Categories
Home Kehidupan

Demi sesuap nasi Bapa angkut anak ketika bawa gojek

Demi sesuap nasi, seorang bapa terpaksa membawa anaknya ketika mencari rezeki, bekerja dalam perkhidmatan teksi motosikal atau Gojek.Menerusi satu rakaman video di Facebook Ponti Viral, lelaki itu dilihat menggendong anaknya yang sedang nyenyak tidur pada bahagian hadapan sambil dalam perjalanan mengambil penumpang lain.

Diruang komen, netizen, Natie berkata, ketika ditemubual di sebuah rancangan televisyen Indonesia, lelaki itu menjelaskan, dia membawa anaknya pergi bekerja kerana ia adalah permintaan anaknya itu sendiri.”Itu kerana kemahuan anak, mahu ikut saya bekerja. Lagipun dia sudah biasa ikut saya bekerja,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya status isterinya yang dikatakan telah tiada seperti mana tular di laman sosial.Jawab lelaki itu, isterinya masih ada dan dia turut bekerja sebagai Gojek.

Terdahulu, tular satu rakaman video seorang Gojek membawa anak ketika bekerja malah mendakwa isterinya telah sudah tiada.”Video semangat pembonceng Gojek luar biasa di Jakarta, bawa anak ketika bekerja kerana si ibu telah dah tiada…

“Semoga selalu diberikan rezeki berlimpah ya pak,” tulis di Facebook Ponti Viral.Rakaman durasi 35 saat itu memaparkan penumpang itu juga menghulurkan sumbangan kepada lelaki tersebut kerana kagum kegigihannya mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

Video yang meraih lebih 819,000 tontonan pantas menarik perhatian warganet yang menyaksikan kesungguhan lelaki itu mencari sesuap nasi sehingga lewat malam.”Ya ALLAH limpahkan rezeki untuk si bapa ini, dari arah mana pun yang Engkau kehendaki serta berikanlah kesihatan buat anaknya,” tulis Salsabila Nurawalia.

Pada hantaran yang sama, kata Moms Angel, “Saya sedih, terharu melihat perkara ini. Semoga bapa semua dilindungi ALLAH dan dimurahkan rezeki.”

Diasaskan oleh Nadiem Makarim, 35, yang kini juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat rangkaian pengangkutan dan syarikat pemula niaga itu, Gojek adalah kebanggaan Indonesia, bukan hanya sekadar perkhidmatan pengangkutan penumpang menggunakan motosikal tetapi lebih dari itu!

Di Indonesia, bagi tiga bulan pertama 2019, aplikasi Gojek telah dimuat turun lebih daripada 142 juta kali, dengan lebih daripada 2 juta rakan kongsi pemandu.

Pada 2018, Gojek juga mencatatkan lebih US$9 billion nilai transaksi kasar (GTV) di semua negara operasinya, dan menjadikannya kumpulan teknologi pengguna terbesar di Asia Tenggara berdasarkan GTV.

Gojek kini juga beroperasi di Singapura, Filipina, Thailland (dikenali sebagai GET) dan Vietnam (dikenali sebagai GoViet).

Ditubuhkan pada 2010, Gojek menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti GoRide (pengkhidmatan pengangkutan motosikal), GoCar (pengangkutan kereta seperti GrabCar), GoFood (penghantaran makanan), GoBlueBird (perkhidmatan teksi), GoBills (pembayaran bill semasa), GoMart (perkhidmatan pembelian barangan di supermarket), GoLaundry (perkhidmatan dobi), GoAuto (perkhidmatan membaiki kenderaan) dan banyak lagi.

Semua perkhidmatan itu menggunakan aplikasi dalam talian melibatkan 2 juta rakan kongsi pemandu ketika ini (2 juta peluang pekerjaan sebagai pemandu Gojek untuk warga Indonesia).

Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Rahman mencadang memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai ojek, yang memicu pelbagai polemik.

Ia pastinya menjurus kepada soal keselamatan penumpang sebagai pembonceng motosikal itu tatkala peratusan kemalangan membabitkan motosikal di Malaysia membimbangkan.

Di Indonesia, Gojek turut bekerjasama bersama Kementerian Perhubungan mengadakan bengkel penunggangan selamat khusus untuk para rakan kongsi pemandunya.

Peraturan Menteri Perhubungan Nomor 118 Tahun 2018 juga menetapkan Angkutan Sewa Khusus (berasaskan aplikasi) wajib memberikan perlindungan insurans kepada penumpang dari risiko kemalangan.

Tiada perangkaan tepat berkaitan jumlah kemalangan motosikal Gojek di Jakarta, namun kemalangan motosikal berbanding kenderaan lain di Jakarta adalah tertinggi.

Pada 2018, lebih 5,400 kes kemalangan motosikal di Jakarta, melibatkan kematian seramai 524 orang.

Di Jakarta, amalan membonceng motosikal menggunakan perkhidmatan Gojek adalah perkara biasa di kota berpenghuni lebih 10 juta orang itu, yang kesesakan trafiknya tiga kali ganda berbanding Kuala Lumpur, Malaysia.

Setiap hari kelibat penumpang termasuk berbaju pejabat, bertali leher memakai suit hitam, pembonceng wanita yang ditunggang penunggang lelaki, adalah perkara rutin dan biasa.

Di Jakarta, ia bukan menjadi satu isu besar apabila wanita menggunakan perkhidmatan Gojek yang ditunggangi ‘cowok’ (lelaki).

“Ngak ada cinta-cinta pak kalau bawa penumpang wanita, saya kan mencari rejeki untuk keluarga,” kata Asep Purwo, 27, yang sudah dua tahun bekerja sebagai pemandu motosikal Gojek.

 

sumber Sinar harian,bernama

Categories
Home Kehidupan

Tak guna punya kawan…sampai hati buat begini ..

LULUH hati seorang ibu muda apabila bayinya berusia 20 bulan dideraa empat rakan serumahnya sehingga nafas terakhir dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Hatib, Semporna, semalam.Bayi lelaki terbabit disahkan dah tiada pada 6.45 petang akibat ditamparr, dipiijak dan dilempaar ke tilam sehingga terkena pada besi katil.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat sebelum empat remaja perempuan warga asing berusia antara 16 hingga 19 tahun itu ditahan.Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, menurut laporan, ibu bayi berkenaan membawa anaknya yang dalam keadaan tidak sedarkan diri ke Unit Kecemasan Hospital Semporna dan hasil pemeriksaan terdapat kesan lebam pada bahagian pipi kanan bayi terbabit.

Katanya, rawatan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) diberikan, namun tiada tindak balas positif dan keadaan bayi selepas beberapa jam semakin kritikal sebelum disahkan meninggal dunia.

EMPAT remaja perempuan warga asing ditahan polis berhubung kematian bayi lelaki dipercayai akibat didera di Taman Hatib, Semporna, semalam. FOTO ihsan polis.

“Menurut saksi kejadian, dua suspek bertindak menampaar, melempaar bayi itu ke tilam, kemudian menariknya semula sehingga muka bayi itu terkena pada besi katil manakala seorang lagi suspek memijak belakang bayi terbabit.“Apabila ibu bayi itu balik ke tempat kejadian, dia mendapati bayinya dalam keadaan lemah dan pucat serta tidak bernafas sebelum membawanya ke hospital untuk dirawat.

“Hasil penelitian terdapat kesan lebam di bahagian pipi kanan dan betis kiri bayinya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.Sabarudin berkata, siasatan lanjut mendapati, mangsa dijaga sepenuhnya oleh ibunya dan ketika kejadian mangsa ditinggalkan di rumah bersama empat rakan wanita itu.

Beliau berkata, empat suspek adalah rakan kepada ibu mangsa dan menumpang tinggal bersama mereka di rumah berkenaan.Katanya, semua suspek ditahan pada 9.30 malam hari sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. sumber hmetro

Categories
Home

Kisah bayi bersaiz handphone

BRITAIN – Siapa sangka, seorang remaja yang pernah mendapat jolokan bayi terkecil di Britain kini berjaya meraih keputusan cemerlang dalam sijil pelajaran am menengah (GCSE).

Kira-kira 16 tahun lalu, Aliyah Hart dilahirkan tiga bulan awal dan hanya bersaiz sebesar telefon bimbit.

Malah doktor di Hospital Birmingham juga pernah memberitahu, Aliyah hanya ada satu peratus untuk hidup selepas mendapati paru-parunya tidak berkembang dengan baik.

Memetik laporan Daily Star, bayi ajaib itu hanya memiliki berat 340 gram dan bersaiz tujuh inci ketika dilahirkan pada 2003 sama saiz jika dibandingkan dengan telefon bimbit.

Aliyah dilahirkan dengan berat 340 gram 16 tahun lalu. – Daily Star
Namun semua itu hanya menjadi lipatan sejarah buat Aliyah yang kini membesar seperti insan normal.

Remaja itu mengambil keputusan melanjutkan pelajaran dalam kursus seni persembahan di Kolej Solihull pada September ini.

Ibunya, Lorraine, 58, turut berbangga dengan pencapaian anaknya itu meskipun memiliki sejarahnya tersendiri.

“Saya tidak pernah fikir dia akan terus hidup dan berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang digemarinya.

“Dulu dia sangat kecil tetapi berada dalam keadaan sihat. Doktor dan guru pernah memberitahu, dia akan mengalami masalah pembelajaran.

“Namun sebaliknya, dia berjaya membuktikan yang dia mampu harungi segala cabaran, saya amat bangga dengan dia,” katanya.

Menurut ibu tunggal itu, anaknya seorang pemalu namun berharap pengalaman ketika belajar di kolej membimbingnya untuk terus berjaya dalam kerjaya kelak. – Daily Star

Categories
Home Kehidupan Makanan

Jangan kecam saya sebab bayi terkena durian


JENGKA 17 – Seorang ibu dan bayi empat bulan cedera terkena durian jatuh dalam kejadian di Felda Jengka 17 petang kelmarin.

Suami mangsa, Megat Zarulfais Megat Kamaruddin, 26, berkata, durian seberat kurang satu kilogram itu jatuh mengenai isterinya terlebih dahulu sebelum melantun ke kepala anak lelakinya.

“Anak, Megat Muhammad Kays Muhaddin tidak cedera teruk berbanding isteri yang lebam pada dada.

“Kalau betul-betul jatuh atas kepala, mungkin anak saya lagi teruk daripada ini,” katanya memetik laporan sebuah portal berita.

Mencerita semula kejadian itu, Megat Zulfais berkara, isterinya, Norfarahana Baharuddin sedang mendukung Megat Muhammad Kays sambil bersiar-siar di halaman rumah selepas anak bongsu daripada dua beradik itu menangis.

“Masa dukung Megat Muhammad Kays, isteri terdengar buah terjatuh lalu melarikan diri. jadi dia segera lari takut terkena serpihan dahan atau buah.

“Tapi buah itu terkena isteri dan anak. Bukan dia pergi mencari durian dan kebetulan pokok ini terletak bersebelahan rumah sahaja,” katanya.

Katanya, selepas dibawa ke Hospital Jengka, bayinya dibenarkan pulang berikutan kecederaannya tidak seteruk isteri.

Menurutnya, anaknya kelihatan cergas dan aktif seperti biasa.

“Saya terima mana-mana pihak yang mengecam kerana mereka mungkin tidak tahu cerita sebenar. Saya ucap terima kasih kepada mereka mendoakan Megat Muhammad Kays cepat sembuh,” katanya.
Sumber sinar harian

Categories
Home Kehidupan Kesihatan Wanita

wanita lahirkan anak pertama dalam kereta

ARAU: Bagi seseorang wanita, pengalaman melahirkan bayi pertama adalah detik terindah sepanjang hidup. Namun, lain pula yang berlaku bagi seorang ibu muda apabila dia tidak sempat ke hospital, lalu menempuh detik mencemaskan iaitu terpaksa melahirkan bayi pertamanya di dalam sebuah kereta Perodua Kancil.

Insiden itu berlaku di kawasan meletak kenderaan, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Isnin, Anis Syabila Roslan, 19 tahun, bersama suami, Mohd Ikhwan Mohd Sidi, 22 tahun serta ditemani ahli keluarga sedang dalam perjalanan dari rumah mereka di Pauh untuk ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Ibu mentuanya, Toyibah Che Mee, 41 tahun, yang ditemui di perkarangan hospital memberitahu, sewaktu dalam perjalanan, Anis mengalami mengadu rasa sakit hendak bersalin, menyebabkan Mohd Ikhwan singgah ke IPD Arau dan meminta kebenaran untuk bersalin. Kelahiran bayi perempuan itu disambut sendiri oleh Toyibah dengan dibantu beberapa pegawai polis,

sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans yang datang 10 minit kemudian. Kata Toyibah, kejadian itu cukup mencemaskan kerana ia pengalaman pertamanya menyambut kelahiran bayi. Difahamkan, bayi itu berada dalam keadaan sihat dan belum diberikan nama. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof yang mengesahkan kejadian itu memaklumkaa bahawa situasi itu kali pertama berlaku di kawasan balai berkenaan. Katanya, adalah menjadi tanggungjawab polis untuk membantu masyarakat yang memerlukan. sumber AstroAwani

Categories
Home Kehidupan

Bayi berambut Mop

Gara-gara berambut seperti mop, seorang bayi perempuan berusia enam bulan menjadi perhatian netizen dan mempunyai lebih 72,000 pengikut di Instagram, Chanco dari Jepun diangkat sebagai bayi berambut paling lebat di dunia. Bayi rambut mop Ibu bapa bayi tersebut juga tidak sangka anaknya akan ada rambut seperti ini,

Mereka turut terkejut dengan rambut lebat dimilik anak mereka ketika dilahirkan dan sebuah video yang dimuatnaik secara atas talian menunjukkan rambut bayi itu dipotong dan di dandan dengan rapi. Ibu bapa Chanco berkongsi gambar dan klip video anak mereka sejak Mei 2018 lalu dan mendapat perhatian netizen.

Beberapa keping gambar bayi itu dengan pose menarik berserta dengan klip, reben dan aksesori lain di kepalanya turut dikongsi ibu bapa Chanco untuk tatapan pengikutnya. Video terbaharu menyaksikan Chanco tidak sedikit pun meragam apabila seorang lelaki sedang memotong dan mengayakan rambutnya sambil dipegang ibunya.

Netizen kebanyakannya terpegun dengan rambut lebat Chanco. Seorang pengguna Instagram berkata:”Terlalu comel! Saya harap rambut menawan @babychanco tidak dipotong. Anda cantik!” Dalam rakaman video itu, Chanco dilihat sedang mengigit mainan teether. -mstar

Categories
Home Kehidupan Wanita

Moga Allah berkati rakyat Malaysia :Rihana

KUALA LUMPUR – Bekas ratu cantik Rusia yang dikaitkan pernah menjadi isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan membesarkan anak lelakinya dengan sempurna. Rihana Oksana Petra melalui Instagram peribadinya @Rihanapetra berkata, dia berbangga kerana dalam tubuh anak lelakinya yang dinamakan Leon mengalir darah Malaysia. “Saya akan lakukan apa sahaja untuk membesarkannya (Leon) selayaknya dengan kasih anda semua,” tulisnya hari ini.

“Dalam hidup saya terpaksa menghadapi pelbagi kejahatan, tipu daya dan hasad dengki tetapi anda yakinkan bahawa masih ada kebaikan dalam dunia ini,” jelasnya. Beliau menyatakan ketika menulis posting itu dia tidak dapat menahan air mata kerana tangisan kegembiraan dan kesyukuran. Posting itu juga bagi memberitahu pengikutnya usia Leon hari ini genap dua bulan.

Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir. Dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran! Saya masih tidak percaya yang saya menerima begitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Daripada seluruh pelusuk dunia!

Minggu lalu, negara kecoh dengan kisah Oksana dengan Sultan Kelantan yang dikatakan bercerai dengan talak tiga. Penceraian itu turut disahkan oleh peguam Sultan Muhammad, Koh Tien Hua yang memaklumkan Penceraian itu turut disahkan oleh peguam Sultan Muhammad, Koh Tien Hua yang memaklumkan pasangan terbabit bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah. –

Rihana yang berumur pertengahan 20-an itu hari ini bagaimanapun tidak menyentuh pertikaian status itu, sebaliknya hanya berkongsi luahan peribadi dan bermain dengan emosiDan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya – seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza “Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku!” katanya K! ONLINE