Ruhainies ‘berkicau’ apa pun komen dan kritikan dilemparkan dia tidak mahu ambil kisah

hiburan Home

Nama Ruhainies kembali ‘berkicau’ di Twitter gara-gara tindakannya memuat naik gambar makan nasi kandar dalam kereta mewah milik kekasihnya, Mr E.

Ternyata tindakan Ruhainies, 27, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

Ada yang beranggapan Ruhainies sengaja menunjuk-nunjuk dan tidak kurang juga menyifatkan adik kepada pelakon, Nur Risteena ini mengada-mengada.

Bagaimanapun, Ruhainies berkata, apa pun komen dan kritikan dilemparkan dia tidak mahu ambil kisah.

“Saya ambil semua komen netizen itu sebagai gurauan. Ini kerana bagi saya, tindakan dia itu spontan dan kelakar. Tak ambil hati apa yang ‘hater’ komen. Ada ketika ia menghiburkan.

“Saya cuma berkongsi dengan peminat secara rawak dan tak tahu pula akan menjadi perhatian. Sebenarnya komen itu lebih banyak yang suka berbanding tidak suka. Buat apa perlu ambil kisah kepada orang yang tak suka.

“Saya lebih menghargai dan ambil kisah mengenai peminat yang ingin tahu gaya hidup saya. Saya juga terbuka untuk berkongsi dengan peminat kerana mereka suka apa yang saya kongsikan. Bagi yang tak suka saya buat tak tahu saja,” katanya.

Ruhainies yang juga pelakon Jejak Karmila berkata, tindakannya itu bukan mahu menunjuk-menunjuk.

“Saya tak rasa perkara itu menunjuk-nunjuk sebab pastinya semua orang pun ada cara tersendiri menghargai pasangan masing-masing.

“Apa yang saya kongsikan itu adalah cara saya. Cara kita semua tak sama. Tambahan pula, wanita sukar dijangka. Kadang-kadang mahukan perhatian daripada pasangan. Jadi, bagi saya tak salah. Asalkan perkara itu tak melampaui batas,” katanya.

Pada masa sama, Ruhainies menjelaskan setiap apa yang dimuat naik di laman sosial miliknya adalah hak peribadinya.

Katanya, dia hanya menjadi diri sendiri dan tidak pernah minta diberi perhatian.

“Sejak hantaran itu tular, ramai yang berkongsi pengalaman masing-masing dengan saya. Kebanyakannya ada pengalaman kelakar bersama pasangan masing-masing. Itu membuatkan saya berasa sangat terhibur.

TERUS bahagia dengan Mr E dan tak anggap menunjuk-nunjuk.

“Apa pun yang diperkatakan, saya simpan untuk diri sendiri kerana ia tak memberi kesan sedikit pun. Lagipun, saya figura awam, sudah tentu akan menjadi perhatian.

“Saya tak boleh harapkan semua orang dalam dunia akan suka. Pasti ada yang suka. Itu lumrah,” katanya.

Ditanya mengenai sejauh mana hubungannya dengan kekasih hati yang juga ahli perniagaan itu, Ruhainies berkata, dia semakin bahagia.

“Alhamdulillah, hubungan kami okey dan berjalan macam biasa. Cuma, macam yang selalu saya katakan, soal jodoh itu ketentuan Allah SWT.

“Saya akan kongsikan juga kepada semua sekiranya ada khabar gembira membabitkan hubungan kami. Apa yang penting, doakan yang baik-baik saja,” katanya. sumber hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *