Filem Dendam Pontianak filem seram klasik sekitar tahun 1960-an

hiburan Home

SOSOK hantu dalam filem seram sering menjadi pilihan ramai penerbit dan pengarah filem tempatan.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, ada juga pembikin filem luar yang turut tertarik untuk menghasilkan filem mengenai jelmaan hantu seperti puntianak.

Individu berkenaan adalah penerbit dan pengarah, Glen Goei serta Gavin Yap daripada Tiger Tiger Pictures yang juga produksi dari Singapura.

Tertarik dengan filem seram klasik sekitar tahun 1960-an mendorong dua individu ini menghasilkan Dendam Pontianak.

Filem yang sudah pun menemui penonton di pawagam Malaysia sejak 12 September lalu mempertaruhkan gandingan segar antara Remy Ishak dan Nur Fazura.

Dendam Pontianak dibarisi pelakon hebat lain lagi seperti Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Tony Eusoff, Nam Ron, Nadia Aqilah, Nik Harraz Danish, Wan Hanafi Su dan Nadiah M Din.

Filem yang berlatar belakangkan tahun 1965 ini, berkisarkan Khalid dan Siti membuat persiapan hari pernikahan mereka.

Tidak lama kemudian, anasir jahat mula menyelubungi perkampungan itu apabila berlakunya kematian dan kejadian misteri yang mencetuskan ketakutan dan kekecohan dalam kalangan penduduk.

Kejadian tersebut memaksa Khalid untuk mengaku bahawa dia membunuh seorang perempuan yang sedang mengandungkan anaknya beberapa tahun lalu dan muncul sebagai puntianak.

Bagi penulis, tarikan utama filem ini adalah penglibatan pelakon hebat dan tidak asing lagi di Malaysia apabila mereka tampil dengan lakonan yang cukup berkesan dan memuaskan.

Ditambah pula dengan unsur seram yang berjaya memberi kejutan kepada penonton namun terdapat beberapa kelemahan membabitkan jalan cerita di dalam filem ini.

Kelemahan itu memberi kelompongan dan kelonggaran pada babak tertentu selain perjalanan filem ini juga boleh dijangka.

Cuma, apa yang menarik pada penulis, dendam yang disimpan oleh puntianak terbabit bukan sekadar untuk membunuh tetapi ia mengenai jalinan antara ibu dan anak yang terlerai tanpa kerelaannya.

sumber sinar harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *