Pilot Kanada Mengisytiharkan Kecemasan pesawat kerana Tidak Tahan bau Durian dalam Kargo

Home Makanan

Jika anda suka makan durian, anda mungkin salah seorang yang tidak kisah bau durian. Tetapi ada orang yang tidak suka durian akan mengatakan bau durian ini busuk dan mereka tidak boleh berada di kawasan yang ada durian.Ada juga yang tahap boleh muntah jika bau durian.

Ibegitu juga dengan orang asing yang tinggal di luar Asia Tenggara dan tidak biasa dengan Raja Buah. Mereka sering menggambarkan bau durian sebagai sesuatu yang serupa dengan bau sampah terbuka atau bau bawang.Mereka tidak akan makan malah menjauhkan diri dari raja buah tersebut.Di sekeliling kita pun mungkin ada seorang dua yang seperti ini yang memang tidak makan durian sebab baunya.

Kisah ini tidak tau kelakar atau pelik,, seorang juruterbang Kanada tidak tahan dengan bau durian dalam pesawat hingga dia isthiyar darurat dalam penerbangan dan memakai topeng oksigen. Dia juga terpaksa membawa pesawat tersebut ketika kru penerbangan gagal untuk menghilangkan bau durian dalam pesawat.

Kejadian itu berlaku pada 17 September apabila penerbangan Air Canada Rouge dari Vancouver ke Montreal diselubungi dengan o bau durian yang disimpan dalam kargo hadapan kapal terbang seperti mana di laporkan oleh The Sun.

Krew telah berusaha sebaik mungkin untuk menghilangkan bau durian, tetapi kita semua tahu bila ada durian di dalam bilik, bau tetap akan ada kalau tak takkan dapat nama Raja buah.:). Akibat dari itu Pesawat tersebut terpaksa mendarat dan Pan-Pan (peringkat kecemasan kedua tertinggi) diisytiharkan.

Ungkapan ini sering digunakan untuk mengisytiharkan kecemasan dalam situasi yang serius tetapi tidak mengancam nyawa.Pesawat yang membawa 245 penumpang kemudian terpaksa kembali ke Vancouver 37 minit selepas berlepas.

Selepas mendarat durian tersebut telah di keluarkan dari dalam pesawat dan kemudian selepas 20 jam pesawat tersebut telah berlepas ke destinasi asal yang ingin di tujunya.Adakah ada seorang pengemar durian atau anti durian sila komen di bawah.

Sumber The Sun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *