Categories
Home seram

Terakam makhluk halus di menara jambatan angkat

KUALA TERENGGANU – Tindakan seorang netizen menularkan sekeping gambar yang menampakkan ‘sesuatu’ berwarna putih di menara jambatan angkat menarik perhatian ramai.

Gambar yang dirakam pada waktu malam itu pada awalnya dikongsi menerusi aplikasi pesanan mudah alih WhatsApp sebelum tular menerusi Facebook semalam.

Tangkap layar gambar yang dimuat naik beserta pertanyaan ‘betul dok nii’ (betulkah ini) mengundang pelbagai reaksi.

Hantaran itu mendapat sebanyak 237 reaksi, 219 komen dan 19 perkongsian selepas tiga jam ia ditularkan di sebuah grup di media sosial berkenaan

Trendalee memberikan reaksi menyatakan kawasan jambatan itu ‘keras’ malah pernah meragut nyawa anak saudaranya.

“Situ (di situ) kan muara, arwah anak saudara ambe (saya) lemas 15 tahun lepas jumpe line (kawasan) situ esok kang (keesokannya),” tulisnya.

Selain itu, pelbagai lagi reaksi diberikan malah ada antaranya menyifatkan gambar itu adalah gambar yang disunting.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan ia adalah gambar sebenar serta beranggapan tidak boleh menidakkan kewujudan makhluk halus.

“Bukan karut tapi kita kena caya (percaya) ke bende ghaib,” tulis Razali Ahmad.

Sementara itu, netizen menggunakan nama Mudoh Basoe II berkata makhluk halus wujud di muka bumi ini.

“Bukan masalah cayo (percaya) ko (atau) dok (tidak) bos. Tapi bendo (benda) gini (begini) wujud atas muko (muka) bumi ni. Dio (ia) pom (pun) makhluk jugok (juga),” tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *