Categories
Home Kehidupan

Ingatkan anak rupanya pak belalang

DUNGUN – “Saya ingatkan anak yang pegang pinggang saya… tapi rupanya ‘kerja’ harimau,” cerita Mohd Harun, 61 mengenai harimau belang yang menjilat pinggangnya.

Tukang rumah ini merasakan nyawanya bagaikan di hujung tanduk apabila didekati dua ekor harimau belang dalam kejadian di Kampung Besol Lama, Bukit Besi, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, bukan seekor tetapi sepasang pak belang ini dilihat berkeliaran di kampung itu sekali gus menggemparkan penduduk kampung.

Walaupun dilihat seperti jinak, namun kedua-dua ekor raja rimba yang merayau-rayau di sekitar kawasan kediaman penduduk dan di jalan raya kampung itu juga sebenarnya agresif apabila mengejar penunggang motosikal dan penduduk yang berada di luar rumah.

Kedua-dua ekor haiwan terbabit juga dilihat seperti dalam keadaan lapar dengan keadaan badan yang agak kurus.
Cerita Mohd lagi, ketika kejadian dia sedang membaiki kawasan rumahnya

bersama seorang anak lelakinya yang berusia 22 tahun sebelum salah seekor haiwan liar terbabit menjilat pinggangnya.
“Bila rasa lain macam kat pinggang, saya terasa nak tepuk dahi dia sebab nakal usik-usik saya, tapi…

rasa pelik pula objek yang saya tepuk tu… berbulu.”Terkejut besar saya bila tengok pak belang ada tepi saya… tak fikir apa dah, terus saya lari sekuat hati masuk dalam rumah.”Lepas beberapa minit, saya intai keluar. Saya agak mesti harimau tu dah pergi.

“Buka pintu… rasa nak pengsan sebab ada lagi seekor. Macam tak percaya pun ada. Sebab harimau yang saya tepuk tu macam besar sikit, tapi yang ada kat depan tu kecik pulak badannya,” katanya.

Penduduk Kampung Besol Lama, Bukit Besi, Zulkarnain Ismail, 28, menunjukkan bekas tapak kaki harimau belang di kawasan semak selepas haiwan itu masuk ke hutan semula petang tadi.

Tidak tahu apa yang harus dibuat, Mohd terus berlari sambil menjerit sekuat hati meminta tolong.”Saya lari tanpa arah. Saya nampak sungai, terus terjun. Luka sikit dahi saya, tak perasan terkena apa, mungkin masa terjun sungai,” katanya.

Mohd berkata, sejak kampung itu dibuka sekitar 60 tahun dulu, inilah kejadian kali pertama ‘dikunjungi’ dua ekor pak belang.
Sementara itu, peniaga kedai runcit, Jamilah Hamzah, 45, pula berkata, ketika kejadian dia berada di rumah bersama anak lelakinya yang berumur 7 tahun

sebelum terdengar bunyi bising.
“Saya keluar nak tengok kenapa bising sangat.”Tak sangka betul saya, dua ekor harimau tu ada kat tepi jalan raya.
“Saya betul-betul terkejut dan panik… terus lari masuk ke dalam kedai runcit

saya yang bersambung dengan rumah.
“Menggigil-gigil saya tutup semua pintu kedai… saya berdoa agar haiwan itu tak datang dekat dengan saya.
“Dahlah takut, telefon suami pulak, tiba-tiba pula tak ada ‘line’,” ceritanya.

Cuba dan terus mencuba mencari ‘line, akhirnya Jamilah dapat berhubung dengan suaminya dan meminta maklumkan kejadian itu untuk mendapatkan bantuan.
Jamilah bersyukur kerana kedua-dua pak belang itu tidak datang ke kedainya,

namun mengakui masih terkejut dan trauma dengan kejadian yang kali pertama dialaminya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pak belang berkeliaran di Bukit Besi
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perlihitan) Terengganu, Dr Abdul Malik Mohd Yusuf berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung berhubung kejadian itu pada jam 11.30 pagi.

Menurutnya, kakitangan Perlihitan segera dikerah ke lokasi kejadian untuk melakukan usaha menangkap haiwan liar itu sejurus menerima aduan mengenainya.

“Harimau itu tidak lari ketika didekati kenderaan tetapi kita masih tidak dapat pastikan sama ada ia jinak atau tidak.
“Sekarang kita sedang lakukan usaha untuk menangkap harimau belang terbabit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kata Abdul Malik, pihaknya setakat ini juga masih belum dapat mengenal pasti dari mana harimau belang itu datang dan siasatan lanjut tentang kejadian itu sedang dilakukan. Sumber Sinarharian

Categories
Home ilmu Kehidupan

Selamatkah foto faceapp anda?

Adakah foto anda selamat selepas anda memuat naik atau menyuntingnya menggunakan FaceApp?
ADAKAH anda pengguna aplikasi FaceApp? Anda tentu teruja untuk melihat wajah anda dimamah usia.

Namun, tahukah anda aplikasi FaceApp yang dibangunkan syarikat Rusia, Wireless Labs berkemungkinan menyimpan foto anda yang telah disunting dalam sistemnya?

Menurut laporan Forbes dan GQ, aplikasi FaceApp yang berusia dua tahun itu mencetuskan pelbagai isu berkaitan privasi maklumat penggunanya.
Memetik laporan TechCrunch, aplikasi

berkenaan tidak mempunyai akses kepada foto anda yang disimpan di dalam telefon tanpa kebenaran.Bagaimanapun, ia mempunyai akses kepada setiap foto wajah anda yang dimuat naik ke aplikasi tersebut untuk disunting.

Ia menambah, ini membolehkan FaceApp menyimpan foto yang disunting di dalam pengkomputeran awan, biarpun selepas pengguna memilih untuk tidak berkongsi foto berkenaan.

Dalam kenyataan balas kepada TechCrunch, FaceApp menjelaskan: “Kebanyakan imej akan dipadam daripada pelayan (server) kami dalam masa 48 jam selepas ia dimuat naik.”

TechCrunch menegaskan frasa ‘kebanyakan’ dan bukan ‘semua imej’ sementara FaceApp pula menjelaskan, aplikasi itu tidak berkongsi dan menjual data pengguna kepada pihak ketiga.

Namun, menurut syarat penggunaan (terms of service), pengguna membenarkan syarikat berkenaan menggunakan imej, nama, katanama, suara “secukupnya untuk mengenalpasti identiti pengguna.”

Jika anda bersetuju dengan terma tersebut, anda memberikan FaceApp antaranya, hak selamanya, tidak boleh ditarikbalik, tidak eksklusif, tanpa royalti, di serata dunia, dengan bayaran penuh, boleh diguna semula, diubah, diterbitkan, digunakan untuk mencipta imej lain, diedarkan, digunakan di khalayak awam dan dipamerkan.

Memang panjang dan rumit bunyinya, namun secara mudahnya, anda secara sedar atau tidak sedar membenarkan FaceApp menggunakan imej anda yang disimpan dalam pengkomputeran awannya untuk apa jua aktiviti, tanpa royalti, sampai bila-bila.

“You grant FaceApp a perpetual, irrevocable, nonexclusive, royalty-free, worldwide, fully-paid, transferable sub-licensable license to use, reproduce, modify, adapt, publish, translate, create derivative works from, distribute, publicly

perform and display your User Content and any name, username or likeness provided in connection with your User Content in all media formats and channels now known or later developed,

without compensation to you. When you post or otherwise share User Content on or through our Services, you understand that your User Content and any associated information (such as your [username], location or profile photo) will be visible to the public.”

Anda hanya punyai hak kepada muka anda, itu sahaja.TechCrunch melaporkan pengguna FaceApp boleh memadam data tersebut namun pengguna perlu melalui proses yang panjang.

Sehingga kini 100 juta orang telah muat turun aplikasi berkenaan di Google Play dan ia juga adalah aplikasi paling popular di iOS App Store di 121 negara. Dumber Astroawani

Categories
Home ilmu islam Kehidupan

Bismillah Rahsia umur panjang

HULU TERENGGANU – Melihat kepada wajahnya, siapa sangka usianya sudah lebih 100 tahun.Idris Hassan, 115, masih sihat. Susuk badannya seperti lelaki berusia 70 tahun, hampir separuh daripada usianya yang sebenar.

Dikurniakan kesihatan yang baik, Idris atau lebih mesra dengan panggilan tok ki sangat menjaga pemakanannya.Tok ki mengakui hanya minum tiga teguk air jika haus atau selepas makan.

“Tok ki takdok (tiada) rahsia apa-apa… cuma makan minum memang jaga sungguh-sungguh (pantang larang). Tok ki kurang minum air manis, banyak air masak saja, tapi bila minum tiga teguk sahaja kecuali kalau terlampau dahaga.

“Kalau tok ki terjaga tengah malam dan nak minum pun, tok ki minum tiga teguk juga. Setiap kali hendak minum juga kita kena niat kerana ALLAH SWT untuk sihat tubuh badan agar mudah kita beribadah kepadaNya.

“Jangan terus minum begitu sahaja tanpa baca Bismillah atau niat… kena ada adab,” ceritanya kepada Sinar Harian.Hanya tinggal berdua bersama isteri tersayang, Halimah Teh, 80, tok ki begitu ceria saat berkongsi kisah hidupnya.

Jangankan minuman manis, moyang kepada satu cicit ini juga tidak minum minuman berais.”Biasa tok ki minum air yang dah dimasak atau air daripada batang-batang pokok di hutan.

“Walaupun masa muda dulu, kehidupan seharian banyak dalam hutan tapi tok ki tak minum sembarangan air sama ada sungai, air terjun ataupun air hujan,” katanya lagi.

Bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan amalan dilakukannya itu telah dipraktikkan sejak kecil lagi kerana telah didik oleh kedua orang tuanya dahulu.
Idris dan isterinya menunjukkan kad pengenalan yang menunjukkan umur

mereka pada tahun ini berusia 115 tahun dan 80 tahun.Tok ki juga sentiasa mengamalkan kalimah Bismillah dalam kehidupan sehariannya tidak hanya sebelum makan atau ketika tetapi ketika ingin memulakan sesuatu perkara.

“Sebenarnya banyak kelebihan bacaan Bismillah ini dalam kehidupan kita dan boleh diamalkan sebagai zikir selain zikir-zikir lain.Antaranya, baca 21 kali Bismillah sebelum tidur dapat mengelakkan gangguan syaitan.

“Mengucap salam dan Bismillah ketika hendak masuk rumah pula Insya-ALLAH rumahtangga diberkati dan mendapat keharmonian,” tambahnya yang kini mempunyai lapan cucu.

Dalam bercerita, tok ki juga sempat memberi nasihat agar sentiasa mengamalkan kalimah Bismillah.
“Banyak manfaat serta kelebihan Bismillah ini, tapi tak ramai yang amalkan,” ujarnya.

Dalam pada bercerita mengenai gaya hidupnya, mengenai kehidupannya sebelum merdeka.Kagum dengan semangat dan perjuangannya, tok ki berkata, susah payah dan jerih perih orang terdahulu mendapatkan kemerdekaan pada hari ini.

“Betapa beruntungnya orang-orang sekarang sebab semuanya mudah.
“Tak macam zaman dulu, nak bercucuk tanam pun payah. Dulu… dapat makan ubi kayu pun dah bersyukur, tapi tengoklah orang sekarang,” ceritanya dalam sugul

Ceritanya lagi, pada era Jepun dulu, kehidupan mereka terlalu terhimpit.
“Susah… Nak keluar rumah tak boleh sewenang-wenangnya.”Anak-anak zaman sekarang cukup bertuah sebab segala kesenangan ada depan mata, berbanding kehidupan dulu

“Sayangnya tok ki tengok rasa cintakan tanah air, semangat patriotik tu pudar,” katanya.Bagi tok ki kemerdekaan yang dicapai tidak semudah yang disangka dan harus dijadikan azimat dalam diri setiap orang menghargai perjuangan orang

“Bukan senang tau kita nak capai kemerdekaan hingga dapat hidup tenang, harmoni begini… kalau bukan kita yang sayangkan negara ini sendiri siapa lagi?,” katanya yang akan selalu memasang Jalur Gemilang di hadapan rumah

setiap kali menjelang 31 Ogos.Besar harapan tok ki agar generasi hari ini lebih menghargai dan menyayangi tanah air ini.jangan lupa perjuangan orang lama
Sumber Sinarharian

Categories
Home ilmu islam pendidikan

restoran membaca dan mempelajari al-Quran

TEMERLOH – Bukan di rumah, masjid ataupun surau, sebaliknya restoran menjadi lokasi untuk membaca dan mempelajari al-Quran.Itu pendekatan yang diambil oleh Restoran Nasi Arab Temerloh dengan kerjasama Maahad Tahfiz Al Istiqamah (MTIS)

Menganjurkan kelas berkenaan kepada penduduk setempat secara percuma.
Dimulakan sejak Februari lalu, kelas tersebut berjaya menarik minat 20 pelajar dengan dikendalikan tenaga pengajar berpengalaman.

Pemilik restoran, Nawawi Al Puruni berkata, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan MTIS bagi menarik minat masyarakat untuk membaca al- Quran di mana-mana sahaja mereka berada.

“Mereka boleh datang dan mengaji bermula jam 9 malam selepas solat Isyak dan tamat sejam kemudian setiap hari Selasa.”Malah pihak restoran menyediakan jamuan selepas setiap kelas diadakan

Makanan juga diberi secara percuma kepada pelajar,” katanya kepada Sinar Harian.Pelajar fokus ketika dalam kelas terbabit yang diadakan di Restoran Nasi Arab Temerloh setiap Selasa.

Beliau yang juga tenaga pengajar kelas bersama Mudir MTIS sendiri, Mohd Zarimi Shubrawi membimbing pelajar berusia 20 hingga 50 tahun.Bila ditanya mengapa dia sanggup menyediakan makanan secara percuma untuk pelajar terlibat,

Nawawi berkata, pihaknya ingin menghargai dan meraikan mereka yang datang ikhlas untuk belajar membaca al-Quran.”Mereka korbankan masa walau hanya sekali seminggu, maka saya yakin tidak rugi menjamu tetamu yang mulia ini.

“Bukan kadang-kadang tetapi selalu juga kami jamu semua ahli kelas dengan menu istimewa iaitu Nasi Arab Temerloh ini,” katanya lagi.Sementara itu, Mohd Zarimi berkata.

Ada juga menerima ajakan Nawawi untuk membuka kelas mengaji al- Quran di restoran kerana sangat menyokong usaha murni tersebut walaupun berdepan kekangan masa.

“Saya sangat menyokong usaha ini dan semoga ALLAH membuka jalan yang lebih luas atas usaha yang baik mengajak masyarakat dekat dengan al-Quran dengan apa cara sekalipun.

“Semoga usaha kami yang sedikit ini boleh beri peluang masyarakat untuk lebih dekat dengan al-Quran,” katanya.memberi manfaat kepada penduduk di sekitarnya. Sumber Sinarharian

Categories
Budaya Home Kehidupan

Cinta suami yang membawa padah

Seorang isteri tidak menyangka cinta suaminya yang terlampau sayang padanya akan membawa padah kepada dirinya apabila suaminya bertindak di luar jangkaan hanya kerana inigin bersamanya

Peristiwa ini berlaku di india apabila suaminya yang digigit seekor ular berbisa bertindak menggigit isterinya kerana tidak sanggup tinggalkan isterinya dan bercadang bawa isterinya bersama.

Lelaki yang dikenali sebagai Rai itu telah menggigit isterinya di bahagian lengan apabila menyedari dirinya telah dipatuk ular.Di sebabkan terlampau cinta isterinya beliau bertindak nekad untuk membawanya bersama.

Kejadian berlaku ketika kedua pasangan suami isteri itu sedang tidur di rumah mereka. Apabila Rai tersedar pada keesokan hari, dia bergegas mendapatkan isterinya, Devi

Kemudian menggigit lengannya sambil memberitahu bahawa dia cintakannya dan mahu bersamanya.Hasil dari gigitan itu kedua-dua pasangan itu kemudian pengsan dan dikejarkan ke hospital dengan bantuan. jiran.

Rai tidak selamat sebaik tiba di hospital namun Devi berjaya diselamatkan oleh doktor.”Wanita itu berjaya diselamatkan kerana rawatan diberikan tepat pada masa dan sekarang dia berada dalam keadaan stabil,” kata doktor

Menurut Devi, dia tidak sangka suaminya sanggup berbuat demikian kerana ingin bersamanya.”Dia beritahu saya dia sangat cintakan saya dan mahu bersamanya.
”Dia kemudian menggigit lengan saya sekuat hati

saya hanya membiarkan dia berbuat demikian kerana terkejut dengan tindakan itu,” jelas Devi yang masih terkejut dan tidak percaya suaminya akan sampai tahap ini.. Sumber astroawani

Categories
Home ilmu islam Kesihatan

Menjaga Kesihatan Diri & Hidup Sihat cara Rasulullah

Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk?Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.

Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan?Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.

1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2# CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.

Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

3# RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4# RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.

Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5# RASULULLAH TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6# SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

7# TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8# JADILAH PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI.

Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah.Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya. Sumber akuislam

Categories
Home ilmu islam

Orang Pertama Yang terjemaah Alquran ke Bahasa Inggeris lahir di India

Alquran merupakan kitab suci yang mengajarkan nilai yang tak usang. Kandungannya benar-benar mengagumkan. Meskipun ia diturunkan lima belas abad silam, namun nilai-nilainya bisa diadaptasi dalam kehidupan masyarakat modern. Mungkin orang tak percaya, tapi ini kenyataannya. Ajaib. Karena keistimewaan inilah semua orang berhak membacanya dan merenungkan makna-maknanya.

Tidak hanya orang Arab. Orang non Arab pun hairan mengetahuinya. Inilah yang menjadi alasan Alquran diterjemahkan ke berbagai Bahasa. Menjawab kekehairan manusia di setiap zaman. Peterjemahan Alquran juga dilakukan ke Bahasa Inggirs. Bahasa komunikasi nomor satu di jagad ini. Lalu siapa yang berjasa pertama kali menerjemah kitab suci ini ke dalam Bahasa Inggris?

Berikut ini kisahnya. Si Penerjemah Penerjemah itu adalah Sir Abdullah Yusuf Ali. Seorang muslim berkewarga-negaraan Inggris yang berasal dari Pakistan. Ali lahir pada 14 April 1872 di Kota Bombai, India. Saat itu India tengah dijajah oleh Inggris. Ia terlahir dari keluarga muslim dan dididik dengan pendidikan islami. Melalui perhatian dan bimbingan keluarganya, ia berhasil menghafal 30 juz Alquran.

Ia pun mampu berkomunikasi dengan Bahasa Arab dan Inggris dengan lancar. Kemampuan Bahasa Inggris Abdullah Yusuf Ali tak sembarang. Ia kuliah sastra Inggris di beberapa universitas Eropa, seperti di Universitas Leeds. Kemudian ia juga memiliki kesungguhan dalam memepelajari Alquran dan tafsiran para sahabat Nabi. Abdullah Yusuf juga memiliki andil dalam pembangunan masjid ketiga di Amerika Utara.

Sebuah masjid yang dinamai Masjid ar-Rasyid yang terletak di Kota Edmonton Alberta, Canada. Yang dibangun pada Desember 1938. Kemampuannya juga terdengar oleh Muhammad Iqbal (pemikir India/Pakistan). Ia menunjuk Abdullah Yusuf Ali sebagai direktur Islamic College of Lahore, India (karena dulu Pakistan masih menjadi wilayah India).

Setelah itu ia kembali ke Inggris dan wafat di London. Ia dimakamkan di Inggris, di pemakaman khusus muslim di Brockward-Suri, dekat Werkneck. Awal Kisah Buku The Holy Qur’an: Text, Translation and Commentaryadalah karya fenomenal Abdullah Yusuf Ali. Terjemah Alquran Bahasa Inggris ini dicetak pada tahun 1934.

Kemudian dicetak berulang-ulang dan disebarkan ke berbagai penjuru. Karya ini kemudian menjadi terjemahan Alquran yang paling banyak beredar dan paling banyak digunakan oleh negara-negara yang berbahasa Inggris. Sebenarnya, Sir Abdullah Yusuf Ali bukan orang pertama yang menerjemah Alquran ke dalam Bahasa Inggris.

Sebelumnya ada George Seale, orientalis Inggris [1697-1736]. Serta Muhammad Marmadok, [19 Mei 1875-1936], seorang Muslim Inggris. Namun Sir Abdullah Yusuf Ali yang lebih dikenal sebagai penerjemah pertama. Dan terjemahannya juga lebih dikenal dibanding karya dua orang pendahulunya. Mengapa bisa demikian? Jawabnya, karena terjemah Abdullah Yusuf Ali lebih menarik.

Ia tidak hanya menerjemah kata per kata. Namun selain memberikan padanan kata yang lebih sempurna, Abdullah Yusuf Ali juga memberikan tafsiran ringkas dan mudah dari masing-masing ayat. Dalam bagian pengantar dari karya terjemahnya, Abdullah Yusuf Ali menyatakan: Saudara-saudaraku yang aku hormati, apa yang aku persembahkan di hadapan Anda sekalian adalah tafsir Alquran al-Karim dengan Bahasa Inggris. Aku terjemahkan kata per kata dari teks aslinya.

Namun buku ini bukanlah semata-mata alih bahasa saja. Tetapi juga memuat penggambaran tentang makna-maknanya semampu yang aku fahami dari teks asli untuk kusajikan pada Anda sekalian. Sudah seharusnya buku ini bersesuaian antara teks aslinya dengan hasil terjemahnya secara detil. Tapi itu terbatas dengan kemampuan penaku.

Aku ingin agar Bahasa Inggris sendiri menjadi Bahasa Islam (yang bisa sepadan nilai rasanya dengan Bahasa Arab pen.). Namun hal itu mustahil. Tapi aku berusaha semampuku untuk menghadirikan ke hadapan Anda terjemah yang sepadan, yang membantu Anda dalam memahami Alquran al-Karim. Abdullah Yusuf Ali menghabiskan 40 tahun usianya untuk menyempurnakan terjemah ini.

Karena apa yang ia lakukan, Allah membuat namanya dikenang karena jasa dan usahanya yang besar. Bahkan Syaikh Ahmad Deedat dalam ceramah-ceramahnya, sering menyebut nama Abdullah Yusuf Ali dan jasa besarnya menerjemahkan Alquran. Ia juga menganjurkan agar orang-orang memilih Alquran terjemahannya. Para sastrawan Inggris memuji kemampuan Bahasa Abdullah Yusuf Ali. Mereka sebut ia sebagai Shakespeare Inggris. Ia adalah rujukan dalam Bahasa Inggris dan gramatikanya. Terjemahannya tidak hanya bermanfaat sebagai alih Bahasa. Tapi juga menginspirasi banyak orientalis untuk belajar Bahasa Arab dan Islam. Semoga Allah merahmatinya dan membalas jasanya dengan balasan yang terbaik. sumber kisahmuslim

Categories
ilmu

MASALAH BILA TIADA SAHABAT

PETALING JAYA: Sahabat adalah mereka yang sedia berkongsi cerita suka dan duka, selain boleh dipercayai sebagai penyimpan rahsia. Bagaimanapun, adakah sesuatu yang pelik sekiranya anda tidak mempunyai sekurang-kurangnya seorang teman baik untuk berkongsi cerita termasuk hal peribadi?

Penyelidik dan Pakar Sosiologi, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nur Hafeeza Ahmad Pazil, berkata mereka yang tidak mempunyai sahabat berkemungkinan mempunyai masalah pada diri sendiri. “Semua orang memerlukan seseorang untuk meluahkan apa yang mereka rasa atau berkongsi saat kegembiraan bersama.

“Tiada kawan baik mungkin bermakna seseorang itu mempunyai masalah dalam diri termasuk kurang berkeyakinan untuk bergaul atau lebih selesa memilih keluarga untuk berkongsi cerita suka dan duka,” katanya. Katanya, sesetengah individu kurang cenderung melabelkan sesuatu perhubungan terutama bagi lelaki berbanding wanita.

Beliau ditemui pada sesi perbualan mengenai persahabatan dan pengumuman Laporan Persahabatan yang dijalankan Snap Inc, syarikat kamera dengan kerjasama Protein Agency, di sini baru-baru ini. Kajian pada April 2019 itu membabitkan 10,000 individu berusia 13 hingga 75 tahun dari Australia, Perancis, Jerman, India, Malaysia, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Penyelidikan itu mendedahkan satu daripada sepuluh individu tidak mempunyai sahabat langsung dan satu daripada lima individu menyatakan mereka tidak berminat langsung untuk memiliki rakan karib. SELEBRITI, Rina Omar, Dr Nur Hafeeza, Ili dan Lisa pada forum rakan bersama Snapchat di Petaling Jaya. 

Pakar Terapi Psikologi Jerman, Wolfgang Kruger yang terbabit dalam kajian itu, berkata mereka yang tidak mempunyai ramai kawan atau tiada kawan langsung cenderung menderita kegelisahan, kemurungan dan lebih kerap jatuh sakit. “Kajian jangka panjang menunjukkan jangka hayat mereka yang tidak ramai kawan berkurangan sebanyak 20 peratus. Mereka kurang gembira kerana kegembiraan adalah berdasarkan kekukuhan persahabatan.

“Cuba mencari seramai mungkin rakan bukan jawapan sebenar, malah sukar dilakukan. Kami mendapati antara usia 13 sehingga 19 tahun, memiliki enam atau lebih rakan baik juga boleh menjadikan seseorang berasa terasing sama seperti tiada rakan langsung,” katanya. Katanya, dianggarkan 63 peratus yang memiliki lebih daripada enam rakan baik, berkata mereka menjadi penghalang untuk membina hubungan lebih rapat dengan seorang rakan.

Berbanding 40 peratus individu yang memiliki seorang sehingga tiga rakan baik. Kajian menunjukkan, majoriti rakyat Malaysia tanpa mengira usia, lebih menggemari sekiranya ada kejujuran antara diri dan kawan baik mereka, supaya kawan tadi lebih jujur serta terbuka mengenai perasaan antara satu sama lain. Nur Hafeeza menjelaskan untuk memiliki rakan baik, ia memerlukan keberanian serta bersikap terbuka.

Keupayaan bersikap jujur adalah penanda aras sebenar yang dikongsi antara kawan-kawan rapat. “Apabila sebuah kumpulan menjadi lebih besar, terdapat lebih tekanan untuk mendedahkan diri kepada orang di sekeliling dan mengekalkan hubungan yang lebih harmoni,” katanya. Sementara itu, pada sesi perbualan mengenai persahabatan, selebriti, Lisa Surihani, berkata rakan baik adalah mereka yang bersama dalam keadaan pahit dan manis.

“Seorang sahabat tidak akan membuat anda berasa terabai, memberitahu kebenaran dan sentiasa memberikan keyakinan kepada anda. “Satu perkara dalam menjalin persahabatan adalah jangan, sesekali mengungkit perkara lalu dan sekiranya ada perselisihan, atasi dengan perasaan saling bertolak ansur,” katanya.

Cef Selebriti dan Pengusaha Makanan, Ili Sulaiman, berkata beliau mengenali Lisa Surihani sejak sekolah rendah dan hubungan erat apabila bertemu semula dalam kelas tambahan ketika di Tingkatan Empat. “Walaupun Lisa dan rakan lain sudah bergelar ibu, hubungan kami masih rapat dan boleh berkongsi apa saja.

“Saya tidak kisah dalam kumpulan aplikasi sosial bercakap mengenai kerenah anak masing-masing. Malah setiap pagi pasti ada 200 pesanan, semuanya berbincang mengenai hal anak. “Sebagai sahabat, sesuatu yang indah apabila melihat rakan baik kita bukan saja berjaya dalam kerjaya tetapi bahagian dalam kehidupan,” katanya. Sumber Bharian

Categories
Home pendidikan

Pes gulai tempoyak dihasilkan empat pelajar

JERANTUT: Empat pelajar Kolej Komuniti Jerantut di sini, menghasilkan pes gulai tempoyak selepas setahun melakukan kajian terhadap campuran yang tepat Pelajar terbabit antara 768 pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dari seluruh negara yang menyertai pertandingan SME Bank – 90 Days Biz Challenge 2019 yang berlangsung pada 8 Julai lalu di Kuala Lumpur.

Norhafizah Husna Alumuddin, 19, berkata dia bersama tiga lagi rakannya, Syed Muhamad ShahrizanSyed Zolkanain 19; Afiqah HudaHazli, 19 dan Nur Aisyah Atiqah Amran, 19, menubuhkan syarikat Bosskoi Resources bagi memasarkan produk terbabit ke seluruh negara.“Teruja apabila produk kami mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan serta luar. Ini memberi keyakinan kepada kami untuk meningkatkan lagi mutu produk.

“Lebih membanggakan apabila pes ini turut dijadikan cenderamata oleh pelanggan yang berkunjung ke sini,” katanya yang meraih kejuaraan dalam pertandingan itu dan memenangi hadiah wang tunai RM20,000.Jelasnya, pengguna hanya perlu mencampurkan ikan patin dengan pes berkenaan mengikut sukatan yang diberikan.“Usaha kami ini dibantu oleh dua pensyarah, Norsuzilawate Zulkapli dan Osman Zolkifle terutama dari segi kajian bagi memastikan pes ini tahan lama sehingga setahun tanpa menjejaskan kualitinya,” katanya.

sumber : bharian