Categories
Kisah rumah tangga

Isteri jumpa sesuatu dalam beg suami setelah suami 3 bulan kerja tak balik rumah. Jawapan suami buat isteri terkejut.

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Ada daging Elok, Daging Busuk Juga mahu dimakan. Sudah ada yang halal, yang haram juga dikejar kejar. Elok elok dah bernikah, pergi buat perkara tidak senonoh. Suami bercinta dengan janda. Konon nak selamatkan janda anak 3 tetapi telah menjandakan isteri anak 4. Isteri tidak sanggup poligami dan minta dilepaskan.

Isteri merajuk, tinggal senyap dalam rumah. Dah risau pulak. Selama ni, isteri setia depan mata buat tak tahu, sebuk melayan whatsapp kekasih di depan isteri. Bila isteri bagitahu nak balik rumah di selatan, kerana rumah di selatan rumah sendiri yang dibeli bersama, yang ditinggalkan kosong kerana mengikuti suami bertugas luar negeri dan menyewa sebuah rumah sederhana tanpa perabut.

Isteri sabar melayan anak dan suami. Suami balik terus boleh rehat, ada isteri yang urus anak, makan minum. Bila balik bukan mahu tanya “ayang dah makan, ayang masak apa hari ini? Ada benda nak masak?” Balik aja hadap telefon, layan whatsapp kekasih. Isteri mana tak sakit hati. Selama ini setia menghambakan diri kepada suami, tiba tiba suami buat hal. Dulu masa susah, 20 tahun berumah tangga, itulah ayang, intan payung. Sekarang sudah kerja offshore, gaji ribu riban, duit banyak, tapi belanja dengan kekasih. Isteri begitu juga.

Rumah sewa murah, kosong takde perabut. Alasan, perabut semua dah beli, senang nak pindah jika rumah takde perabut. Tapi dia balik rumah, kata rumah suram dan muram. Tak fikirkah, isteri 24 jam di rumah, tidak pernah merungut apa apa, minta apa apa. Suami balik pukul 8.00 malam dan 8.00 pagi keluar semula. Kalau offshore kadang kadang 3 bulan tak balik rumah, isteri tetap setia menunggu.

Saya tak tahu suami jenis apa macam ni. Tidak menghargai kesetiaan isteri. Rugi , rugi…20 tahun isteri bersabar, bukan suatu masa yang singkat hadap suami yang tiba tiba berubah jatuh hati pada janda anak 3. Memang janda tu hot, tidak tutup aurat.

Sampai isteri pernah berkata pada suami, “abang terpikat sebab janda tu hot dan tak tutup aurat? Kalau abang izinkan saya pun boleh macam tu. Saya cantik, saya hot, tapi saya tak pernah tunjuk pada orang lain. Saya cuma tunjuk pada abang saja, tapi abang tak pandang pun saya. Abang hadap telefon tu saja, jadi abang tak nampak cantik dan hot isteri abang.” Sambil menangis nagis. Kasihan saya pada isteri ni, yang saya sudah kenal bertahun tahun. Sekarang bila suami tak dapat respon isteri yang merajuk , suruh pulak saya pergi tengok, kot apa apa jadi.

“En. Kenapa nak ambik tahu dan ambik berat pulak sekarang ni? Dulu masa depan mata buat tak peduli. Bila kekasih merajuk, en pujuk, isteri merajuk buat tak tahu. Biarkan aja isteri memandu sendiri dengan anak kecik balik selatan. Kalau masih sayang, baliklah tengok, pujuk. Kalau tak peduli, biarlah dia buat apa apa. Kalau dia dah tak ada pun tentu en senang hati nak bernikah, tak payah bayar nafkah.”

Ayat lain yang saya tak ungkap, ” kalau jadi apa apa pada isteri kau, kaulah punca anak isteri kau.” Memang lelaki, sudah ada yang halal, yang haram jugak dikejar kejar. Mana isteri tidak kecewa, bila suami balik dari offshore luar negara, jumpa plastik getah di dalam beg. Bila ditanya, “kenapa ada plastik getah dalam beg?”

“Senang emergency ada plastik getah, tak kan awak tua tua nak beranak lagi , anak kecik pun belum setahun, belum berjalan lagi.” “Abang, selama 20 tahun kita kahwin tak pernah pun abang guna plastik getah ni, alasan ini abang berikan pada saya. Ingat bila balik, kita rindu rindu asmara tapi abang takde pun dengan saya, abang relax aja. 3 bulan abang, bukan 3 hari. Lepas tu jumpa nak guna plastik getah ni? Logik ke bang?”

Atas merajuk ini isteri minta izin balik rumah di selatan, membawa hati yang amat luka. Allah tunjukkan sesuatu selain bercinta depan mata, jumpa plastik getah dalam beg kerja. Untuk apa? Dengan siapa? Saya bercerita, bukan mengumpat atau mengata, takde nama yang disebut, tidak ada identiti yang dinyatakan, jadi jangan kata saya buka aib orang.

Saya cerita untuk mengubah sempadan iman lelaki. Syaitan sudah membuka jalan untuk mengajak ke neraka. Nak memporak perandakan rumah tangga yang selama ini bahagia. Apabila Allah mengurniakan rezeki berlimpah limpah terus lupa daratan. Terus tersungkur iman.

Berhati hatinya. Memang ada di dalam kisah ketika Rasulullah diisrak , Rasulullah menemui satu kaum apabila diberikan dua magkuk daging, satu mangkuk daging busuk, satu mangkuk daging elok, tetap daging busuk yang diambik dan dimakan.

Inilah dia kisah benarnya yang berlaku di dalam masyarakat hari ini.

Categories
Kisah rumah tangga

Suami pergi satu rumah dan isteri ikut suami senyap senyap. Isteri nampak ada perempuan lain picit badan suami. Dah 3 tahun kahwin baru isteri tahu perempuan tu siapa.

Hai salam semua..Ramadhan kali ni memberi aku erti dan seribu makna hubungan aku dan suami. Nama aku Yani. Aku berasal dari negeri Kedah. Orang utara terkenal lagu dgn pantai merdeka, ya situ lah kampung suami aku. Aku pula berasal dari Petaling Jaya.

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Suami berasal dari kampung, aku memang budak bandar sejati. Aku memang dibesarkan dalam keadaan selesa. Tak terlalu kaya, tapi bukan orang susah. Berbeza dengan suami yang memang bukan orang senang. Nak dipendekkan cerita, kami ni memang berbeza serba serbi, bagaikan bumi dengan pluto.

Dulu suami nak hanya tahu makan nasi je, makan mcD tu kira da mahal sgt bg dia. Tapi itu dulu… Setelah berkahwin dengan dia, kami berpindah di kawasan Cheras Kl atas faktor kerja utama kami dikawasan Kl. Dia bekerja pembantu pegawai perubatan di hospital kerajaan. Mana kala aku pula bekerja sebagai manager rangkaian telekomunikasi tebesar di Malaysia.

Waktu sekarang adalah 4.42 ptg. Kepala aku ligat berpusing lagi memikirkan macam-macam. Nak buat luahan pasal suami, orang cakap buka aib. Tapi kalau cerita kat member, memang betul-betul buka aib dah tu. Tujuan aku murni je, dengan harapan perempuan luar sana dapat cari kekuatan jika ada masalah rumahtangga.

Bermula perkenalan kami sungguh indah, semua serba serbi di penuhi dengan janji dan kasih sayang orang bercinta. Alhamdullilah perkenalan kami selama 3 tahun membuahkan hasil sehingga kami sah diijab kabulkan sebagai suami isteri.

Saat paling indah bila kali 3 suami lafaz baru kami sah sebagai pasangan suami isteri. Suami memang cepat gabra (nervous, kalau utara cakap gabra). Ayah aku yg akad nikah kami time tu sebab aku sorang je anak perempuan dalam keluarga. Aku lebih manja dengan ayah berbanding ibu.

Syukur sepanjang perkahwinan suami mengamalkan sikap tolak ansur dan menghormati orang tua. Kalau balik cuti tu, dia lah yang akan sapu sampah di halaman rumah orang tua aku. Memang sejuk je mata kalau pandang sikap suami. Pandai ambil hati orang tua.

Untuk pengetahuan semua, aku dan suami dah berkahwin lebih kurang 2 tahun plus. Takde anak. Dua2 bekerja bidang professional. Income isi rumah 6k+ & duduk dibandar. Da alang tak de rezki anak lagi, kami di murahkan rezeki dari segi harta di mana suami mampu pakai kereta honda civic, manakala aku menggunakan vellfire.

Opss sebelum terlupa td kan aku ada mention suami sebagai pembantu perubatan manakala aku manager di syarikat telekomunikasi. So, korang da boleh expect tangga gaji aku jauh lebih tinggi dari suami. So, point aku disini. Nnt aku ceritakn dibawah.

Sepanjang perkahwinan yg singkat ini, aku banyak berkorban duit aku untuk bermacam-macam event. Contohnya waktu masuk rumah, waktu suami nak belikan hadiah dekat mak mentua aku, waktu nak travel ke luar negara.

Sampaikan duit yang sepatutnya jadi duit hantaran aku, aku halalkan untuk suami aku amik dan bayar untuk kenduri belah suami. Sebab kami mula bekerja lepas degree dan ada masa dalam masa setahun je sebelum majlis kahwin. Suami pulak memang start savings daripada zero, jadi aku takde expectations utk duit hantaran tu.

Maybe disebabkan hal ini, Allah murahkan rezeki aku bab2 duit. Memang betul hati aku lapang bab-bab duit dengan suami ni. Sampaikan satu masa, gaji aku plus gaji dia pastu split dua dalam segala komitmen kami. Betul2 memahami habis dah lah aku ni haha.

Bila aku terlalu murah rezki dgn suami, semua urusan aku di permudahkan dengan kenaikan pangkat dan gaji yg mudah. Selama 2 tahun perkahwinan ini juga da lebih kurang 4 kali kami pergi ke specialist unutk uji kadar kesuburan kami sebab masih belum dikurniakan cahaya mata.

Alhamdullilah, ke empat empat result menunkukkan kami dalam keadaan normal. Cuma rezeki sahaja belum ada untuk menimang cahaya mata. So, hidup kami lebih kepada enjoy berdua. Kami lebih suka shopping, beli gadjet, tapi itu semua guna duit. Ya, aku yang tanggung suami.

Tapi terjadinya satu kejadian yg memberi kesan cukup mendalam untuk mengajar aku macam-macam. Sewaktu aku sibuk bekerja outstation, aku tangkap suami aku bermesej dengan ex dia zaman sekolah. Memang aku mengamuk bagaikan nak runtuh rumah walaupun cuma mesej aje.

Dalam mesej tu bersayang bagai. Memang suami ada mention dekat ex gf dia yg aku ni mandul, tak boleh berikan dia zuriat. Dia kutuk aku dalam mesej mengatakan aku lebih penting kerjaya dari dia. Hanya tahu cari duit sehingga masa bersama dgn dia tiada. Tapi itu semua TIPU. Suami aku FITNAH aku..

Suami: Dia tak de class punya isteri la yanggggg, asyik cari duit je, B diabaikan.. Kalau yangg jadi isteri ke dua B, benda ni semua takkan terjadi kan..

Ex GF: Ayang akan layan B sepenuh jiwa raga kalau B ambil ayang sbgai wife. Ayanggg akan layan B 24 jam non stop.. I LOVE U B…

Hati isteri mana yang tak hncur tengok perbualan whastapp suami dgn ex gf dia mcm tu. Semua kehendak suami aku turutkan dengan keihlasan hati aku tanpa paksa. Tak sangka ini yang suami balas. Aku baca whatsapp suami aku time dia tertinggal hp di rumah sewaktu nk keluar kerja pagi kebetulan aku cuti pd hari tu. Aku menangis sepuas2nya lepas baca mesej macam tu. Aku tunggu kepulangan suami lpas habis waktu kerja. Aku nk penjelasan dia!! Apa semua ni!!

Memang angin puting beliung petang tu, kami gduh besar petang tu, dan yang paling best suami mengaku depan aku dia yg hantar semua cmtu dekat ex GF dia sbab apa? Sebab rasa syang dia dekat ex Gf masih ada. Dia juga ada bagi hint dekat aku kalau 3 tahun lagi kami tak dikurniakan anak, dia nak ambil ex gf dia tu sebagai isteri nmbor 2.

Berani sungguh dia ckap depan aku camtu, mmg hati aku macam dicarik2 dituang air panas yg mendidih. Korang bayangkan dari dia susah sampai dia ada harta sekarang, semua ats rasa ihsan dan sayang aku dekat dia. Berhempas pulas aku kerja ini balsan dia kt aku.

Aku nak berpisah, tu je dalam fikiran aku. Tapi suami minta maaf dan minta peluang kedua. After much thinking & solat, aku beri peluang kedua tapi bersyarat. Aku tak nak tanggung dia dah, tanggungjawab dia yg bab rumah & makan minum tu dia tanggung.

Lepas buat mcm tu, memang gaji dia tinggal sikit je utk savings sikit dan belanja. Baru dia mengerti kemampuan dia tanpa aku support dia.Aku pun cakap camni… Aku: clearly abang memang tak mampu utk beristeri dua mahupun berscandal dgn balance gaji banyak ni. Kalau nak jugak buat hal, pegi la. Semoga Allah sempitkan rezeki abg sebagai balasan.

Korang apa suami aku buat?? Dia hanya mampu tersenyum je, aku rasa dia teringat masa aku terbalikkan rumah macam puting beliung semasa dia ditangkap selingkuh tu. Mungkin dia tengah menyesal. Kahkahkah padan muka.

Setelah kejadian tu, aku positif je la walaupun ada masa hati bagai dicarik2. Hati suami aku, Allah pegang. Aku usaha la macam mana pun, tapi kalau aku tak jaga hubungan aku dgn Allah, habis lah semua nya.Aku reflect balik mana2 kekurangan dalam ibadah aku disamping bersikap jaga-jaga. Itu je effort aku utk jaga hati suami agar sentiasa tetap dengan aku. Ye lah, apa lah sangat aku boleh buat. Zaman yg serba mudah ni, memang mudah sangat2 nak ada orang lain.

Kau main wechat yg bodo-bodo tu pun boleh ada orang lain . Nak kata aku ni tak layan laki, rasa mcm dah terlebih layan. Dlm masa terdekat ni kami nak pi honeymoon kat luar negara, aku dahulu kan duit aku utk segalanya. Tp bulan2 lepas ni aku claim balik la hak aku secara ansuran. Hahah.

Apa kau igt sesenang je aku nak belanja dia? Ish kalau nak cerita bab duit ni, memang tak boleh kira berapa bnyk aku bantu dia. Aku bukan kedekut dan berkira, tapi bila kau bermurah hati, lepas tu suami buat hal…memang kau akan ungkit semuanya weh.

Da masuk 10 ramadhan terakhir ni, tiap tiap malam aku bermohon agar diberi kekuatan agr jodoh kami panjang. Dua minggu lepas kami balik ke kpg suami. 3 malam tu lpas terawih dia asyik pulang lewat je. Aku syak dia pergi ex gf dia lepas solat.Tapi aku buang perasaan itu, aku fikir dia hanya pergi jumpa kawan2 lama dia minum lepas terawih. Tapi dia SILAP. Aku lebih pendai dan berhati2 walaupun alasan bnyk diberikan dia balik lewat mlam tu.

Ok sambung balik.. Maaf mata aku masuk habuk saat menulis luahan ini, memang agak panjang, tapi aku cuba yang terbaik untuk mengarang..

Malam ke dua lepas suami cakap nk p solat terawih time kami balik kampung suami hari tu, aku iyakan lpas dia ckap nk pergi surau berdekatan nk tunaikan terawih. Dekat kampung suami tu, hanya ada 1 surau je kt situ, so aku tahu kedudukan surau dekat mana dan senang aku nk buat spot check lpas dia balik terwaih, kemana dia pergi.

Aku siap2 basuh pinggan lepas berbuka tu, cepat2 aku ambil telekung dan solat maghrib. Habis solat maghrib aku ajak adik ipar aku berumur 18 tahun ke surau untuk terawih juga. Tapi suami aku tak tahu. Hihi.. Dalam hati aku cakap ” ko siap aku nk tgk betul ke tak ko pergi surau ni ”

Aku pergi naik moto adik skuter ke surau. Aku tengok kereta suami ada kt parking. OK! Setel dia mmg betul ke surau. Dia tak tipu aku.Lepas menunaikan terawih 21 rakaat malam tu, aku sengaja tarik tngan adik supaya keluar lewat skit dari surau. Saja sembang dgn macik2 situ jap. Sambil mata aku jeling je suami da start kereta bru aku akan keluar.

Aku: Adik tahu tak rumah ex GF abg nama anak macik Sabariah, Hanan ?

Adik: Ooooh.. kak hanan.. Tahu kak, awat tu? Akak nk p sana ka?

Aku: Haah, jom kita p jalan tgk rumah dia.. Saja ja akak nk tgk rumah dia.. boleh tak?

Adik: Boleh je.. Joooommmm..

Aku apa lagi bonceng la naik moto adik.. Seram juga naik ngn adik aku ni, terhuyung hayang, hahah. Yela jalan gelap lampu jalan pon tak de. Jangan tetiba muncul pocong da la.. memang lari 100m aku..Lebih kurang 5 minit camtu kami sampai betul rumah Hanan tu, siap ada pelita keliling rumah.. Adik aku berhenti kan motosikal sambil tunjuk arah ” tu la rumah kak hanan kak “. Aku perhati sekliling rumah mana tao ada kereta suami aku.

Korang tahu apa aku nampak?? Jawapan nya YA! YA! itu kereta suami aku HONDA CIVIC HITAM!!.. Time tu hati aku bederai, jantung aku berdegup laju sangat, tak terkata dengan mulut lagi. Aku diam seribu bahasa time adik tunjuk arah rumah Hanan tu.

Dalam hati aku cuma cakap ” Apa yang dia buat kt rumah Hanan ni malam2 ” tiba2…

Adik: Eh, tu bukan kereta abg ke kak? Apa dia buat kat sini ha? pelik sangat aih!!

Aku: Emmm.. Ntah la adik, akak pon tak tahu.. Jom kita gempaq dia mau dak?

Adik: Akak btoi ka ni nk p? Adik on je..

Adik parking moto dia sebelah kereta suami aku.. lalu aku bagi salam ” Assalamualaikummmmmmmmm ”Seorang makcik mungkin mak Hanan yg muncul depan pintu rumah.. Mak Hanan: Waalaikumsalam.. Eh hg ka Som, mai la masuk, abg hg pon ada kt dalam ni..

Adik aku nama Som panggian orang kampung. Mulut aku tak habis2 istighfar dan selawat supaya aku tak nak tgk benda yg tak sepatutnya aku tgk terjadi malam tu.Kami masuk rumah mak Hanan, first sekali korang tau apa aku tengok? Yes! Btol apa sangkaan aku, suami tgh makan di meja dekat dapur, dapur rumah dia straight ja nampak dari ruang tamu.

Terkejut aku lihat suami tgh makan tapi dekat belakang dia ada perempuan lain macam tengah picit bahu dia. Bederau aku, meremang bulu roma aku tgk kejadian tu malam penuh tragis bg aku. Suami masih tak perasan kedatangan kami, sedang khusyuk makan la kononnya tu. Mak dia panggil ” Mai la dapoq, kita minum kt sini ”

Suami paling je muka, terkejut beruk dia tengok aku depan mata dia.. Rupanya yg tgh picit bahu suami aku tu HANAN!!HANAN!! HANAN!!.. Aku tersenyum bangga lihat kelakuan mereka, suami da macam tersedak tak dapat air terkejut tgk kami tercegat depan dia.

Aku: Astaghfirullah hal azim abannnggggg…. Astaghfirullah hal azim… Abng lapar ke tu??

Suami: Ermmm.. err.. errr..

Hanan cepat2 pergi sinki basuh tangan konon nya, cepat2 lap tangan nk salam dengan aku. Aku terima salam dia dengan senyuman manis.Hanan: Assalamualaikum.. saya Hanan.. Aku: Waalaikumsalam.. Yani ( aku perkenalkan diri ).. suami saya lapar ke tu?? Awak tahu kan suami dia suami saya..

Hanan: Maaf kak, ye saya tahu.. tapi…Tiba2 mak Hanan menyampuk.. Mak Hanan: Awat pasaipa ni? Dia ni memang kalau lapaq balik rumah mak makan. Da lama dia tak balik kampung jenguk bini dia Hanan, dia cakap sibuk reja kt KL nuuu..

Suami aku terdiam seribu bahasa lepas Mak Hanan cakap camtu. Muka mereka berdua tertunduk bawah lantai. Langkah Hanan time seperti mengundur ke belakang sikit seperti nk pergi dekat suami.. Adik ipar aku Som pula nyampuk..

Adik: Ha??? Masa bila abg kahwin dgn Kak Hanan?? Kami sekeluarga tak tahu pon makcik.. Mak Hanan: Haiishh da lama da aih.. Da 3 tahun da aih.. Tapi depa kahwin time mak ngn ayah hg p haji dulu. Depa kahwin senyap2.. Tak kan hg tak tau.. Tapi tula mmg tak buat kenduri pon, abg hg cakap budget takdak.. Pakcik hg la jadi saksi depa..

Aku terduduk atas lantai simen rumah tu, aku perhati suami, tergamak kau tipu aku kan. Tergamak kau tipu aku hidup2 kan. Apa bala aku terima malam ni. Kaki aku longlai. Jiwa aku macam kosong lepas mak dia cakap macam tu.

Air mata tak dapat aku tahan lagi, menitis juga membasahi lantai sambil mulut aku hanya terkeluar istighfar sahaja. Aku betul macam di panah petir malam tu. Tak mampu aku nak tanggung semua ni. Bebanan yang sangat berat.

Suami aku bangun dari kerusi datang ke arah aku sambil pegang lengan aku seperti nk pimpin aku bangun. Aku tepis tangan dia. Aku menutup muka tak tahan sebak dengar ayat mak hanan.Suami: Dengar dulu cakap abg yangggg… dengar dulu.. abg jelaskan semua nnt..

Aku diam, tepis tangan suami yg cuba nk angkat aku. Aku tarik nafas dalam2 hembussss.. aku bangun sendiri sambil ckap..Aku: Dah jom adik kita balik rumah.. Jom adik.. Sepatah pon aku tak nk dgr penjelasan suami, korang bayang kan 3 tahun dah berkahwin? sedangkan usia perkahwinan aku baru menjangkaui 2 tahun.. Korang rasa apa? Dia dah kahwin dengan Hanan sebelum dia menikahi aku!! Sebelum dia menikahi aku dia dah kahwin!!

Patut bila aku tnya dulu, duit hantaran memang tak pernah cukup. Aku siap bantu lagi duit hantaran. Aku bantu suami untuk dirikan masjid dengan aku. Apa semua ni?!! Dasar penipu! Patut gaji manjang je tak cukup. Ada agenda disebalik semua alasan dia selama ni.

Aku keluar dari rumah puaka tu tanpa salam mak Hanan, aku pegang tangan adik aku erat2 pergi ke motosikal sambil menangis. Suami: Arghhh.. tunggu sayanggg.. tungguu.. abg akan jelaskan semua ni.. tunggu. Aku endahkan percakapan suami pergi ke mtosikal. Adik start moto dengan terketar2 mungkin terkejut dengar berita ni dari mulut mak Hanan.. Adik pulas laju mtosikal pergi ke rumah. Seperti ketakutan malam tu. Malapetaka apakah malam ni?

Allah itu Maha Adil, Dia tunjuk kebenaran selama aku berkahwin 2 tahun ini. Mungkin inilah hikmah kami masih belum mempunyai cahaya mata. Segala dolak dalik suami ini terjawab tapi masih tergantung dengan alasan yang akan diberi oleh dia. Aku tak mampu terima kenyataan! Aku tak mampu terima semua ini.

Kepada pembaca sekalian yang mengikuti cerita aku ni, sekali lagi aku nak minta maaf, maafkan aku, maafkan aku, maafkan aku sebab aku tak sanggup nak sambung untuk kali ni. Aku tak punyai kekuatan untuk menulis sehingga habis apa yang terjadi.Air mata aku masih berjujuran jatuh saat ni terkenang peristiwa malam tu, doakan aku supaya aku kuat, supaya aku tabah menghadapi dugaan ini, supaya aku diberi kekuatan untuk sambung episod cerita ini. InsyaAllah.

Via himpunan media kini

Categories
Kisah rumah tangga

3 tahun isteri taknak mengandung. Akhirnya suami buat sesuatu sampai terbeliak mata isteri.

Status kawan saya mulanya adalah isteri. Ibu kepada 3 orang anak. Dulu bekerja sebagai Jurutera tapak binaan. Dia seorang wanita yang cantik. Baik hati dan solat tak pernah tinggal. Walaupun dah berkahwin tapi masih lagi nampak macam anak dra. Dia ada aura yang tersendiri. Saya juga mengenali suaminya. Suaminya seorang yang baik. Sebaik dia.

Tapi perkahwinan mereka tak berjalan indah dan tak normal. 4 tahun tak tidur bersama walaupun serumah. Walaupun begitu mereka nampak bahagia di mata orang lain. Kawan saya ni penyabar sangat. Cara dia menangani masalah rumah tangga dia dengan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti amal dan travel. Ramai pakar perubatan traditional merumuskan punca rumahtangga mereka disebabkan sihir.

Tapi mereka dah berikhtiar sehabis yang mampu. Berbagai cara dia pujuk suaminya termasuk mengizinkan suaminya berkahwin lain dan dia telah berhenti kerja. Tapi suami dia sampai sekarang tak kahwin lain. Kalau saya dapat izin isteri tak tunggu lama dah. Esok jugak saya kahwin lain. Kawan saya ni ramai orang suka. Ada yang datang rumah merisik sebab ingatkan dia tak kahwin lagi.

Setakat nak cari pengganti suami dia rasanya tak payah tunggu sampai habis edah. Ramai je yang tunggu dia jadi janda. Termasuk saya. Tapi saya terpaksa ketepikan perasaan tu sebab dia dah anggap saya macam saudara kandungnya. Mak saya sebagai mak dia sebab dia dah tak ada mak. Sehingga pada suatu hari dia mengadu kat saya yang dia dah sepakat nak settlekan masalah rumahtangga mereka.

Suaminya pun kata dah sepakat nak berpisah cara baik. Suaminya dah lama nak lepaskan dia tapi dia je yang tak mahu. Mereka lebih selesa bersama hanya sebagai sahabat. Saya kesian kat kawan saya. Saya bincang dengan isteri saya tentang poligami sebab isteri saya ni tak nak mengandung sudah nak masuk 3 tahun dia merancang sebab nak enjoy dulu hidup berdua.

Terbeliak mata isteri bila dpat tahu niat murni saya. Sekali isteri saya mengamuk dan serbu kawan saya. Terus kawan saya menjauhkan diri daripada saya. Tapi kami kawan sejak kecil dan dah macam adik beradik. Gaduh sekejap je dan berbaik semula. Lagipun kawan saya tak terbuka hati langsung nak terima saya. Semenjak hari itu isteri saya berubah 100 peratus.

Ambil berat pasal saya, kalau tidak dengan kawan-kawan dia je. Dan Alhamdulillah dah mengandung sekarang. Tak jadi poligami. Tiba-tiba kawan saya beritahu dia dah jatuh cinta dengan seseorang. Orang tu duda yang baru berpisah dan masing-masing dah tahu status masing-masing. Kawan saya ni susah nak jatuh cinta. Tapi bila dia kata dia dah jatuh cinta memang dia sayang sangat kat orang tu.

Mudah sangat jalan cerita pertemuan dan kisah jatuh cinta diorang. Saya dah mula risau hati dia dipermainkan. Saya tak kenal duda tu. Tapi mesti seorang yang hebat sebab taste kawan saya ni bukan calang-calang. Gossip dah tersebar. Maklumlah orang cantik. Belum lagi berpisah dan masih dalam tempoh bertenang dengan process perpisahannya ramailah kawan-kawan lain yang nak try masuk jarum.

Tapi ditolak baik oleh kawan saya. Macam mana dia tolak saya begitulah dengan yang lain. Duda tu berjanji akan tunggu kawan saya. Percintaan mereka nampak indah sebab kawan saya sangat ceria. Sekian lama tak nampak dia gembira sebegitu. Dia bahagia menceritakan impian barunya kepada saya. Dia tak impikan perkahwinan semula yang gemilang. Tak perlukan duit hantaran dan cukup dengan mas kahwin dan akad nikah sahaja.

Dia tak akan menyusahkan bakal suaminya kelak. Tapi memang begitulah cara kawan saya menyintai seseorang. Dia tak akan menyusahkan orang yang dia sayang. Sehingga pada suatu hari. Saya vide0 call dia dan nampak matanya bengkak. Dari apa yang diceritakan duda tu rujuk semula dengan jandanya demi anak-anak. Macam yang saya katakan kawan saya ni kalau dah sayang memang akan sayang sangat sangat.

Dia sanggup menjadi isteri kedua sebab duda ni pun sayang kat dia katanya. Dan saya yakin dengan ilmu agama dan tahap kesabaran yang dia ada, dia mampu survive hidup berpoligami sebab itu sebagai kawan saya tak menghalang. Haish.. kenapalah bukan dengan saya. Perpisahannya pun berjalan dengan lancar dan baik. Mereka dah sampai tahap redha sebab tu tak rasa kecewa.

Anak-anak semua tinggal dengan bekas suaminya sebab bekas suaminya nak kawan saya cari bahagianya sendiri. Tapi malang bagi dia. Lelaki tu tak sayang kat dia macam mana dia sayangkan lelaki tu. Lelaki tu kuat mengayat perempuan lain dekat facebook. Walaupun dah mempunyai isteri dan kawan saya sebagai kekasih tapi masih mengayat perempuan lain lagi. Lelaki tu hanya mempermainkan perasaan kawan saya.

Lelaki itu sebenarnya biasa je dari segi rupa dan harta tak sehebat mana seperti yang saya sangka. Macam manalah kawan saya boleh jatuh hati. Tak berbaloi rasanya drta dan kecewa dia pada orang yang sebegitu. Tiap hari kawan saya menangis teringatkan lelaki tu. Saya nasihatkan kawan saya supaya bersabar, sembahyang istikharah dan tahajud setiap malam supaya dia dapat kumpul kekuatan diri untuk meneruskan atau memutuskan sahaja perhubungan.

Alhamdulillah, kawan saya mampu tinggalkan lelaki tu walaupun saya tahu hatinya retak seribu. Sekarang, dia dalam proses move on. Saya doakan Allah tak membolak balikkan hati kawan saya dan semoga lelaki itu mendapat balasannya kerana mempermainkan hati kawan saya.

sumber: ekisah

Categories
Kehidupan Kisah rumah tangga

Taktahu mana silapnya sepanjang jadi isteri sampai suami tergamak cari yang lain.

Gambar sekadar hiasan. Lumrah hidup berumahtangga menghadapi ujian dan dugaan. Dalam hidup berumah tangga, salah satu kuncinya adalah saling memenuhi hak dan menunaikan kewajiban masing-masing. Ketentuan itu berlaku untuk kedua pasangan, bukan hanya suami kepada isteri, tetapi juga sebaliknya, isteri kepada suami. Jom baca perkongsian seorang wanita tentang kisah rumah tangganya. jadikan pengajaran bersama.

Assalamualaikum. Saya sekadar nak meminta pandangan semua. Saya dah berkahwin almost 4 years dan mempunyai satu orang anak perempuan. Sekarang tengah preggy anak yang kedua 11 weeks. Tahun lepas saya dan suami pjj selama setengah tahun. Saya di pantai timur dan dia di selatan. Masa bulan 12 tahun lepas dia balik ambil saya di kampung dan bawa tinggal bersama dia. Dalam bulan 12 kami bergaduh besar sebab kantoi dia ada perempuan lain dengan saya sepanjang saya di kampung.

Masa tu saya kecewa separuh jiwa, saya tak sangka suami yang saya percaya sangat sanggup buat macam tu dengan saya. Saya ada minta dia lepaskan saya, saya merayu rayu tapi dia menangis dan minta bagi dia peluang kedua. Sebab sayang, saya maafkan silap dia. Saya tanya dia sama ada dia pernah terlanjur dengan kekasih dia, tapi dia tak mengaku. Saya bagi dia peluang. Dosa dia semua saya maafkan, selebihnya saya minta dia taubat pada tuhan.

Selama 3 tahun bersama. Dia memang seorang suami yang baik, sempurna, dia tak da ramai kawan tak suka melepak takde hobi tak pernah keluar dengan kawan kawan. Kalau dekat rumah dia banyak tolong saya buat kerja rumah, periuk belanga semua dia basuh, cuci pakaian, kemas rumah sebab tu saya tak pernah sangka yang dia ada perempuan lain. Dengan anak pun dia rapat sangat. Dengan saya, sekali pun dia tak pernah tengking, marah, tinggi suara.

Mak ayah dan keluarga saya sangat menyayangi dia sebab dia baik dengan semua orang. Lepas dia kantoi tu, dia minta peluang kedua dan saya tengok dia betul betul tunjuk usaha yang dia memang nak jaga hubungan ni. Dekat rumah kalau dia balik kerja, dia terus buat kerja2 rumah. Siapkan keperluan anak dia. Kadang baju saya pun dia kutip, basuh dan jemur. Saya dah bekerja, dia banyak tolong saya buat kerja rumah.

Saya selalu mimpi bukan bukan pasal dia. Kadang2 hati rasa tak sedap. Takut dia buat lagi perangai dalam diam. Saya selalu doa pada Allah kalau dia bukan jodoh saya. Saya minta Allah jauhkan saya dari dia. Satu hari masa saya kat tempat kerja, saya terlintas nak buka emel dia. Emel yang selalu dia guna kalau ada urusan kerja. Saya tak pernah terlintas nak check apa apa. Satu hari saya dapati dia ada akaun fb lain, dalam tu penuh chat2 dengan perempuan lain.

Semenjak saya kahwin lagi rupanya dia senyap-senyap berbalas chat dengan ramai perempuan. Saya terkejut, banyak chat yang tak senonoh dengan perempuan lain. Chat dari tahun 2016, 2017, 2018. Rupanya dah lama dia tak jujur pada saya. Saya tak sangka, suami yang saya sangka baik. Rupa nya begitu. Saya betul betul terkejut, selama berkahwin saya tak pernah syak dia akan buat macam tu.

Mungkin dia pandai sorok. Tak tahu mana silap nya sepanjang menjadi isteri dia saya yang sanggup susah senang dengan dia even sampai makan nasi dengan telur pun saya tak kisah. Saya yang selalu ada dengan dia dari dia takde apa apa sampai la sekarang dia ada kerja yang baik. Rupanya dia lansung tak pernah sayang kan saya. Jadi selama ni perbuatan baik yang dia buat, hari hari ucap sayang.

Rupanya palsu. Kecewa nya saya Allah sahaja yang tahu. Saya sekarang hanya fikir nak berpisah, walaupun kesilapan yang dia buat tu dah lama. Tapi tetap menghancurkan hati saya. Kadang saya doa pada Allah saya tak nak anak dalam rahim saya ni. Dia akan membebankan saya.

Berdosa ke saya ? dia hari hari merayu menangis pujuk saya , dia mengaku tu silap masa lalu dia. Dia cakap dia dah bertaubat.. dia memang dari dulu lagi tak pernah tinggal solat, perlu ke saya percayakan suami saya lagi? Perlu ke saya teruskan hubungan saya dengan dia.. walaupan hati saya tersangat kecewa. Bantu saya.

Sumber: kisahrumahtangga

Categories
Kisah rumah tangga

Wanita ini baru berkahwin 6 bulan tapi masih belum hamil. Mak mertua cop wanita ini mandul. Tak sangka akhirnya ini respon dari suami.

Assalamualaikum semua reader, admin. Saya nak ucapkan terima kasih kerana cerita ini disiarkan untuk tatapan pembaca. Saya baru berkahwin. Ada dalam 6 bulan. Suami saya, Amin, adalah pegawai kerajaan. Saya masih ade mak dan ayah yang tinggal dimuar. Selama saya kahwin, sementara menunggu rumah quarters, saya duduk dgn mak mertua saya. Mak mertua saya terkena angin ahmar lmpuh seluruh badan kecuali bahagian mukanya.

Sebelum kahwin semua indah. Mak mertua sangat baik, dan adik perempuan amin sangat hormat saya. Sepanjang pertunangan saya tak pernah buat hal. Saya tak tau kenapa berubah total 360 darjah.Sepanjang perkahwinan saya, sedikit sekelumit kasit sayang mak mertua saya tak pernah saya rasa. Saya ibarat tunggul, batu, dan seumpanya. Ye, mak mertua saya tak suka saya dan bahkan seuruh menantunya sebelum saya. Mental mak mertua saya berkata kalau saya dan menantu2 nya ni nak ambil anaknya dari dia. Apa sahaja yang dilakukam oleh saya salah.

Kalau saya masak, yelah masakan kampung , saya dr kampung, masak asam pedas, lemak, kari, gulai, dan masakan kampung lain, sedikit tak dicubitnya. Hanya pak mertua saya dan suami makan. Adik perempuan nye hanya eei, aku tak makan makanan ni. Dlm hati saya kata, Whaat??

Kalau mak mertua saya makan makanan adik perempuan amin masak, wlhal hari tu masak makanan yang sama dengan apa yang saya masak. Mak kata geli. Saya hanya beristighfar.Pernah satu hari, saya nak mandikan mak mertua saya sebab adik perempuan amin keluar, mak herdik saya. Bodoh punye pompan, aku tak nak mandi kau faham tak? Padahal pampers da penuh dgn tahi semua. Saya hanya menahan air mata.

Dalam rumah tu sedikit pom adik perempuan amin tak tolong kemas bersihkan rumah, rumah sebesar 2 tingkat saya yang kemas bersendirian. Pinggan mangkuk , basuh baju tak boleh guna machine. Alasan saya da biasa cuci baju di pinggir sungai sebab saya budak kampung. What?? Ingat kat kampung tak ade ke ? So sy sental je la.

Bila saya minta tolong dengan adik perempuan amin bersihkan rumah dia jawab , semua menantu mak adalah bibik. Omaigod, aku ni diberi maskawen atau dibeli ? Jam 6 sehingga 12 tengah malam saya bertukang sebagai suri rumah sepenuh masa, adik perempuan die ke dapur hanya untuk masak makanan dia dan mak sahaja.

Selebihnya goyang kaki dengan mak mertua saya di depan tv. Bila saya pegang phone dikatanya saya pemalas, biawak hidup dan macam² lagi.Bila suami saya utarakan nak balik muar rumah saya, mam mertua saya marah. Kerana kos² nak kesana banyak pakai duit. Wait2, i said to my mak mertua, mak, nor tak pakai duit amin pon nak balik, nor pakai duit nor.

Saya pulak diherdiknya sehinggan amin bertengkar dgn mak. Medan prang berlanjutan. Sepanjang perkahwinan saya, baru sekali tu saya balik kampung. Saya rindukan mak dan ayah saya.Saya tiap hari mengadu dgn amin, tetapi die endah tak endah. Dia kata hanya perasaan sy. Saya da tak tahan lagi. Banyak cara sy da buat u tuk lembutkan hati mak mertua sy. Saya baru kahwim 6 bulan dan belum mengandung. Mak mertua saya cop saya mandul. Berat dugaan ni.

Suami saya pulak jenis tak kasi keluar rumah. Ye saya tak bekerja. Duduk rumah sepenuh masa. Saya stress sebab keadaan rumah memerlukan saya refresh di dunia luar. Contoh hangout dgn kawan², dengan saudara mara. Tapi amin tak memberi kebenaran pada saya. Dia kuat cemburu.

Eventhough saya keluar dgn kawan perempuan pon tak diberinya. Dia kata, kawan perempuan saya bersubahat utk sya duakan dia. allahu, macam tu sekali die tak percayakan saya. Padahal saya da kahwin dgn dia .Maaflah reader semua, saya minta pendapat. Ape perlu saya buat? Nak pindah, tunggu quarter dalam 2 bulan kelulusan. Pendapat yang saya inginkan adalah, bagaimana nak berhadapan dengan mak dan adik perempuan husband saya.