Video dua lelaki bertengkar di Tol Bukit Kiara

Home

Polis Diraja Malaysia meminta orang ramai agar bertimbang rasa ketika menggunakan jalan raya untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.KUALA LUMPUR: Dua lelaki cedeera dalam insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Tol Bukit Kiara yang tular menerusi laman sosial.

Kejadian berlaku apabila seorang pemandu van jenis Hiace dari arah Wangsa Maju menuju ke One Utama dan kenderaannya telah dipotong seorang lagi pemandu lelaki yang memandu kenderaan jenis Mazda CX5 sebelum bertindak menekan brek di hadapan pemandu van berkenaan.

Situasi itu telah mencetuskan pertengkaran kedua-dua individu tersebut sebaik sahaja mereka berhenti di Plaza Tol Bukit Kiara dan bergaduh.Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, kedua-dua individu tersebut telah membuat laporan polis semalam dan hari ini.

“Seorang pemandu mengalami kecederaan di bahagian lutut dan muka manakala seorang lagi pemandu mengalami kecederaan di kepala, tangan, dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Menerusi kenyataan itu juga beliau meminta orang ramai agar bertimbang rasa ketika menggunakan jalan raya untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu pihak polis dengan berhubung terus Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Ahmad Osman menerusi talian 0111 36508678 atau terus kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, 03 2297 9222.

Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan. sumber Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *