepada semua yang menyedari isu ini dan agak hebat juga maklum balas yang saya terima.Saya terima berbagai-bagai mesej terutama mesej-mesej peribadi.Terima kasih yang mendoakan dan menasihatkan saya.

Usahawan produk ini juga berharap dia menjadi contoh yang baik pada wanita-wanita yang lain. sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *