Categories
Home Kehidupan

Demi sesuap nasi Bapa angkut anak ketika bawa gojek

Demi sesuap nasi, seorang bapa terpaksa membawa anaknya ketika mencari rezeki, bekerja dalam perkhidmatan teksi motosikal atau Gojek.Menerusi satu rakaman video di Facebook Ponti Viral, lelaki itu dilihat menggendong anaknya yang sedang nyenyak tidur pada bahagian hadapan sambil dalam perjalanan mengambil penumpang lain.

Diruang komen, netizen, Natie berkata, ketika ditemubual di sebuah rancangan televisyen Indonesia, lelaki itu menjelaskan, dia membawa anaknya pergi bekerja kerana ia adalah permintaan anaknya itu sendiri.”Itu kerana kemahuan anak, mahu ikut saya bekerja. Lagipun dia sudah biasa ikut saya bekerja,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya status isterinya yang dikatakan telah tiada seperti mana tular di laman sosial.Jawab lelaki itu, isterinya masih ada dan dia turut bekerja sebagai Gojek.

Terdahulu, tular satu rakaman video seorang Gojek membawa anak ketika bekerja malah mendakwa isterinya telah sudah tiada.”Video semangat pembonceng Gojek luar biasa di Jakarta, bawa anak ketika bekerja kerana si ibu telah dah tiada…

“Semoga selalu diberikan rezeki berlimpah ya pak,” tulis di Facebook Ponti Viral.Rakaman durasi 35 saat itu memaparkan penumpang itu juga menghulurkan sumbangan kepada lelaki tersebut kerana kagum kegigihannya mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

Video yang meraih lebih 819,000 tontonan pantas menarik perhatian warganet yang menyaksikan kesungguhan lelaki itu mencari sesuap nasi sehingga lewat malam.”Ya ALLAH limpahkan rezeki untuk si bapa ini, dari arah mana pun yang Engkau kehendaki serta berikanlah kesihatan buat anaknya,” tulis Salsabila Nurawalia.

Pada hantaran yang sama, kata Moms Angel, “Saya sedih, terharu melihat perkara ini. Semoga bapa semua dilindungi ALLAH dan dimurahkan rezeki.”

Diasaskan oleh Nadiem Makarim, 35, yang kini juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat rangkaian pengangkutan dan syarikat pemula niaga itu, Gojek adalah kebanggaan Indonesia, bukan hanya sekadar perkhidmatan pengangkutan penumpang menggunakan motosikal tetapi lebih dari itu!

Di Indonesia, bagi tiga bulan pertama 2019, aplikasi Gojek telah dimuat turun lebih daripada 142 juta kali, dengan lebih daripada 2 juta rakan kongsi pemandu.

Pada 2018, Gojek juga mencatatkan lebih US$9 billion nilai transaksi kasar (GTV) di semua negara operasinya, dan menjadikannya kumpulan teknologi pengguna terbesar di Asia Tenggara berdasarkan GTV.

Gojek kini juga beroperasi di Singapura, Filipina, Thailland (dikenali sebagai GET) dan Vietnam (dikenali sebagai GoViet).

Ditubuhkan pada 2010, Gojek menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti GoRide (pengkhidmatan pengangkutan motosikal), GoCar (pengangkutan kereta seperti GrabCar), GoFood (penghantaran makanan), GoBlueBird (perkhidmatan teksi), GoBills (pembayaran bill semasa), GoMart (perkhidmatan pembelian barangan di supermarket), GoLaundry (perkhidmatan dobi), GoAuto (perkhidmatan membaiki kenderaan) dan banyak lagi.

Semua perkhidmatan itu menggunakan aplikasi dalam talian melibatkan 2 juta rakan kongsi pemandu ketika ini (2 juta peluang pekerjaan sebagai pemandu Gojek untuk warga Indonesia).

Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Rahman mencadang memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai ojek, yang memicu pelbagai polemik.

Ia pastinya menjurus kepada soal keselamatan penumpang sebagai pembonceng motosikal itu tatkala peratusan kemalangan membabitkan motosikal di Malaysia membimbangkan.

Di Indonesia, Gojek turut bekerjasama bersama Kementerian Perhubungan mengadakan bengkel penunggangan selamat khusus untuk para rakan kongsi pemandunya.

Peraturan Menteri Perhubungan Nomor 118 Tahun 2018 juga menetapkan Angkutan Sewa Khusus (berasaskan aplikasi) wajib memberikan perlindungan insurans kepada penumpang dari risiko kemalangan.

Tiada perangkaan tepat berkaitan jumlah kemalangan motosikal Gojek di Jakarta, namun kemalangan motosikal berbanding kenderaan lain di Jakarta adalah tertinggi.

Pada 2018, lebih 5,400 kes kemalangan motosikal di Jakarta, melibatkan kematian seramai 524 orang.

Di Jakarta, amalan membonceng motosikal menggunakan perkhidmatan Gojek adalah perkara biasa di kota berpenghuni lebih 10 juta orang itu, yang kesesakan trafiknya tiga kali ganda berbanding Kuala Lumpur, Malaysia.

Setiap hari kelibat penumpang termasuk berbaju pejabat, bertali leher memakai suit hitam, pembonceng wanita yang ditunggang penunggang lelaki, adalah perkara rutin dan biasa.

Di Jakarta, ia bukan menjadi satu isu besar apabila wanita menggunakan perkhidmatan Gojek yang ditunggangi ‘cowok’ (lelaki).

“Ngak ada cinta-cinta pak kalau bawa penumpang wanita, saya kan mencari rejeki untuk keluarga,” kata Asep Purwo, 27, yang sudah dua tahun bekerja sebagai pemandu motosikal Gojek.

 

sumber Sinar harian,bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *