Tak sah kalau pergi Penang tapi tak singgah Tea Kadai

Home Makanan

Semua tahu Penang adalah syurga bagi makanan bukan sahaja untuk warga tempatan tetapi juga untuk dunia luar.Banyak makanan di Penang menjadi antara makanan yang terbaik dunia.Biasa makanan paling TOP ialah Nasi kandar. Itu antara makanan yang terkenal di Pulau Pinang. Tapi, sebelum perut yang lapar diisi dengan pelbagai jenis masakan, mata juga ‘dikenyangkan’ dengan bangunan-bangunan yang masih utuh dan di kekalkan walau dah lama.

Terdapat pelbagai tempat sebenarnya yag menarik di sini,tetapi hari ini saya nak kenalkan satu kedai yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berlainan dengan konsep kedai-kedai di Penang.Kedai ini terletak di Queen Street Penang beroperasi dari 10.30 pagi hingga 10.30 malam.

Kebanyakkan menu yang terdapat di kedai ini begitu sukar untuk di perolehi di kedai-kedai lain terutamanya Tea masala Tea kadai boleh buatkan kita akan terbayang sentiasa kesedapannya bila kita minum teh di mana-mana pun.Kini Tea kadai menjadi satu tempat persinggahan yang wajib kepada yang ke Penang selain mengambil gambar di kedai tersebut di sebabkan keunikan rekabentuk kedai tersebut.

Baru-baru ini Menteri Pertahanan Malaysia YB Hj.Mohamad Sabu juga singgah di kedai tersebut.Beliau memuji resepi baru kedai Teh kadai selain merasa sangat puas hati dengan tahap kebersihan Tea Kadai.Bela\iau juga nampaknya sangat tertarik dengan corak kedai ini yng telah beroperasi sejak dua tahun yang lepas.

A special message from Defense Minister of Malaysia, YB Hj.Mohamad Sabu for #teakadai #2nd #anniversary #penang #rambo #hero #teaKadaiRaja #malaysia #mod #sempoi #Minister

Dikirim oleh TeaKadai pada Jumat, 04 Oktober 2019

Kedai ini juga biasa di singgahi pelakon-pelakon dari India yang ingin merasai sendiri makanan yang berbeza dari kedai-kedai lain.Antara pelakon yang singgah di sini ialah pelakon pelawak terkenal india iaitu Vivek.Vivek juga datang dan menjamu selera menu yang terdapat di Tea Kadai.

Kepada pengemar-pengemar Teh dan kuih-muih yang berbeza Tea Kadai adalah pilihan yang paling tepat sekali.Jika ke Penang jangan lupa singgah di kedai ini dan sila kongsi bersama pengalaman berada di kedai ini.

Tea Kadai ini juga pernah keluar di Selamat Pagi Malaysia Tv 1.

Rancangan Selamat pagi Malaysia #teakadai

Dikirim oleh TeaKadai pada Senin, 20 November 2017

Sempena dua tahun beroperasi di Penang mereka juga sedang giat memberi berbagai paraduan dan hadiah yang menarik kepada pengunjung kedai Tea Kadai.

Kita sama-sama doakan semoga perniaga mereka semakin maju selain memberi sokongan yang padu InsyaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *