Categories
Home Kehidupan

(Video)minyak keluar macam air. Wanita ini terkejut.

Tular satu rakaman video memaparkan seorang wanita cemas apabila tiba-tiba pam minyak gagal berfungsi dan mengeluarkan petrol tanpa henti.

Video berdurasi 5 saat dan dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di China dan dikongsi Facebook We are Malaysian.

Pada video sama admin Facebook tersebut turut memaklumkan jika pelanggan berhadapan dengan situasi itu boleh terus menekan butang kecemasan yang memang disediakan di setiap pam minyak.

Melalui paparan berkenaan wanita itu dilihat terus memegang pam minyak yang dihalakan ke arah lantai sambil meminta tolong.

Rata-rata netizen mengakui kurang kesedaran terhadap perkara tersebut..

Kata Lawrence Teng, “Sebenarnya semua termasuk saya tidak tahu butang kecemasan itu. Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini.”

“Bila panik, semua perkara akan lupa, terima kasih kerana beritahu kami,” tulis Jazza. sumber sinar harian

Categories
Home Kehidupan Wanita

Kenapa nak jadikan suami sebagai pewaris KWSP,Nanti dia akan hidup bahagia dengan isteri baru

Seperti semua sedia maklum ramai lelaki menamakan isteri sebagai pewaris utama duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).Mereka berbuat demikian agar di waktu mereka dah tiada bolehlah isteri mereka hidup bersama anak dengan duit tersebut tidaklah mereka susah.

Tetapi bagaimana pulak dengan isteri .Adakah mereka juga akan namakan suami mereka sebagai waris.Dari satu kajian yang tidak di sahkan menunjukkan tidak ramai golongan isteri yang melakukan perkara yang serupa terhadap suami masing-masing.

Soalan ini telah di ajukan kepada seorang wanita untuk mendapat reaksinya berkaitan dengan isu ini.Adakah wanita berat untuk namakan suaminya sebagai waris KWSP?

Dia mengesahkan bahawa dia tidak menamakan suami sebagai pewaris sebaliknya wang tersebut diberikan kepada anak-anak mereka.Katanya, jika dia dah tiada terlebih dahulu, bimbang nanti suami akan hidup bahagia bersama wang tersebut bersama isteri yang baru.

Keputusan untuk tidak menamakan suami sebagai pewaris itu adalah hak isteri.Hendak wasiat kepada sesiapa itu terpulang kepada empunya diri tetapi jangan sampai tidak namakan langsung sehingga menyusahkan ahli keluarga jika berlaku apa-apa.

Ini kerana berdasarkan satu laporan yang disiarkan pada 10 Mac lalu, sehingga 31 Disember 2018, hanya 4.43 juta daripada 14.19 juta ahli KWSP atau 31 peratus yang membuat penamaan akaun mereka.

Menurut kenyataan daripada KWSP, dua senario terpakai untuk ahli beragama Islam, iaitu jika menamakan individu, penama bukan penerima mutlak, tetapi bertindak sebagai wasi atau pentadbir yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan si mati kepada waris yang berhak mengikut undang-undang Islam.

Jika akaun memang langsung tiada penama, waris terdekat atau pentadbir pusaka ahli layak membuat permohonan mengeluarkan simpanan ahli.

Bagaimanapun pesan KWSP, jika ahli mahu membuat penama, letakkanlah nama waris yang benar-benar layak.Sekarang urusan berkaitan dengan KWSP tidaklah sesukar seperti dahulu, banyak urusan boleh dibuat secara dalam talian sahaja.

Ramai yang suka mengambil sikap suka bertangguh dan membuat sesuatu pada saat akhir tetapi dalam isu ini sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna lagi.
sumber sinar harian

Categories
Home Kehidupan Wanita

Pejuang Remaja dunia tolak hadiah hampir suku juta

Biasa kalau manusia bila di berikan hadiah tidak akan menolak.Terutamanya bila hadiahnya adalah sangat bernilai.Berlainan pulak dengan REMAJA 16 tahun Greta Thunberg yang menggegarkan dunia sambil mencuri perhatian sekali lagi apabila menolak anugerah alam sekitar.

Bulan lalu, Thunberg – pengasas gerakan Scolstrijk for Klimatet (Mogok Sekolah Elak Perubahan Cuaca) bermula Ogos 2018 di mana penuntut sekolah ponteng kelas untuk berdemonstrasi membantah pencemaran alam sekitar – berada di New York untuk menarik perhatian dunia tentang masa hadapan yang kian meruncing akibat masalah perubahan cuaca.

Thunberg memilih untuk menyeberang lautan Atlantik menggunakan kapal layar dan tidak menggunakan penerbangan komersil bertujuan elak pencemaran karbon.

Walaupun anugerah yang ditaja Nordic Council disifatkan sebagai satu penghormatan, Thurnberg memilih menolaknya kerana; “Gerakan menyelamatkan dunia dari masalah perubahan cuaca tidak perlu ditambah sebarang anugerah.”

Thunberg menyaran agar ahli politik dan mereka yang mempunyai kuasa mendengar nasihat dan pandangan pakar sains yang memberi amaran tentang bahaya pemanasan dunia.

Melalui paparan Instagram, Thunberg cuba menyedarkan negara Nordic untuk membukti kesungguhan untuk menyelamatkan dunia dari akibat pemanasan global.

Menurutnya, apa yang sebenarnya terjadi tak ubah; “..cakap tak serupa bikin” kerana negara Nordic yang terdiri dari Denmark, Finland dan Sweden turut bertanggungjawab pencemaran, pembaziran dan guna-tenaga berlebihan.

Thunberg disebut-sebut sebagai calon paling layak menerima anugerah Nobel Peace Prize tahun ini yang akhirnya dimenangi Perdana Menteri Ethiopia Abiy Ahmed.

Presiden Nordic Council Hans Wallmark menghormati tindakan Thurnberg dan menyifatkan usaha menimbul kesedaran sejagat sebagai usaha yang perlu disokong dunia.

Anugerah dari Nordic Council itu menyediakah hadiah wang tunai 500,000 kroner (RM235,000).

Willmark dan jawatankuasa anugerah sedang memikirkan cara terbaik memanfaatkan habuan wang yang ditolak Thunberg menyokong gerakkan selamatkan dunia dari perubahan cuaca. sumber Astro Awani

Categories
Home Kehidupan Wanita

Bekas model berusia 100 tahun berkerja 20 jam sehari

Dalam zaman sekarang bukan mudah untuk seseorang sampai umur 100 tahun.Berbagai cabaran Dan Dugan di tempuhi until capai kehidupa yang sihat.

Berlainan pula dengan seorang model dan pernah berkhidmat ketika Perang Dunia Kedua menerima kejutan untuk sambutan hari lahir ke-100 di tempat kerjanya di sebuah pasar raya, di sini.

Ketibaan Romay Davis tiba di pasar raya Winn-Dixie di Amerika Syarikat dengan menaiki kereta mewah Rolls Royce disambut meriah oleh rakan sekerja serta kumpulan pancaragam.

Bukan itu sahaja, menurut laporan media tempatan, Datuk Bandar Montgomery turut mengeluarkan pengisytiharan rasmi sempena ulang tahun ke-100 Davis sebagai Hari Romay Davis.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih. Saya sayang kamu semua dan sangat terkejut dengan semua ini. Saya tidak tahu sama ada kesihatan saya masih baik atau tidak dua atau tiga hari lagi,”katanya.

Di Winn-Dixi, Davis masih bekerja 20 jam dan lima hari seminggu sebagai individu yang bertanggungjawab memeriksa tarikh produk bagi memastikan pelanggan mendapat barangan segar.

Pengurus stor, Bobby Godwin menyifatkan Davis seorang pekerja yang rajin dan melakukan kerja melebihi pekerja berusia 25 tahun.

Dia suka datang kerja. Jika terlambat beberapa minit dia akan maklumkan. Dia seorang pekerja yang berdisiplin,” katanya.

Davis dilahirkan pada 29 Oktober 1919 di Virginia.

Semasa zaman mudanya, dia juga pernah bekerja sebagai pereka fesyen, pelukis dan ejen hartanah. – sumber sinar harian

Categories
Home Kehidupan

Negara-negara paling miskin di dunia

Di Malaysia, KDNK per kapita pada tahun 2017 adalah sebanyak RM38,977.

Kali ini kami ingin berkongsi maklumat tentang 5 negara paling miskin di dunia berdasarkan KDNK per kapita.

1. Republik Demokratik Kongo

Walaupun republik ini kaya dengan sumber alam semula jadi minyak dan pertanian, malangnya KDNK per kapita 2018 yang diunjurkan hanyalah pada kadar RM1,858 per kapita, menjadikannya negara termiskin di dunia disebabkan sistem politik yang tidak stabil.

Terdapat rusuhan politik yang sangat teruk sejak kebelakangan ini kerana Presiden Joseph Kabila yang mengambil alih kuasa selepas bapanya pada tahun 2001 semakin menjadi-jadi.

Majoriti populasi republik ini kekal hidup di bawah garis kemiskinan dan menganggur.

2. Republik Afrika Tengah

Ekonomi Republik Afrika Tengah sangat bergantung kepada industri berlian yang dieksport, merangkumi antara 40 hingga 55% daripada pendapatan eksport negara.

Malangnya, dianggarkan separuh daripada berlian-berlian ini dijual di pasaran gelap yang telah menafikan hasil cukai kerajaan dan telah membantutkan usaha ahli perniagaan yang rajin dan berusaha melakukan perkara dengan cara yang betul.

Selain itu, perbalahan merebut sumber dan juga kawalan membawa kepada kemiskinan dan penderitaan yang luar biasa di negara ini.

Hasilnya, republik ini menjadi negara kedua paling miskin di dunia dengan KDNK hanya sebanyak RM2,605 per kapita.

3. Burundi

Terletak di rantau Great Lakes di Afrika, Burundi mempunyai sejarah perselisihan etnik dan rampasan kuasa tentera yang secara konsistennya menggelincirkan prospek jangka panjang dalam pembangunan negara.

Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), lebih daripada 80% populasi negara ini hidup di bawah garis kemiskinan.

Pergolakan politik sekali lagi menggegarkan negara ini sepanjang tahun 2015, walaupun terdapat peningkatan yang dibuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

KDNK per kapita Burundi adalah sebanyak RM3,249, antara yang paling rendah di dunia.

4. Liberia

PBB telah mengisytiharkan Liberia adalah negara defisit makanan, terletak di bahagian selatan Afrika, negara ini telah terkesan dengan teruknya oleh perang saudara yang berlangsung selama 14 tahun dan telah memecah-belahkan negara ini.

Selain itu, ekonomi negara ini hancur disebabkan wabak Ebola namun, sebelum ini ekonomi Liberia bergantung kuat terhadap bantuan asing.

Dan walaupun Liberia bergantung kepada industri pertanian, namun harga beberapa produk telah menurun membuatkan sukar untuk mendapat keuntungan.

Sebanyak 70% penduduk negara ini hidup di bawah garis kemiskinan dan KDNK per kapita adalah sebanyak RM3,503.

5. Niger

Niger adalah negara paling besar di Afrika barat yang bersempadan dengan Nigeria, dan sebahagian besar daripada kawasannya merangkumi Gurun Sahara.

Ini membuatkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh dilakukan penduduknya menjadi sangat terhad.

Negara ini terkurung antara daratan dan miskin dari segi sumber alam, walaupun begitu, negara ini mempunyai rizab minyak namun disebabkan rasuah dan konflik dalaman, membawa kepada masalah ekonomi yang sangat teruk.

20% daripada negara ini tidak diliputi oleh padang pasir namun tetap mengalami kemarau berkala, perubahan iklim yang menguatkan lagi kesan ancaman gabungan daripada desertifikasi tanah pertanian dan bekalan air minuman.

Jumlah KDNK per kapita bagi Niger adalah sebanyak RM4,420.

Sumber sentiasa panas

Categories
Home Kehidupan Wanita

Pendapatan lumayan sehingga RM800 semalaman menjadikan seorang remaja perempuan ‘gelap mata’ sehingga terbabit aktiviti tidak bermoral.

MARANG – Pendapatan lumayan sehingga RM800 semalaman menjadikan seorang remaja perempuan ‘gelap mata’ sehingga terbabit aktiviti tidak bermoral.

Kemewahan itu menyebabkan gadis berkenaan mengabaikan pelajaran dan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Menurut Nur (bukan nama sebenar) yang kini berusia 18 tahun, kemewahan yang dicari telah menjadi malapetaka dalam hidupnya selain kesilapan silap memilih rakan sehingga terjerumus dalam aktiviti tidak bermoral itu.

Dia yang berasal dari Perak berkata, jalan hitamnya bermula apabila melihat kawan baiknya yang berusia 22 tahun sentiasa bergaya mewah.

“Dia tahu saya memerlukan duit dan memujuk dengan menawarkan pekerjaan. Ketika itu saya tidak tahu jenis kerja tersebut sehinggalah dia memperkenalkan saya kepada seorang pak cik (bapa ayam).

“Saya kenal pak cik itu kerana dia pemandu van dan pernah membantu menghantar saya ke sekolah sebelum ini.

“Tak sangka dia terlibat dengan aktiviti ini tapi bila sudah gelap mata dengan duit, saya ikutkan sahaja,” katanya ketika ditemui di Sekolah Tunas Bakti (P) di sini, baru-baru ini.

Jelas Nur, pak cik yang berusia 70-an itu bukan sahaja mencari pelanggan tetapi turut mengambil dan menghantarnya kepada pelanggan.

Kegiatan itu dilakukan sejak pertengahan tahun lalu dan kebanyakannya dilakukan di hotel sekitar Perak.

Anak sulung daripada tiga beradik itu juga bijak berselindung daripada pengetahuan ibunya dan sentiasa memberi alasan ingin ke rumah kawan untuk belajar.

“Bayaran pula bergantung kepada pelanggan. Ada masanya saya juga diberikan tips antara RM150 hingga RM300. Bayaran paling tinggi saya pernah terima ialah RM800,” katanya.

Nur berkata, dia terperangkap selepas polis menyamar sebagai pelanggan.

“Ketika itu saya malu dan sedih. Saya tidak tahu bagaimana penerimaan keluarga,” katanya.

Jelas Nur, dia memohon maaf daripada ibunya sebaik sahaja ditangkap namun tahu tindakan itu belum memadai di atas segala dosa yang dilakukan.

Nur kemudiannya dihantar ke Sekolah Tunas Bakti (P) Marang dan bersyukur kerana masih diberi peluang kedua untuk berubah dan menyambung kembali pelajarannya.

“Sehingga sekarang saya masih terkesan dan menyesal dengan perbuatan lalu. Syukurlah di sini saya kembali memegang al-Quran yang lama ditinggalkan dan solat penuh lima waktu.

“Ibu saya seorang ibu tunggal dan hanya bekerja kilang. Saya tak mahu lagi menyusahkan ibu dan berdoa moga saya masih belum terlambat untuk berubah serta menjadi anak soleh yang berjaya,” katanya.
sumber sinar harian

Categories
Home Kehidupan

monyet warna merah gemparkan orang ramai

TULAR di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video yang menunjukkan seekor monyet ditangkap dengan kaki dan tangannya diikat pada buah durian oleh seorang lelaki yang dipercayai pemilik kebun durian tersebut.

Sumber mendakwa monyet tersebut ditangkap dan diperlakukan sedemikian kerana dikatakan telah mencuri buah durian di dusun berkenaan.

Kejadian tersebut berlaku di lokasi yang tidak dikenal pasti dan apa yang menyedihkan ialah tindakan pemilik dusun itu yang menzalimi haiwan tersebut hanya kerana mencuri buah durian.

Video yang tular itu juga memaparkan pemilik kebun itu memarahi haiwan berkenaan kerana berang dengan perbuatan haiwan itu.

Rata-rata netizen di media sosial mengecam tindakan pemilik kebun yang dianggap terlalu menzalimi haiwan tersebut.

“Zalim! Spesis manusia seperti ini fikir hanya mereka saja yang hidup dan bernyawa di atas dunia ini! Kalau monyet tu diberikan akal sama seperti manusia oleh Allah SWT, baik dia cari kerja. Kita pula yang kekurangan akal kerana menyeksa haiwan!” tulis Noraini Noni Meg di ruangan komen.

Antara komen dari netizen yang menyelar tindakan pemilik dusun berkenaan

Bagaimana pun, ada beberapa individu yang mendakwa perlakuan lelaki di dalam video itu adalah amalan petua yang diamalkan oleh orang-orang dahulu untuk menghalau haiwan.

Katanya, ia bukan untuk menzalimi haiwan tersebut, tetapi lebih kepada amalan petua yang diamalkan oleh orang-orang lama.

“Aku takda komen tentang bab ni, tapi rasanya ini cara orang dulu-dulu nak haling beruk-beruk ini datang dan merosakkan buah terutamanya yang muda.

“Masing-masing ada cara tersendiri nak jaga hasil kebun masing-masing. Pemilik dusun ini pun buat jerat, sembur warna dan lepaskan semula, cuma yang silapnya dia merakam video dan memuatnaik video ini dalam media sosial,” tulis Muhammad Nazmi di ruangan komen.

Komen beberapa individu yang menerangkan tindakan pemilik kebun itu bertindak sedemikian

Komen beberapa individu yang menerangkan tindakan pemilik kebun itu bertindak sedemikian sumber sinar harian

Categories
Home islam Kehidupan

Asal-usul, Identiti Dan Sejarah Etnik Uyghur

Isu dan persoalan berkaitan masyarakat Uyghur di China hampir setiap hari dikongsikan oleh pelbagai pihak dan media, berkenaan seksaan serta tekanan yang berlaku ke atas mereka. Ada juga yang berkata bahawa semua itu hanyalah mitos dan rekaan pihak barat, yang berusaha mahu memburukkan kerajaan China.

Etnik Uyghur

Artikel ini bukanlah untuk membincangkan berkenaan isu tersebut, tetapi untuk menjelaskan serba sedikit berkenaan asal-usul, salasilah dan identiti masyarakat Uyghur yang kini diberikan perhatian dunia.

Selepas membaca artikel ini, sekurang-kurangnya anda akan lebih jelas mengapa mereka boleh berada dalam situasi yang melanda mereka ketika ini.

Siapa masyarakat Uyghur?

Istilah ‘Uyghur’ membawa makna penyatuan atau kerjasama. Diambil daripada perkataan Turki dan cara menyebut perkataan ‘Uyghur’ adalah ‘OY-Ghur’.

Sejarah orang Uyghur sebenarnya sangat panjang, dengan rekod pertama Uyghur dicatatkan buat kali pertama 17,000 tahun dahulu dengan kewujudan Empayar Uyghur di kawasan daerah Mu.

Masyarakat Uyghur melalui empat fasa besar dalam sejarah mereka dengan semua catatan boleh dibahagikan kepada zaman atau era tersebut;

Zaman pra empayar yang berlaku sekitar 300BC hingga tahun 630, zaman empayar yang berlangsung bermula tahun 630 hingga 840, zaman Idiqut atau Qocho yang bermakna ‘zaman kekayaan agung’ sekitar tahun 840 hingga 1200 dan yang terakhir adalah zaman Mongol bermula tahun 1209 hingga 1600.

Era kegemilangan orang Uyghur boleh dikatakan berakhir semasa penjajahan orang Mongol.

Selepas terkuburnya populariti Jalan Sutera (Silk Road) di China yang dijadikan laluan perdagangan utama ketika itu, masyarakat Uyghur mula hilang pengaruh terhadap ekonomi dan pemerintahan zaman tersebut.

Penjajahan oleh Dinasti Qing

Selepas kejatuhan tamadun awal mereka, orang Uyghur berjaya membentuk sebuah negara bernama Turkistan Timur, sebuah negara merdeka yang berkembang naik, namun kedatangan Dinasti Qing menjajah mereka seterusnya melumpuhkan negara tersebut. Ini berlaku pada tahun 1876.

Penentangan masyarakat setempat selama 8 tahun gagal menghalang kawasan mereka daripada diambil alih dan wilayah itu diisytiharkan secara rasmi sebagai sebahagian daripada wilayah Empayar Manchu pada 18 November 1884, dinamakan semula sebagai ‘Xinjiang’ yang bermakna ‘Wilayah Baru’ atau ‘New Frontier.’

Kejayaan Parti Nasionalis China menjatuhkan Empayar Manchu pada tahun 1911 menyebabkan wilayah tersebut betukar tangan, jatuh ke tangan kerajaan China.

Selepas lebih 20 tahun, pemberontakan orang Uyghur dimulakan kembali pada tahun 1933 menerusi penubuhan Republik Islam Turkistan Timur, melalui revolusi yang berlaku dengan bantuan tentera Russia.

Pada tahun 1944, orang Uyghur sekali lagi berjaya merampas kembali wilayah asal mereka di kawasan Ghulja membawa kepada penubuhan kerajaan republik, bebas daripada kawalan kerajaan China.

Perjuangan memerdekakan Turkestan Timur

Kerajaan China tidak berdiam diri melihat saja pemberontakan yang berlaku. Mereka mengambil keputusan menceroboh dan menjajah Xinjiang – merampas semula kuasa daripada kerajaan campuran masyarakat Uyghur yang dibentuk sejak tahun 1946.

Walaupun diberikan autonomi oleh kerajaan China dalam memastikan pemberontakan lebih besar tidak berlaku, sehingga kini masyarakat yang mendiami Xinjiang tetap mahu menubuhkan negara mereka sendiri.

Impian mereka mahu menubuhkan kembali Turkistan Timur atau ‘Uyghurstan,’ meliputi seluruh kawasan Xinjiang dengan perancangan mahu menjadikan Urumqi sebagai ibu negara mereka.

Nama ‘Xinjiang’ yang digunakan sebagai nama wilayah tempat mereka tinggal juga dibantah, berikutan elemen budaya Cina yang ada pada nama tersebut tidak mencerminkan identiti sebenar masyarakat mereka.

Makna penuh perkataan Xinjiang yang sebenarnya bermaksud ‘sebuah wilayah yang dipulangkan pada negara asalnya’ – dikatakan menghina masyarakat asal wilayah tersebut.

Wilayah Xinjiang ketika ini merupakan wilayah yang diberikan autonomi terbesar di China menempatkan masyarakat berbilang kaum seperti orang Uyghur, Han, Kazakhs, Tibet, Kyrgyz, Mongol dan juga Rusia.

Budaya orang Uyghur

Dalam sejarahnya yang panjang, orang Uyghur telah melalui pelbagai perubahan khasnya daripada segi agama.

Pada awalnya mereka menganut kepercayaan seperti ajaran Shaman, Maniche, Kristian, Buddha dan akhirnya secara majoriti menerima ajaran dan cara hidup Islam.

Kerajaan Uyghur secara rasminya menamakan Islam sebagai agama rasmi sejak tahun 960 semasa pemerintahan Sultan Sutuq Bughra Khan.

Berikutan perubahan itu, masyarakat Uyghur mula mengamalkan sistem tulisan Arab bagi menulis bahasa mereka.

Bagaimanapun, perubahan menyeluruh masyarakat Uyghur memeluk Islam mengambil masa beratus tahun lamanya – dengan hanya pada tahun 1450 orang Uyghur secara majoritinya memeluk Islam.

Di bawah pemerintahan kerajaan China sekarang, dikatakan bantahan mula timbul berikutan kedatangan orang Han ke dalam wilayah itu, yang setakat ini mewakili 40 peratus jumlah penduduk Xinjiang.

Perkara itu dilihat seperti cuba melemahkan pengaruh penduduk asal ke atas tanah mereka sendiri.

Projek-projek pembinaan yang dilakukan juga mengubah sistem sosial masyarakat Uyghur, dengan orang-orang Han mendominasi ekonomi; memegang jawatan-jawatan penting dalam industri sehingga mengakibatkan orang Uyghur tidak mendapat tempat dalam mencorak wilayah mereka sendiri.

Aktviti agama Islam juga mula dikawal pihak berkuasa walaupun mereka mempunyai autonomi. Pembinaan masjid dan sekolah agama perlu mendapat kebenaran khas kerajaan China.

Pada tahun 2014, kerajaan tempatan Xinjiang mengumumkan larangan kepada mana-mana penjawat awam Muslim daripada berpuasa semasa bulan Ramadan.

Tekanan demi tekanan yang dihadapi memaksa kumpulan pemisah yang dinamakan sebagai Gerakan Islam Turkistan Timur mengambil langkah lebih agresif menentang kerajaan China.

Kerajaan China pula nampaknya seakan-akan tidak lagi mampu bersabar dengan ancaman yang dibawa bangsa yang satu masa dahulu – berupaya menubuhkan sebuah empayar besar dan disegani dunia.

Sumber sentiasa panas

Categories
Home Kehidupan

Remaja 17 tahun simpan duit selama 12 tahun untuk belikan ibunya hadiah peti sejuk

Apabila kita memikirkan apa yang nak hadiah untuk hari lahir ibu kita, biasanya kita akan berfikir tentang perhiasan, bunga, makan malam mewah atau lain-lain.

Tetapi seorang pelajar kolej berusia 17 tahun di Jodhpur, India menghabiskan simpanan hidupnya 12 tahun , untuk membeli ibunya hadiah hari jadi yang dia perlukan.

Lelaki ini tahu emaknya perlukan peti sejuk yang di idamkannya selama ini. Oleh itu, pada hari lahirnya, Ram Singh melihat sebuah peti sejuk di iklan dan memutuskan untuk membelinya di kedai elektronik tersebut, menurut India Times.

Dia membawa bersamanya guni yang beratnya 35 kilogram di mana di dalamnya duit simpananya selama bertahun-tahun, dan dia telah mengumpul duit syiling sebanyak RS13,500 (RM793). Tetapi malangnya, duit tersebut tidak cukup untuk membuat pembayaran peti sejuk.Ram Singh tidak cukup lagi RS2,000 (RM117) .

Syukurlah, pemilik kedai, yang terkejut niat murni lelaki muda tersebut, memberinya diskaun supaya dia dapat memenuhi hasratnya untuk hadiahkan ibunya sebuah peti sejuk baru untuk harijadinya. Walaupun pada mulanya pemilik kedai enggan mengambil duit syiling yang banyak dalam guni, namun dia akhirnya bersetuju.

“Saya menyimpan duit syiling ini di dalam periuk tanah di rumah. Saya membahagikan duit syiling dalam bekas yang berbeza dan kemudian masukkan semuanya dalam karung. Apabila saya mengira duit syiling, saya mengambil masa 4 jam. Tetapi pemilik kedai hanya mengira RS5 (RM0.30) dan RS10 (RM0.60) syiling. Dia memberitahu saya bahawa dia percaya dengan keikhlasan saya terhadap ibu saya dan tidak mengira syiling yang rendah nilai, “kata Ram Singh kepada India Times.

Saya benar-benar berharap saya mempunyai ketabahan dan dedikasi membahagiakan ibu yang tersayang. sumber india times

Categories
Home Kehidupan

Wanita German mahu kahwin dengan Boieng kerana cinta pandang pertama

AnSemasa kita sedang baca berita dalam media tiba-tiba kita rasa sesuatu yang agak mustahil untuk mempercayainya.Jadi hari ini kita nak bawa anda ke satu kisah di mana kita pun rasa agak sukar untuk mempercayainya..

Seorang wanita dari Jerman, Michele Kobke, mengakui bahawa dia jatuh cinta dengan Boeing 737-800 dan hubungan mereka sangat akrab dan tidak dapat di pisahkan .Wanita ini di lamun cinta dengan sebuah boeing.. 🙂

Sukarnya untuk terima hakikat ini? Perkara ini adalah benar-benar berlaku . Menurut Kobke, pesawat itu sangat menarik, dan dia merancang untuk berkahwin dengannya dan hidup bersama di dalam penyangkut itu.

“Dia yang paling terbaik, dan pesawat yang sangat menarik dan elegan,”

Kerana pesawat bukan kecil sangat besar dan dia jelas tidak boleh memilikinya di rumahnya, dia jadi dia memiliki kapal bersaiz kecil untuk mendampinginya selalu,

Kobke jatuh cinta dengan dia “schatz” (sayang dalam bahasa Jerman) apabila dia menaikinya pada awal 2014, dan itu adalah cinta pada pandangan pertama. auwww

“Apabila saya menyentuh sayapnya, saya segera merasai tapak peluh dan saya teruja,”

yang bagusnya dia tidak menyakitkan sesiapa pun.Namun begitu kita tidak tahu adakah Boieng pun terasa sama bila jumpa Kobke atau ini hanya cinta sebelah.. haha