(Video) Trailer #2 Ejen Ali The Movie Buatkan Ramai Orang tak sabar

hiburan Home

Perghh! Wow! Meremang bulu roma bila tengok trailer kedua filem animasi Ejen Ali The Movie : Misi Neo tadi. Pukul 12 tengah hari tadi trailer ni keluar dan telah mencecah hampir 100k tontonan dan semakin ramai yang tak sabar nak tengok filem ni nampaknya.

Akhirnya, Ejen Ali telah mengumumkan tarikh tayangan yang akan menemui penonton pada 28 November depan dan pastinya ini adalah tarikh yang sangat baik kerana cuti sekolah telah bermula. Walaupun akan bersaing dengan filem Frozen 2, yakin Ejen Ali dan produk dari Malaysia ni akan mampu bersaing.

Lagi-lagi dengan trailer dan sound track yang sangat memukau ni. Untuk trailer kedua ni, kita dapat lihat jalan cerita yang lebih menarik di mana Ali dilihat seperti hilang fokus selepas terasa terabai apabila Iris Neo diperkenalkan dan semua ejen nampaknya telah mula memakai Iris Neo berkenaan.

Selain itu, Ali juga dilihat telah cuba berpaling tadah apabila dilihat bersama individu lain dan bertindak secara solo. Inilah yang buatkan kita semua lagi tak sabar nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Jadi jangan lupa set tarikh 28 November ni ok gais.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *