Pesawat berpatah balik selepas terbang 3 jam,Cermin kokpit retak

Home

SEBUAH pesawat penumpang terpaksa berpatah balik selepas juruterbang ternampak kesan retak pada cermin kokpit.Insiden berlaku selepas 3 jam pesawat berada di udara dalam penerbangan yang sepatutnya mengambil masa 7 jam.Pesawat Jetstar JQ37 dalam perjalanan ke Bali dari Sydney, Australia itu kemudiannya terpaksa mendarat di Melbourne, lapor portal stuff.co.nz

Pesawat yang berlepas dari Sydney pada jam 5 petang Rabu waktu tempatan berpatah balik dan mendarat di Tullamarine tanpa sebarang kejadian tidak diingini.Syarikat penerbangan itu dalam kenyataannya berkata pesawat berkenaan terpaksa berpatah balik sebagai langkah berjaga-jaga.

Kenyataan itu juga menambah bahawa tiada sebarang masalah pada struktur pesawat yang boleh membahayakan penumpang.Dilaporkan penumpang penerbangan berkenaan tidak sedar apa yang berlaku dan tiada insiden panik di dalam kabin pesawat. astro awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *