Penjual produk “Penipu, Ramai Order Pula Tu. Boleh Explain Tak?” – Nad Zainal

hiburan Home

Penjual online semakin hari semakin ramai.Ini adalah petanda baik ,Alhamdullilah ramai yang ceburi bidang perniagaan.Namun bila menjalankan perniagaan anda perlulah jujur dan amanah selain tidak boleh menipu pelanggan.Apabila mempromosikan perniagaan perlulah jujur dan beritahu perkara yang sebenar dan jangan sebab untuk kejar sale tipu pelanggan.

Kali ni pasal apa pula ya?begini ceritanya Haa ni nak bagitahu korang semua ada seseorang pengasas produk yang bernama @clinivaserummalaysia menggunakan wajah Nad Zainal sebagai pengiklanan produk diorang. Dah tahu nak buat marketing janganlah guna gambar orang sesuka hati tanpa izin.

Bila tuan punya badan dah marah, terus block pula sebab dah kantoi? Lebih baik berniaga dengan cara yang baik. Bukan apa, dalam bidang perniagaan ni sebenarnya banyak cabaran. Apa salah guna salah seorang sebagai testimoni korang untuk membuktikan produk korang tu berkesan ke tak

Barulah orang nak percaya beli produk awak. Ni sekarang dah terjadi macam ni, hmm lepas ni jangan buat lagi okay? Terutamanya semua pengasas produk yang baru nak buka bisnes. Tak pasal-pasal Nad Zainal nak buat saman sebab tipu customer. Apapun, sis harap benda ni korang ambil sebagai iktibar ya jangan buat benda macam ni lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *