{video} GOPINATHAN Bekas Pemain Pasukan Pahang dan anak kelahiran Pahang sudah masuk ISLAM

Home islam Kehidupan

Hidayah milik Allah, namun ianya perlu dicari bukan dinanti. Pemain bola PDRM FA, R. Gopinathan hari ini telah sah menjadi saudara baru  setelah memeluk agama Islam. Berita itu disambut baik dan video pengislamannya tersebar di laman sosial tengah hari tadi.

Alhamdulillah , GOPINATHAN Bekas Permain Pasukan Pahang dan anak kelahiran Pahang sudah masuk ISLAM.. Dengan nama baru MUHAMMAD GOPI RIZQI BIN RAMA CHANDRA..4

Gopinathan memilih nama Muhammad Gopi Rizqi bin Rama Chandra dilaporkan mengucap syahadah di Pejabat Majlis Agama Islam Pahang, seperti dilaporkan portal Semuanya Bola.

Pemain yang berasal dari Kuantan, Pahang itu dikhabarkan akan mengakhiri zaman bujang dengan kekasihnya, gadis Melayu tidak lama lagi.

Pernah wakili skuad kebangsaan

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor itu pernah mewakili skuad kebangsaan negara di bawah bimbingan Pahang pada 2012.

Bagi musim ini, Gopi bermain untuk PDRM FA dalam saingan Liga Premier. Pada tahun 2016, Gopi menyertai skuad The Red Giants setelah 6 tahun menyarung jersi Pahang.

Sumber: Citiey HawaSemuanya BolaVocketFCThe following two tabs change content below.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *