Categories
artis

Setelah lama berdiam diri akhirnya sekali lagi Sharnaaz Ahmad buat luahan terkini yang buat warganet terkedu. Tak sangka rupa rupanya ini yang terjadi.

Rasanya semua pun dah tahu punca keresahan hati Sharnaaz, kan? 31 Ogos lepas, isterinya, Noor Nabila mengesahkan sudah memfaiIkan perpisahan. 11 September pula, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan pasangan itu perlu menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

KemeIut semakin teruk bila Sharnaaz memfaiIkan permohonan nusyuuz pada 30 September. 6 November lepas, mahkamah memutuskan pasangan ini perlu ke peringkat seterusnya iaitu hakam selepas gagal mencapai penyelesaian dalam jawatankuasa pendamaian (JKP) yang sebelum ini dilantik.

Bukan sekali, dah banyak kali Sharnaaz Ahmad meIuahkan perasaannya di Instagram. Perkataan rindu pada anaknya Jebat Jayden tak pernah lekang. Katanya, semakin hari dia merasakan dirinya semakin berjauhan dengan anak kesayangannya itu. Bukan sekali, dah banyak kali Sharnaaz Ahmad meIuahkan perasaannya di Instagram.

Perkataan rindu pada anaknya Jebat Jayden tak pernah lekang. Katanya, semakin hari dia merasakan dirinya semakin berjauhan dengan anak kesayangannya itu. Melalui Insta Story, pelakon ini menulis, “Selamat malam sayang ba @jebatjayden. Dek bisiikan syaitan dan ibIis, kita makin jauh.. Tapi seinci cek tak pernah jauh dari minda dan hati ba.

“My life, my power, my boy.”

Sama-samalah kita doakan kesudahan yang baik untuk keluarga ini.

Sumber- CARI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

MAHKAMAH Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menetapkan 4 Disember ini untuk melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam) berhubung kes perpisahan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor.

Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian dalam Jawatankuasa Pendamaian (JKP) yang dilantik sebelum ini. Hakam adalah proses diperuntukkan mengikut Seksyen 47(14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Menerusi proses itu, mahkamah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak, iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Peguam syarie yang dilantik Sharnaaz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader.

Sementara itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz memberitahu pelantikan hakam itu perlu untuk mencari jalan penyelesaian berhubung kemelut yang melanda pasangan ini. “Keputusan hari ini mahkamah menetapkan pelantikan hakam bagi menyelesaikan semua isu dan mencari jalan terbaik. Kita ada peruntukan undang-undang untuk merujuk kes ini ke hakam pula.

“Dua-dua pihak ada alasan masing-masing dan kalau tiada penyelesaian mereka ada hak untuk bawa ke peringkat seterusnya iaitu hakam. Kita sekarang ini dalam usaha nak selesaikan semuanya secara terbaik supaya masing-masing hidup aman dan damai,” katanya kepada mStar.

Dalam prosiding itu peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz manakala peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili Noor Nabila. Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu jawatankuasa pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan perpisahan pasangan ini.

Bagaimanapun, Sharnaaz, 34, atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu. Bagi prosiding JKP, Sharnaaz telah melantik kakaknya iaitu Dr. Sherrini Ahmad Basir Ahmad sebagai wakil manakala Noor Nabila melantik bapa tirinya Abdul Halim Khan.

Dalam pada itu, bagi permohonan nusyuz yang difailkan Sharnaaz terhadap Noor Nabila, mahkamah turut menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes. Spekulasi rumah tangga pelakon filem Juvana itu kembali hangat diperkatakan ramai selepas Nabila memuat naik gambar hadapan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur menerusi Instastory pada Februari lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page kami.

Sumber:Mstar

Artikel sebelum : Akhirnya teka teki terjawab. Sharnaaz Ahmad dedahkan punca dan sebab utama dia failkan Nusyuz terhadap Nabila.

Pelakon Sharnaaz Ahmad memfailkan permohonan nvsyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 34, yang diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader memfailkan permohonan itu pada 19 September lalu.

Menurut laporan Harian Metro, bintang filem Juvana itu memberitahu dia bertindak memfailkan permohonan berkenaan terhadap Noor Nabila untuk memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang berlegar-berlegar mengenai rumah tangga mereka.

“Sebab utama adalah untuk kita sama-sama selesaikan perkara ini dengan cara yang paling baik. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama,” katanya. Terdahulu pada prosiding di hadapan Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail, Akberdin memaklumkan pihaknya telah menyerahkan sam4n kepada pihak Noor Nabila pada 22 September lalu.

Perkara itu disahkan peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila yang kemudian memohon satu tarikh bagi memasukkan pembelaan mereka. Mahk4mah kemudian menetapkan 6 November ini untuk sebutan semula k3s.

Sementara itu, mahk4mah sama turut menetapkan 6 November ini untuk jawatankuasa pendamai (JKP) yang dilantik Sharnaaz dan Noor Nabila mengemukakan lap0ran berhubung kemelut rumah tangga mereka. Ahmad Muttaqi menetapkan tarikh itu selepas prosiding pelantikan wakil JKP oleh kedua-dua pihak, hari ini.

Noor Nabila, 34, yang juga kakak pengacara dan pelakon Neelofa itu melantik ayah tirinya, Abdul Halim Khan, manakala Sharnaaz melantik kakaknya Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakilnya. Dalam proses perpisahan, JKP terdiri daripada anggota keluarga rapat dengan satu pasangan terbabit, akan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Perlantikan JKP itu adalah susulan Sharnaaz tidak bersetuju dengan tuntutan perpisahan Noor Nabila yang memfailkan permohonan perpisahan secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Und4ng-Und4ng Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Pada 13 September lalu, Noor Nabila memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Kisah rumah tangga pasangan terbabit kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Noor Nabila memfailkan perpisahan terhadap Sharnaaz selepas berkongsi foto dipercayai Kompleks Mahk4mah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Instagram Story, baru-baru ini.

Noor Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga. Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Harian Metro