Categories
Home ilmu Kehidupan

Selamatkah foto faceapp anda?

Adakah foto anda selamat selepas anda memuat naik atau menyuntingnya menggunakan FaceApp?
ADAKAH anda pengguna aplikasi FaceApp? Anda tentu teruja untuk melihat wajah anda dimamah usia.

Namun, tahukah anda aplikasi FaceApp yang dibangunkan syarikat Rusia, Wireless Labs berkemungkinan menyimpan foto anda yang telah disunting dalam sistemnya?

Menurut laporan Forbes dan GQ, aplikasi FaceApp yang berusia dua tahun itu mencetuskan pelbagai isu berkaitan privasi maklumat penggunanya.
Memetik laporan TechCrunch, aplikasi

berkenaan tidak mempunyai akses kepada foto anda yang disimpan di dalam telefon tanpa kebenaran.Bagaimanapun, ia mempunyai akses kepada setiap foto wajah anda yang dimuat naik ke aplikasi tersebut untuk disunting.

Ia menambah, ini membolehkan FaceApp menyimpan foto yang disunting di dalam pengkomputeran awan, biarpun selepas pengguna memilih untuk tidak berkongsi foto berkenaan.

Dalam kenyataan balas kepada TechCrunch, FaceApp menjelaskan: “Kebanyakan imej akan dipadam daripada pelayan (server) kami dalam masa 48 jam selepas ia dimuat naik.”

TechCrunch menegaskan frasa ‘kebanyakan’ dan bukan ‘semua imej’ sementara FaceApp pula menjelaskan, aplikasi itu tidak berkongsi dan menjual data pengguna kepada pihak ketiga.

Namun, menurut syarat penggunaan (terms of service), pengguna membenarkan syarikat berkenaan menggunakan imej, nama, katanama, suara “secukupnya untuk mengenalpasti identiti pengguna.”

Jika anda bersetuju dengan terma tersebut, anda memberikan FaceApp antaranya, hak selamanya, tidak boleh ditarikbalik, tidak eksklusif, tanpa royalti, di serata dunia, dengan bayaran penuh, boleh diguna semula, diubah, diterbitkan, digunakan untuk mencipta imej lain, diedarkan, digunakan di khalayak awam dan dipamerkan.

Memang panjang dan rumit bunyinya, namun secara mudahnya, anda secara sedar atau tidak sedar membenarkan FaceApp menggunakan imej anda yang disimpan dalam pengkomputeran awannya untuk apa jua aktiviti, tanpa royalti, sampai bila-bila.

“You grant FaceApp a perpetual, irrevocable, nonexclusive, royalty-free, worldwide, fully-paid, transferable sub-licensable license to use, reproduce, modify, adapt, publish, translate, create derivative works from, distribute, publicly

perform and display your User Content and any name, username or likeness provided in connection with your User Content in all media formats and channels now known or later developed,

without compensation to you. When you post or otherwise share User Content on or through our Services, you understand that your User Content and any associated information (such as your [username], location or profile photo) will be visible to the public.”

Anda hanya punyai hak kepada muka anda, itu sahaja.TechCrunch melaporkan pengguna FaceApp boleh memadam data tersebut namun pengguna perlu melalui proses yang panjang.

Sehingga kini 100 juta orang telah muat turun aplikasi berkenaan di Google Play dan ia juga adalah aplikasi paling popular di iOS App Store di 121 negara. Dumber Astroawani

Categories
Home ilmu islam Kehidupan

Bismillah Rahsia umur panjang

HULU TERENGGANU – Melihat kepada wajahnya, siapa sangka usianya sudah lebih 100 tahun.Idris Hassan, 115, masih sihat. Susuk badannya seperti lelaki berusia 70 tahun, hampir separuh daripada usianya yang sebenar.

Dikurniakan kesihatan yang baik, Idris atau lebih mesra dengan panggilan tok ki sangat menjaga pemakanannya.Tok ki mengakui hanya minum tiga teguk air jika haus atau selepas makan.

“Tok ki takdok (tiada) rahsia apa-apa… cuma makan minum memang jaga sungguh-sungguh (pantang larang). Tok ki kurang minum air manis, banyak air masak saja, tapi bila minum tiga teguk sahaja kecuali kalau terlampau dahaga.

“Kalau tok ki terjaga tengah malam dan nak minum pun, tok ki minum tiga teguk juga. Setiap kali hendak minum juga kita kena niat kerana ALLAH SWT untuk sihat tubuh badan agar mudah kita beribadah kepadaNya.

“Jangan terus minum begitu sahaja tanpa baca Bismillah atau niat… kena ada adab,” ceritanya kepada Sinar Harian.Hanya tinggal berdua bersama isteri tersayang, Halimah Teh, 80, tok ki begitu ceria saat berkongsi kisah hidupnya.

Jangankan minuman manis, moyang kepada satu cicit ini juga tidak minum minuman berais.”Biasa tok ki minum air yang dah dimasak atau air daripada batang-batang pokok di hutan.

“Walaupun masa muda dulu, kehidupan seharian banyak dalam hutan tapi tok ki tak minum sembarangan air sama ada sungai, air terjun ataupun air hujan,” katanya lagi.

Bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan amalan dilakukannya itu telah dipraktikkan sejak kecil lagi kerana telah didik oleh kedua orang tuanya dahulu.
Idris dan isterinya menunjukkan kad pengenalan yang menunjukkan umur

mereka pada tahun ini berusia 115 tahun dan 80 tahun.Tok ki juga sentiasa mengamalkan kalimah Bismillah dalam kehidupan sehariannya tidak hanya sebelum makan atau ketika tetapi ketika ingin memulakan sesuatu perkara.

“Sebenarnya banyak kelebihan bacaan Bismillah ini dalam kehidupan kita dan boleh diamalkan sebagai zikir selain zikir-zikir lain.Antaranya, baca 21 kali Bismillah sebelum tidur dapat mengelakkan gangguan syaitan.

“Mengucap salam dan Bismillah ketika hendak masuk rumah pula Insya-ALLAH rumahtangga diberkati dan mendapat keharmonian,” tambahnya yang kini mempunyai lapan cucu.

Dalam bercerita, tok ki juga sempat memberi nasihat agar sentiasa mengamalkan kalimah Bismillah.
“Banyak manfaat serta kelebihan Bismillah ini, tapi tak ramai yang amalkan,” ujarnya.

Dalam pada bercerita mengenai gaya hidupnya, mengenai kehidupannya sebelum merdeka.Kagum dengan semangat dan perjuangannya, tok ki berkata, susah payah dan jerih perih orang terdahulu mendapatkan kemerdekaan pada hari ini.

“Betapa beruntungnya orang-orang sekarang sebab semuanya mudah.
“Tak macam zaman dulu, nak bercucuk tanam pun payah. Dulu… dapat makan ubi kayu pun dah bersyukur, tapi tengoklah orang sekarang,” ceritanya dalam sugul

Ceritanya lagi, pada era Jepun dulu, kehidupan mereka terlalu terhimpit.
“Susah… Nak keluar rumah tak boleh sewenang-wenangnya.”Anak-anak zaman sekarang cukup bertuah sebab segala kesenangan ada depan mata, berbanding kehidupan dulu

“Sayangnya tok ki tengok rasa cintakan tanah air, semangat patriotik tu pudar,” katanya.Bagi tok ki kemerdekaan yang dicapai tidak semudah yang disangka dan harus dijadikan azimat dalam diri setiap orang menghargai perjuangan orang

“Bukan senang tau kita nak capai kemerdekaan hingga dapat hidup tenang, harmoni begini… kalau bukan kita yang sayangkan negara ini sendiri siapa lagi?,” katanya yang akan selalu memasang Jalur Gemilang di hadapan rumah

setiap kali menjelang 31 Ogos.Besar harapan tok ki agar generasi hari ini lebih menghargai dan menyayangi tanah air ini.jangan lupa perjuangan orang lama
Sumber Sinarharian

Categories
Budaya Home Kehidupan

Cinta suami yang membawa padah

Seorang isteri tidak menyangka cinta suaminya yang terlampau sayang padanya akan membawa padah kepada dirinya apabila suaminya bertindak di luar jangkaan hanya kerana inigin bersamanya

Peristiwa ini berlaku di india apabila suaminya yang digigit seekor ular berbisa bertindak menggigit isterinya kerana tidak sanggup tinggalkan isterinya dan bercadang bawa isterinya bersama.

Lelaki yang dikenali sebagai Rai itu telah menggigit isterinya di bahagian lengan apabila menyedari dirinya telah dipatuk ular.Di sebabkan terlampau cinta isterinya beliau bertindak nekad untuk membawanya bersama.

Kejadian berlaku ketika kedua pasangan suami isteri itu sedang tidur di rumah mereka. Apabila Rai tersedar pada keesokan hari, dia bergegas mendapatkan isterinya, Devi

Kemudian menggigit lengannya sambil memberitahu bahawa dia cintakannya dan mahu bersamanya.Hasil dari gigitan itu kedua-dua pasangan itu kemudian pengsan dan dikejarkan ke hospital dengan bantuan. jiran.

Rai tidak selamat sebaik tiba di hospital namun Devi berjaya diselamatkan oleh doktor.”Wanita itu berjaya diselamatkan kerana rawatan diberikan tepat pada masa dan sekarang dia berada dalam keadaan stabil,” kata doktor

Menurut Devi, dia tidak sangka suaminya sanggup berbuat demikian kerana ingin bersamanya.”Dia beritahu saya dia sangat cintakan saya dan mahu bersamanya.
”Dia kemudian menggigit lengan saya sekuat hati

saya hanya membiarkan dia berbuat demikian kerana terkejut dengan tindakan itu,” jelas Devi yang masih terkejut dan tidak percaya suaminya akan sampai tahap ini.. Sumber astroawani