Categories
Kisah rumah tangga

Suami pergi satu rumah dan isteri ikut suami senyap senyap. Isteri nampak ada perempuan lain picit badan suami. Dah 3 tahun kahwin baru isteri tahu perempuan tu siapa.

Hai salam semua..Ramadhan kali ni memberi aku erti dan seribu makna hubungan aku dan suami. Nama aku Yani. Aku berasal dari negeri Kedah. Orang utara terkenal lagu dgn pantai merdeka, ya situ lah kampung suami aku. Aku pula berasal dari Petaling Jaya.

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Suami berasal dari kampung, aku memang budak bandar sejati. Aku memang dibesarkan dalam keadaan selesa. Tak terlalu kaya, tapi bukan orang susah. Berbeza dengan suami yang memang bukan orang senang. Nak dipendekkan cerita, kami ni memang berbeza serba serbi, bagaikan bumi dengan pluto.

Dulu suami nak hanya tahu makan nasi je, makan mcD tu kira da mahal sgt bg dia. Tapi itu dulu… Setelah berkahwin dengan dia, kami berpindah di kawasan Cheras Kl atas faktor kerja utama kami dikawasan Kl. Dia bekerja pembantu pegawai perubatan di hospital kerajaan. Mana kala aku pula bekerja sebagai manager rangkaian telekomunikasi tebesar di Malaysia.

Waktu sekarang adalah 4.42 ptg. Kepala aku ligat berpusing lagi memikirkan macam-macam. Nak buat luahan pasal suami, orang cakap buka aib. Tapi kalau cerita kat member, memang betul-betul buka aib dah tu. Tujuan aku murni je, dengan harapan perempuan luar sana dapat cari kekuatan jika ada masalah rumahtangga.

Bermula perkenalan kami sungguh indah, semua serba serbi di penuhi dengan janji dan kasih sayang orang bercinta. Alhamdullilah perkenalan kami selama 3 tahun membuahkan hasil sehingga kami sah diijab kabulkan sebagai suami isteri.

Saat paling indah bila kali 3 suami lafaz baru kami sah sebagai pasangan suami isteri. Suami memang cepat gabra (nervous, kalau utara cakap gabra). Ayah aku yg akad nikah kami time tu sebab aku sorang je anak perempuan dalam keluarga. Aku lebih manja dengan ayah berbanding ibu.

Syukur sepanjang perkahwinan suami mengamalkan sikap tolak ansur dan menghormati orang tua. Kalau balik cuti tu, dia lah yang akan sapu sampah di halaman rumah orang tua aku. Memang sejuk je mata kalau pandang sikap suami. Pandai ambil hati orang tua.

Untuk pengetahuan semua, aku dan suami dah berkahwin lebih kurang 2 tahun plus. Takde anak. Dua2 bekerja bidang professional. Income isi rumah 6k+ & duduk dibandar. Da alang tak de rezki anak lagi, kami di murahkan rezeki dari segi harta di mana suami mampu pakai kereta honda civic, manakala aku menggunakan vellfire.

Opss sebelum terlupa td kan aku ada mention suami sebagai pembantu perubatan manakala aku manager di syarikat telekomunikasi. So, korang da boleh expect tangga gaji aku jauh lebih tinggi dari suami. So, point aku disini. Nnt aku ceritakn dibawah.

Sepanjang perkahwinan yg singkat ini, aku banyak berkorban duit aku untuk bermacam-macam event. Contohnya waktu masuk rumah, waktu suami nak belikan hadiah dekat mak mentua aku, waktu nak travel ke luar negara.

Sampaikan duit yang sepatutnya jadi duit hantaran aku, aku halalkan untuk suami aku amik dan bayar untuk kenduri belah suami. Sebab kami mula bekerja lepas degree dan ada masa dalam masa setahun je sebelum majlis kahwin. Suami pulak memang start savings daripada zero, jadi aku takde expectations utk duit hantaran tu.

Maybe disebabkan hal ini, Allah murahkan rezeki aku bab2 duit. Memang betul hati aku lapang bab-bab duit dengan suami ni. Sampaikan satu masa, gaji aku plus gaji dia pastu split dua dalam segala komitmen kami. Betul2 memahami habis dah lah aku ni haha.

Bila aku terlalu murah rezki dgn suami, semua urusan aku di permudahkan dengan kenaikan pangkat dan gaji yg mudah. Selama 2 tahun perkahwinan ini juga da lebih kurang 4 kali kami pergi ke specialist unutk uji kadar kesuburan kami sebab masih belum dikurniakan cahaya mata.

Alhamdullilah, ke empat empat result menunkukkan kami dalam keadaan normal. Cuma rezeki sahaja belum ada untuk menimang cahaya mata. So, hidup kami lebih kepada enjoy berdua. Kami lebih suka shopping, beli gadjet, tapi itu semua guna duit. Ya, aku yang tanggung suami.

Tapi terjadinya satu kejadian yg memberi kesan cukup mendalam untuk mengajar aku macam-macam. Sewaktu aku sibuk bekerja outstation, aku tangkap suami aku bermesej dengan ex dia zaman sekolah. Memang aku mengamuk bagaikan nak runtuh rumah walaupun cuma mesej aje.

Dalam mesej tu bersayang bagai. Memang suami ada mention dekat ex gf dia yg aku ni mandul, tak boleh berikan dia zuriat. Dia kutuk aku dalam mesej mengatakan aku lebih penting kerjaya dari dia. Hanya tahu cari duit sehingga masa bersama dgn dia tiada. Tapi itu semua TIPU. Suami aku FITNAH aku..

Suami: Dia tak de class punya isteri la yanggggg, asyik cari duit je, B diabaikan.. Kalau yangg jadi isteri ke dua B, benda ni semua takkan terjadi kan..

Ex GF: Ayang akan layan B sepenuh jiwa raga kalau B ambil ayang sbgai wife. Ayanggg akan layan B 24 jam non stop.. I LOVE U B…

Hati isteri mana yang tak hncur tengok perbualan whastapp suami dgn ex gf dia mcm tu. Semua kehendak suami aku turutkan dengan keihlasan hati aku tanpa paksa. Tak sangka ini yang suami balas. Aku baca whatsapp suami aku time dia tertinggal hp di rumah sewaktu nk keluar kerja pagi kebetulan aku cuti pd hari tu. Aku menangis sepuas2nya lepas baca mesej macam tu. Aku tunggu kepulangan suami lpas habis waktu kerja. Aku nk penjelasan dia!! Apa semua ni!!

Memang angin puting beliung petang tu, kami gduh besar petang tu, dan yang paling best suami mengaku depan aku dia yg hantar semua cmtu dekat ex GF dia sbab apa? Sebab rasa syang dia dekat ex Gf masih ada. Dia juga ada bagi hint dekat aku kalau 3 tahun lagi kami tak dikurniakan anak, dia nak ambil ex gf dia tu sebagai isteri nmbor 2.

Berani sungguh dia ckap depan aku camtu, mmg hati aku macam dicarik2 dituang air panas yg mendidih. Korang bayangkan dari dia susah sampai dia ada harta sekarang, semua ats rasa ihsan dan sayang aku dekat dia. Berhempas pulas aku kerja ini balsan dia kt aku.

Aku nak berpisah, tu je dalam fikiran aku. Tapi suami minta maaf dan minta peluang kedua. After much thinking & solat, aku beri peluang kedua tapi bersyarat. Aku tak nak tanggung dia dah, tanggungjawab dia yg bab rumah & makan minum tu dia tanggung.

Lepas buat mcm tu, memang gaji dia tinggal sikit je utk savings sikit dan belanja. Baru dia mengerti kemampuan dia tanpa aku support dia.Aku pun cakap camni… Aku: clearly abang memang tak mampu utk beristeri dua mahupun berscandal dgn balance gaji banyak ni. Kalau nak jugak buat hal, pegi la. Semoga Allah sempitkan rezeki abg sebagai balasan.

Korang apa suami aku buat?? Dia hanya mampu tersenyum je, aku rasa dia teringat masa aku terbalikkan rumah macam puting beliung semasa dia ditangkap selingkuh tu. Mungkin dia tengah menyesal. Kahkahkah padan muka.

Setelah kejadian tu, aku positif je la walaupun ada masa hati bagai dicarik2. Hati suami aku, Allah pegang. Aku usaha la macam mana pun, tapi kalau aku tak jaga hubungan aku dgn Allah, habis lah semua nya.Aku reflect balik mana2 kekurangan dalam ibadah aku disamping bersikap jaga-jaga. Itu je effort aku utk jaga hati suami agar sentiasa tetap dengan aku. Ye lah, apa lah sangat aku boleh buat. Zaman yg serba mudah ni, memang mudah sangat2 nak ada orang lain.

Kau main wechat yg bodo-bodo tu pun boleh ada orang lain . Nak kata aku ni tak layan laki, rasa mcm dah terlebih layan. Dlm masa terdekat ni kami nak pi honeymoon kat luar negara, aku dahulu kan duit aku utk segalanya. Tp bulan2 lepas ni aku claim balik la hak aku secara ansuran. Hahah.

Apa kau igt sesenang je aku nak belanja dia? Ish kalau nak cerita bab duit ni, memang tak boleh kira berapa bnyk aku bantu dia. Aku bukan kedekut dan berkira, tapi bila kau bermurah hati, lepas tu suami buat hal…memang kau akan ungkit semuanya weh.

Da masuk 10 ramadhan terakhir ni, tiap tiap malam aku bermohon agar diberi kekuatan agr jodoh kami panjang. Dua minggu lepas kami balik ke kpg suami. 3 malam tu lpas terawih dia asyik pulang lewat je. Aku syak dia pergi ex gf dia lepas solat.Tapi aku buang perasaan itu, aku fikir dia hanya pergi jumpa kawan2 lama dia minum lepas terawih. Tapi dia SILAP. Aku lebih pendai dan berhati2 walaupun alasan bnyk diberikan dia balik lewat mlam tu.

Ok sambung balik.. Maaf mata aku masuk habuk saat menulis luahan ini, memang agak panjang, tapi aku cuba yang terbaik untuk mengarang..

Malam ke dua lepas suami cakap nk p solat terawih time kami balik kampung suami hari tu, aku iyakan lpas dia ckap nk pergi surau berdekatan nk tunaikan terawih. Dekat kampung suami tu, hanya ada 1 surau je kt situ, so aku tahu kedudukan surau dekat mana dan senang aku nk buat spot check lpas dia balik terwaih, kemana dia pergi.

Aku siap2 basuh pinggan lepas berbuka tu, cepat2 aku ambil telekung dan solat maghrib. Habis solat maghrib aku ajak adik ipar aku berumur 18 tahun ke surau untuk terawih juga. Tapi suami aku tak tahu. Hihi.. Dalam hati aku cakap ” ko siap aku nk tgk betul ke tak ko pergi surau ni ”

Aku pergi naik moto adik skuter ke surau. Aku tengok kereta suami ada kt parking. OK! Setel dia mmg betul ke surau. Dia tak tipu aku.Lepas menunaikan terawih 21 rakaat malam tu, aku sengaja tarik tngan adik supaya keluar lewat skit dari surau. Saja sembang dgn macik2 situ jap. Sambil mata aku jeling je suami da start kereta bru aku akan keluar.

Aku: Adik tahu tak rumah ex GF abg nama anak macik Sabariah, Hanan ?

Adik: Ooooh.. kak hanan.. Tahu kak, awat tu? Akak nk p sana ka?

Aku: Haah, jom kita p jalan tgk rumah dia.. Saja ja akak nk tgk rumah dia.. boleh tak?

Adik: Boleh je.. Joooommmm..

Aku apa lagi bonceng la naik moto adik.. Seram juga naik ngn adik aku ni, terhuyung hayang, hahah. Yela jalan gelap lampu jalan pon tak de. Jangan tetiba muncul pocong da la.. memang lari 100m aku..Lebih kurang 5 minit camtu kami sampai betul rumah Hanan tu, siap ada pelita keliling rumah.. Adik aku berhenti kan motosikal sambil tunjuk arah ” tu la rumah kak hanan kak “. Aku perhati sekliling rumah mana tao ada kereta suami aku.

Korang tahu apa aku nampak?? Jawapan nya YA! YA! itu kereta suami aku HONDA CIVIC HITAM!!.. Time tu hati aku bederai, jantung aku berdegup laju sangat, tak terkata dengan mulut lagi. Aku diam seribu bahasa time adik tunjuk arah rumah Hanan tu.

Dalam hati aku cuma cakap ” Apa yang dia buat kt rumah Hanan ni malam2 ” tiba2…

Adik: Eh, tu bukan kereta abg ke kak? Apa dia buat kat sini ha? pelik sangat aih!!

Aku: Emmm.. Ntah la adik, akak pon tak tahu.. Jom kita gempaq dia mau dak?

Adik: Akak btoi ka ni nk p? Adik on je..

Adik parking moto dia sebelah kereta suami aku.. lalu aku bagi salam ” Assalamualaikummmmmmmmm ”Seorang makcik mungkin mak Hanan yg muncul depan pintu rumah.. Mak Hanan: Waalaikumsalam.. Eh hg ka Som, mai la masuk, abg hg pon ada kt dalam ni..

Adik aku nama Som panggian orang kampung. Mulut aku tak habis2 istighfar dan selawat supaya aku tak nak tgk benda yg tak sepatutnya aku tgk terjadi malam tu.Kami masuk rumah mak Hanan, first sekali korang tau apa aku tengok? Yes! Btol apa sangkaan aku, suami tgh makan di meja dekat dapur, dapur rumah dia straight ja nampak dari ruang tamu.

Terkejut aku lihat suami tgh makan tapi dekat belakang dia ada perempuan lain macam tengah picit bahu dia. Bederau aku, meremang bulu roma aku tgk kejadian tu malam penuh tragis bg aku. Suami masih tak perasan kedatangan kami, sedang khusyuk makan la kononnya tu. Mak dia panggil ” Mai la dapoq, kita minum kt sini ”

Suami paling je muka, terkejut beruk dia tengok aku depan mata dia.. Rupanya yg tgh picit bahu suami aku tu HANAN!!HANAN!! HANAN!!.. Aku tersenyum bangga lihat kelakuan mereka, suami da macam tersedak tak dapat air terkejut tgk kami tercegat depan dia.

Aku: Astaghfirullah hal azim abannnggggg…. Astaghfirullah hal azim… Abng lapar ke tu??

Suami: Ermmm.. err.. errr..

Hanan cepat2 pergi sinki basuh tangan konon nya, cepat2 lap tangan nk salam dengan aku. Aku terima salam dia dengan senyuman manis.Hanan: Assalamualaikum.. saya Hanan.. Aku: Waalaikumsalam.. Yani ( aku perkenalkan diri ).. suami saya lapar ke tu?? Awak tahu kan suami dia suami saya..

Hanan: Maaf kak, ye saya tahu.. tapi…Tiba2 mak Hanan menyampuk.. Mak Hanan: Awat pasaipa ni? Dia ni memang kalau lapaq balik rumah mak makan. Da lama dia tak balik kampung jenguk bini dia Hanan, dia cakap sibuk reja kt KL nuuu..

Suami aku terdiam seribu bahasa lepas Mak Hanan cakap camtu. Muka mereka berdua tertunduk bawah lantai. Langkah Hanan time seperti mengundur ke belakang sikit seperti nk pergi dekat suami.. Adik ipar aku Som pula nyampuk..

Adik: Ha??? Masa bila abg kahwin dgn Kak Hanan?? Kami sekeluarga tak tahu pon makcik.. Mak Hanan: Haiishh da lama da aih.. Da 3 tahun da aih.. Tapi depa kahwin time mak ngn ayah hg p haji dulu. Depa kahwin senyap2.. Tak kan hg tak tau.. Tapi tula mmg tak buat kenduri pon, abg hg cakap budget takdak.. Pakcik hg la jadi saksi depa..

Aku terduduk atas lantai simen rumah tu, aku perhati suami, tergamak kau tipu aku kan. Tergamak kau tipu aku hidup2 kan. Apa bala aku terima malam ni. Kaki aku longlai. Jiwa aku macam kosong lepas mak dia cakap macam tu.

Air mata tak dapat aku tahan lagi, menitis juga membasahi lantai sambil mulut aku hanya terkeluar istighfar sahaja. Aku betul macam di panah petir malam tu. Tak mampu aku nak tanggung semua ni. Bebanan yang sangat berat.

Suami aku bangun dari kerusi datang ke arah aku sambil pegang lengan aku seperti nk pimpin aku bangun. Aku tepis tangan dia. Aku menutup muka tak tahan sebak dengar ayat mak hanan.Suami: Dengar dulu cakap abg yangggg… dengar dulu.. abg jelaskan semua nnt..

Aku diam, tepis tangan suami yg cuba nk angkat aku. Aku tarik nafas dalam2 hembussss.. aku bangun sendiri sambil ckap..Aku: Dah jom adik kita balik rumah.. Jom adik.. Sepatah pon aku tak nk dgr penjelasan suami, korang bayang kan 3 tahun dah berkahwin? sedangkan usia perkahwinan aku baru menjangkaui 2 tahun.. Korang rasa apa? Dia dah kahwin dengan Hanan sebelum dia menikahi aku!! Sebelum dia menikahi aku dia dah kahwin!!

Patut bila aku tnya dulu, duit hantaran memang tak pernah cukup. Aku siap bantu lagi duit hantaran. Aku bantu suami untuk dirikan masjid dengan aku. Apa semua ni?!! Dasar penipu! Patut gaji manjang je tak cukup. Ada agenda disebalik semua alasan dia selama ni.

Aku keluar dari rumah puaka tu tanpa salam mak Hanan, aku pegang tangan adik aku erat2 pergi ke motosikal sambil menangis. Suami: Arghhh.. tunggu sayanggg.. tungguu.. abg akan jelaskan semua ni.. tunggu. Aku endahkan percakapan suami pergi ke mtosikal. Adik start moto dengan terketar2 mungkin terkejut dengar berita ni dari mulut mak Hanan.. Adik pulas laju mtosikal pergi ke rumah. Seperti ketakutan malam tu. Malapetaka apakah malam ni?

Allah itu Maha Adil, Dia tunjuk kebenaran selama aku berkahwin 2 tahun ini. Mungkin inilah hikmah kami masih belum mempunyai cahaya mata. Segala dolak dalik suami ini terjawab tapi masih tergantung dengan alasan yang akan diberi oleh dia. Aku tak mampu terima kenyataan! Aku tak mampu terima semua ini.

Kepada pembaca sekalian yang mengikuti cerita aku ni, sekali lagi aku nak minta maaf, maafkan aku, maafkan aku, maafkan aku sebab aku tak sanggup nak sambung untuk kali ni. Aku tak punyai kekuatan untuk menulis sehingga habis apa yang terjadi.Air mata aku masih berjujuran jatuh saat ni terkenang peristiwa malam tu, doakan aku supaya aku kuat, supaya aku tabah menghadapi dugaan ini, supaya aku diberi kekuatan untuk sambung episod cerita ini. InsyaAllah.

Via himpunan media kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *