Categories
Kehidupan Kisah rumah tangga

Taktahu mana silapnya sepanjang jadi isteri sampai suami tergamak cari yang lain.

Gambar sekadar hiasan. Lumrah hidup berumahtangga menghadapi ujian dan dugaan. Dalam hidup berumah tangga, salah satu kuncinya adalah saling memenuhi hak dan menunaikan kewajiban masing-masing. Ketentuan itu berlaku untuk kedua pasangan, bukan hanya suami kepada isteri, tetapi juga sebaliknya, isteri kepada suami. Jom baca perkongsian seorang wanita tentang kisah rumah tangganya. jadikan pengajaran bersama.

Assalamualaikum. Saya sekadar nak meminta pandangan semua. Saya dah berkahwin almost 4 years dan mempunyai satu orang anak perempuan. Sekarang tengah preggy anak yang kedua 11 weeks. Tahun lepas saya dan suami pjj selama setengah tahun. Saya di pantai timur dan dia di selatan. Masa bulan 12 tahun lepas dia balik ambil saya di kampung dan bawa tinggal bersama dia. Dalam bulan 12 kami bergaduh besar sebab kantoi dia ada perempuan lain dengan saya sepanjang saya di kampung.

Masa tu saya kecewa separuh jiwa, saya tak sangka suami yang saya percaya sangat sanggup buat macam tu dengan saya. Saya ada minta dia lepaskan saya, saya merayu rayu tapi dia menangis dan minta bagi dia peluang kedua. Sebab sayang, saya maafkan silap dia. Saya tanya dia sama ada dia pernah terlanjur dengan kekasih dia, tapi dia tak mengaku. Saya bagi dia peluang. Dosa dia semua saya maafkan, selebihnya saya minta dia taubat pada tuhan.

Selama 3 tahun bersama. Dia memang seorang suami yang baik, sempurna, dia tak da ramai kawan tak suka melepak takde hobi tak pernah keluar dengan kawan kawan. Kalau dekat rumah dia banyak tolong saya buat kerja rumah, periuk belanga semua dia basuh, cuci pakaian, kemas rumah sebab tu saya tak pernah sangka yang dia ada perempuan lain. Dengan anak pun dia rapat sangat. Dengan saya, sekali pun dia tak pernah tengking, marah, tinggi suara.

Mak ayah dan keluarga saya sangat menyayangi dia sebab dia baik dengan semua orang. Lepas dia kantoi tu, dia minta peluang kedua dan saya tengok dia betul betul tunjuk usaha yang dia memang nak jaga hubungan ni. Dekat rumah kalau dia balik kerja, dia terus buat kerja2 rumah. Siapkan keperluan anak dia. Kadang baju saya pun dia kutip, basuh dan jemur. Saya dah bekerja, dia banyak tolong saya buat kerja rumah.

Saya selalu mimpi bukan bukan pasal dia. Kadang2 hati rasa tak sedap. Takut dia buat lagi perangai dalam diam. Saya selalu doa pada Allah kalau dia bukan jodoh saya. Saya minta Allah jauhkan saya dari dia. Satu hari masa saya kat tempat kerja, saya terlintas nak buka emel dia. Emel yang selalu dia guna kalau ada urusan kerja. Saya tak pernah terlintas nak check apa apa. Satu hari saya dapati dia ada akaun fb lain, dalam tu penuh chat2 dengan perempuan lain.

Semenjak saya kahwin lagi rupanya dia senyap-senyap berbalas chat dengan ramai perempuan. Saya terkejut, banyak chat yang tak senonoh dengan perempuan lain. Chat dari tahun 2016, 2017, 2018. Rupanya dah lama dia tak jujur pada saya. Saya tak sangka, suami yang saya sangka baik. Rupa nya begitu. Saya betul betul terkejut, selama berkahwin saya tak pernah syak dia akan buat macam tu.

Mungkin dia pandai sorok. Tak tahu mana silap nya sepanjang menjadi isteri dia saya yang sanggup susah senang dengan dia even sampai makan nasi dengan telur pun saya tak kisah. Saya yang selalu ada dengan dia dari dia takde apa apa sampai la sekarang dia ada kerja yang baik. Rupanya dia lansung tak pernah sayang kan saya. Jadi selama ni perbuatan baik yang dia buat, hari hari ucap sayang.

Rupanya palsu. Kecewa nya saya Allah sahaja yang tahu. Saya sekarang hanya fikir nak berpisah, walaupun kesilapan yang dia buat tu dah lama. Tapi tetap menghancurkan hati saya. Kadang saya doa pada Allah saya tak nak anak dalam rahim saya ni. Dia akan membebankan saya.

Berdosa ke saya ? dia hari hari merayu menangis pujuk saya , dia mengaku tu silap masa lalu dia. Dia cakap dia dah bertaubat.. dia memang dari dulu lagi tak pernah tinggal solat, perlu ke saya percayakan suami saya lagi? Perlu ke saya teruskan hubungan saya dengan dia.. walaupan hati saya tersangat kecewa. Bantu saya.

Sumber: kisahrumahtangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *