Categories
Home

Sedih ikan arowana emas menjadi mangsa bapa

Seorang lelaki di Sukoharjo Jawa tengah di sini sedih kehilangan ikan arowana emas peliharaannya yang berharga harga Rp 2 juta (RM600).

Ikan kesayangan yang dibeli Bayu empat tahun lalu bukan dicuri sebaliknya digoreng oleh ayahnya, lapor Tribun News.

Pemilik ikan itu, menerusi akaun Instagram @mas_bayu_oky mengatakan, dia membeli ikan itu di Cikarang sebelum membawa ke rumah keluarganya di Solo.

Semasa beli ikan ini pada harga hanya Rp 800 ribu (RM241) tetapi kini mencecah Rp 2 juta. Ikan ini cepat membesar.

“Saya membawa ikan itu ke rumah orang tua kerana akuarium di rumah saya bersaiz kecil tapi tidak sangka ayah menggorengnya tanpa pengetahuan saya,” katanya.

Menurutnya, berita sedih itu dimaklumkan adiknya dengan menghantar beberapa keping gambar ikan arowana sedang digoreng.

Katanya, ikan itu hanya dinikmati bapa manakala ahli keluarga lain tidak menjamahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *